Selasa, 20 Disember 2011

Workshop Jutawan Internet Irfan Khairi : Langkah Serius Bisnes Internet


Setelah menyertai beberapa siri seminar, tour dan sesi berkenaan perniagaan internet bersama Irfan Khairi sepanjang tahun ini, penulis mengambil langkah seterusnya dengan menyertai Workshop Jutawan Internet yang dianjurkan oleh Irfan Khairi Sdn. Bhd. Bengkel kali ini lebih fokus dengan hanya dihadkan seramai 9 orang sahaja dan menumpukan strategi menjalankan perniagaan internet dengan lebih baik mengikut pengalaman Irfan Khairi sendiri. Bermula dengan membaca buku tulisan beliau, penulis terus berminat menceburi bidang usahawan internet ini dengan menyertai bengkel yang lebih intensif.

Bengkel ini telah dijalankan di IKSB Mutiara Damansara dari jam 9 paging hingga 6 petang yang penuh dengan pengisian berguna serta input penting cara bagaimana memulakan perniagaan internet. Semua peserta yang hadir sangat teruja untuk menjalankan perniagaan masing-masing dengan pelbagai persoalan serta perbincangan dilakukan sebagai persediaan merancang strategi yang betul. Irfan Khairi telah memberikan segala pengalaman lebih 10 tahun beliau dalam menjalankan perniagaan internet dan dipersembahkan dalam bentuk yang lebih tersusun dalam nota beliau untuk diikuti oleh semua peserta.


Rumusannya, penulis sangat berpuashati dengan bengkel ini dimana banyak idea dan strategi telah muncul untuk terus bersaing menjadi usahawan internet yang berjaya. Langkah seterusnya adalah melaksanakan semua perancangan yang telah disusun itu agar ia tidak menjadi sia-sia. Semoga tahun 2012 ini akan memberi makna kepada penulis terutamanya untuk meningkatkan lagi perniagaan NahamPhoto, LoveThatShawl dan juga bisnes-bisnes yang lain. Diharap pelaburan ilmu yang dikeluarkan ini akan mengubah cara kerja dan hasil yang lebih baik serta dibantu dengan persekitaran yang lebih positif. Mudah-mudahan.

Isnin, 12 Disember 2011

Filem Unik Dari Thailand. Bila Malaysia Boleh Buat Filem Cinta Sebegini?


Penulis bukanlah seorang yang meminati drama ataupun filem. Apatah lagi kaki tengok wayang bila keluar cerita-cerita yang dikatakan hebat. Cuma sekali sekala penulis ikut juga rakan-rakan yang mengajak menonton di pawagam. Antara filem yang penulis suka adalah filem aksi dan filem-filem yang berasaskan kartun-kartun dizaman kanak-kanak seperti Transformers. Dirumah pula, penulis bukan juga seorang yang terlalu obses menonton televisyen. Sudah tentunya penulis banyak menghabiskan masa mengadap komputer dan kerja.

Sekarang ini mungkin kecoh dengan filem Ombak Rindu dengan dimana-mana sahaja memperkatakan tentang filem ini tak kira di status Facebook atau blog. Penulis tidak langsung tergerak hati untuk menonton bukan kerana tidak menyokong industri filem tempatan tetapi tidak berapa minat dengan kisah cinta yang dipaparkan. Pada satu hari penulis secara tidak sengaja menonton satu filem dari Thailand (Astro Box Office) dan tiba-tiba penulis rasa ada sesuatu yang istimewa dengan jalan cerita & emosi yang cuba disampaikan.

Filem yang penulis maksudkan adalah "Hello Stranger" yang dikeluarkan hujung tahun 2010. Ia mengisahkan 2 orang warga Thai (seorang lelaki & seorang perempuan) yang melancong berasingan telah bertemu di Korea. Mereka telah bertemu dan melancong bersama secara tidak sengaja dalam beberapa hari. Dalam masa yang singkat itu mereka bersama telah banyak melalui saat-saat yang unik sehinggakan ada satu perasaan cinta walaupun masing-masing sudah mempunyai pasangan di Thailand.

Filem ini banyak menciptakan babak-babak romantik yang unik dan digarap dengan baik untuk memainkan emosi penonton. Walaupun filem ini bukan filem aksi namun penulis merasakan ada sesuatu yang istimewa yang menjadikan ia satu cerita yang berkualiti. Selain babak-babak yang unik, skrip-skrip yang digunakan pula sangat membangkitkan pelbagai emosi seperti lucu, sedih & cinta. Satu lagi yang unik dalam cerita ini adalah watak-watak utama tidak tahu nama masing-masing malah penonton sendiri pun tidak mengetahuinya.

Jadi apakah kesudahan filem ini? Anda boleh cari di dalam google atau di kedai-kedai DVD. Walaupun penulis masih tidak menonton filem Ombak Rindu tetapi penulis berani mengatakan filem ini adalah antara filem terbaik Thailand. Namun itu hanya pendapat penulis dan lain orang mungkin lain citarasanya. Anda juga boleh baca pendapat-pendapat penonton yang lain seperti di http://alicechensworld.blogspot.com/2011/11/download-thai-movie-hello-stranger.html. Hmm...penulis tak pandai sangat mengulas filem... :)

Khamis, 8 Disember 2011

Pak Ali Bubur Kacang


Tahun 50-an disebuah pekan kecil dalam satu daerah negeri Johor, seorang lelaki bangkit dan gigih membuat persiapan mencari rezeki. Lelaki separuh usia ini selalu dipanggil dengan panggilan Pak Ali. Pak Ali mempunyai isteri dan seorang anak lelaki. Beliau juga sudah mempunyai beberapa orang cucu yang tinggal bersama dengan beliau. Begitulah sedikit latar belakang mengenai seorang insan yang bernama Pak Ali.

Setiap pagi Pak Ali akan bersiap untuk keluar berniaga. Apa yang diniagakan? Bubur kacang, itulah perniagaan Pak Ali. Dengan usia yang sudah memasuki usia emas, Pak Ali masih kuat mengayuh basikal untuk berniaga disekitar pekan. Sudah lama Pak Ali berniaga bubur kacang sehingga orang-orang tempatan sudah biasa dan mengenali beliau. Begitulah gigihnya Pak Ali menyara keluarga dengan berniaga cara sendiri.

Pulang dari berniaga, Pak Ali berehat di teratak kecilnya untuk menghilangkan penat. Kepenatan berniaga hilang sebentar apabila disambut dengan hilai tawa cucu-cucunya. Itulah permata hati Pak Ali yang ada dalam hidupnya hasil perkahwinan anak tunggal beliau. Apabila pulang berniaga, cucu-cucunya akan mengira hasil jualan bubur kacang. Kadang-kala dia memperolehi 2 ringgit satu hari, kadang-kadang 4 ringgit dan paling banyak pun 7 ringgit sehari.

bubur kacang
Keesokkan paginya Pak Ali akan keluar lagi untuk mencari rezeki. Basikal beliau akan membawa satu kotak hijau dibelakangnya berisi bubur kacang. Basikal dikayuh disana-sini. Jika ada rezeki, pelanggan akan memanggil beliau dan membeli bubur kacang. Keenakkannya akan membuatkan pelanggan akan membeli lagi pada masa-masa akan datang. Sangat murni usaha yang dilakukan beliau memberi makanan dan kegembiraan kepada pelanggan.

Berkat usaha dari muda lagi berniaga, akhirnya membawa kepada hasil yang baik. Pak Ali dapat membeli sebidang tanah untuk dijadikan harta. Walaupun tidak seluas mana, dengan tanah tersebut beliau mendirikan rumah untuk isteri, anak dan cucu-cucu beliau berteduh. Siapa sangka dengan pendapat yang sedikit setiap hari dapat menjadi banyak. Memang betul pepatah melayu mengatakan, ”sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit”.

Setelah meninggal dunia, Pak Ali telah mewarisi tanah tersebut kepada anak dan cucu-cucunya. Sehingga kini, cucu cicit serta generasi yang lebih muda dapat tinggal ditanah pusaka yang bukannya milik orang lain. Seharusnya generasi baru dari keturunan Pak Ali harus bersyukur kerana berkat usaha beliau, mereka dapat hidup bahagia sekarang tanpa perlu menumpang. Semoga apa yang Pak Ali usahakan mendapat keberkatan dari Allah.

lorong satu endau
p/s – Pekan kecil yang dimaksudkan adalah Endau, Johor. Tanah yang dimaksudkan adalah di Lorong Satu, Endau Johor yang mana keluarga & penulis dirikan pejabat NahamPhoto sekarang. Pak Ali pula adalah moyang kepada penulis iaitu Ali bin Awang. Cerita ini diolah dari cerita-cerita cucu beliau iaitu bapa penulis sendiri dan juga bapa saudara yang lain. Semoga roh beliau dirahmati Allah. Al-Fatihah

Selasa, 6 Disember 2011

Bisnes Internet : Mengadap Komputer Rumah Pun Boleh Dapat Duit Ke?

Persoalan itu mungkin timbul di minda orang-orang lama yang tidak mengikuti perkembangan semasa. Bagi mereka hasil pendapatan hanya boleh didapati dengan keluar mencari pekerjaan atau mengeluarkan titik peluh sahaja. Bagi yang melakukan bisnes internet dari rumah pula, mungkin agak tidak senang jika orang-orang sebegini memandang mereka hanya duduk mengadap PC di rumah. Namun zaman dahulu sangat berbeza dengan sekarang dimana teknologi maju membolehkan kita menjana pendapatan hanya dari rumah.

Rasanya sudah lama penulis tidak menulis artikel mengenai bisnes internet. Disini ingin penulis kongsikan beberapa cabaran berkenaan dengan bisnes internet yang mana berdasarkan pengalaman 5 tahun menceburi bidang ini secara sambilan dan 1 tahun secara sepenuh masa. Walaupun dengan pengalaman yang tidak seberapa ini penulis cuba sampaikan beberapa info dengan harapan dapat membantu mereka yang baru ingin masuk ke dunia bisnes internet ataupun yang ingin terus memajukan bisnes mereka.

Penulis adalah salah seorang jurufoto perkahwinan yang menggunakan sepenuhnya media sosial yang ada sekarang. Bermula dengan promosi, berinteraksi dengan pelanggan sehingga lah berhubung memberi khidmat pelanggan, semuanya menggunakan teknologi internet. Media sosial memang banyak memudahkan tugas penulis selain dapat menjimatkan kos. Namun adakah ia semudah yang anda sangkakan? Setiap apa yang dilakukan pastinya ada cabaran. Disini penulis kongsikan cabaran-cabaran dengan membahagikan beberapa bahagian;

1) Persediaan Fizikal

Mengadap komputer terlalu lama pasti membuatkan mata anda sakit begitu juga dengan pinggang. Oleh itu pastikan anda membuat jadual waktu anda menggunakan komputer dan selitkan masa-masa untuk berehat. Badan anda perlu sihat untuk meneruskan kerja-kerja seterusnya.

2) Persediaan Mental

Kadangkala anda mengalami pelbagai masalah atau tidak dapat fokus dengan kerja. Ini akan membuatkan anda 'down' untuk melakukan kerja anda dirumah. Oleh itu anda kena naikkan semula semangat bekerja walau bagaimana cara sekali pun. Mental anda perlu kuat untuk menghadapi pelbagai cabaran.

3) Persekitaran Negatif

Ada juga terjadi dimana anda sudah bersemangat untuk bekerja tetapi persekitaran dirumah anda pula tidak membantu. Contohnya masalah-masalah keluarga, anak-anak yang membuat bising dan sebagainya. Anda perlu mencari altenatif suaya situasi seperti ini tidak akan mengganggu kerja anda.

4) Masa diganggu

Bekerja dirumah akan menyebabkan masa anda mudah diganggu. Contohnya ahli keluarga meminta tolong keluar menyelesaikan tugas lain. Ini kerana mereka tahu anda mempunyai banyak masa berbanding orang yang bekerja di pejabat. Oleh itu anda perlu menerangkan yang kerja anda juga mempunyai jadual yang perlu diikut.

5) Motivasi Tinggi

Ya, kerja sendiri memerlukan motivasi yang sangat tinggi. Jika anda lemah maka kerja anda selama ini menjadi sia-sia. Carilah sesuatu yang boleh menaikkan motivasi anda seperti mencari mentor dan menyertai seminar yang berkenaan. Minta sokongan daripada keluarga untuk memahami tugas anda.

usahawan internet reds
Fahami tugas usahawan internet ini sangat mencabar dimana mereka memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dari mereka yang bekerja makan gaji.

Rumusannya, bekerja dimana-mana sekalipun mempunyai cabarannya tersendiri. Sebagai seorang usahawan internet anda perlu bijak mengatasi masalah ini. Jika anda rasa anda tidak sesuai bekerja dirumah, cari satu lokasi yang mempunyai persekitaran yang lebih positif atau memberi penjelasan kepada keluarga tentang pentingnya sokongan dalam menjayakan bisnes di rumah. Insya Allah jika penerangan yang diberikan jelas, maka orang lain tidak akan memandang serong lagi pada mereka yang bekerja mengadap komputer.

Rabu, 30 November 2011

Nasi Ayam Penyet, Apa Yang Istimewa?


Penulis tidak pasti adakah benar nasi ayam penyet ini berasal dari Indonesia. Kalau nak kepastian boleh lah tanya pakcik google, dia professor serba tahu. Namun apa yang penting disini penulis ingin kongsikan makanan yang menjadi makanan kegemaran penulis sekarang ini. Nasi ayam penyet bukannya baru di Malaysia malah telah banyak restoran-restoran dinegara ini yang menjualnya sebagai satu menu utama. Selalunya mereka yang menyediakan makanan ini adalah mereka yang berasal dari Indonesia (sila jangan kaitkan perkauman bolasepak dalam blog ini). Apa yang istimewa dengan makanan ini? Mari kita lihat...



Menunya simple sahaja iaitu tertiri daripada nasi putih, sup kosong, keropok, tempe, sayur kobis, sepotong limau purut dan ayam. Ayam yang digunakan bukan sebarang ayam tetapi ayam 'pencen' yang digoreng dan kemudiannya diketuk-ketuk sehingga penyet (agaknya la), dari situlah ia mendapat nama nasi ayam penyet. Namun apa yang lebih istimewa sebenarnya adalah sambal yang sedikit manis dan pedas. Jika sambalnya tidak 'kick' maka nasi ayam penyet ini hilang keistimewaannya. Selain itu ayam digoreng lembut dengan beberapa bahan yang tidak diketahui menambahkah lagi keenakkan makanan ini.


Jika hendak mencuba nasi ayam penyet yang sedap di Johor Bahru, boleh cuba restoran-restoran yang berada di Taman Universiti, Skudai. Disitu banyak pilihan makanan Indonesia seperti pecel, bakso dan lain-lain. Nasi ayam penyet sedap dimakan dengan menempah minuman seperti asam boi atau durian belanda supaya melengkapkan rasa manis, masam, masin dan pedas. Penulis bukannya pandai mengulas makanan seperti blogger Kaff tetapi hanya ingin berkongsi apa yang mampu. Namun harus diingat, sesiapa yang tak kuat pedas, jangan makan kerana anda akan menangis dan berulang ke tandas keesokkan paginya....



p/s - apakah makanan kegemaran anda?

Rabu, 16 November 2011

Samsung Galaxy Note Sesuai Untuk Usahawan Media Sosial

samsung galaxy noteBeberapa minggu yang lepas, penulis telah membaca satu blog yang menceritakan tentang produk baru dari Samsung iaitu Galaxy Note. Apabila kali pertama melihat produk ini, penulis tiba-tiba jatuh hati kerana beberapa fungsi yang sesuai dengan jiwa penulis sebagai seorang usahawan yang menggunakan media sosial sebagai platform berniaga. Produk ini adalah produk yang boleh diklasifikasikan sebagai gajet yang ditengah-tengah antara telefon pintar dan tablet.

Melihat kepada fungsinya, penulis tertarik dengan teknologi pen yang boleh menulis dengan tahap tekanan yang berbeza selain dapat mengubah kepada teks secara automatik. Dengan fungsi menulis nota dan perancangan dalam telefon pintar ini adalah sangat sesuai kerana penulis suka mencatat idea-idea dan membuat perancangan bisnes dimana-mana juga penulis berada. Selain itu penulis juga dapat menyusun tugasan seperti juga dalam buku planner.

Dengan skrin sebesar 5.3" dan saiz yang lebih besar sedikit dari Samsung Galaxy SII, adalah sangat sesuai dimana ia juga tidak kelihatan janggal jika anda menjawab panggilan telefon sepertimana jika anda menggunakan Samsung Galaxy Tab. Dengan ketebalan dan saiz yang sederhana, Samsung Galaxy Note dapat diletakkan didalam poket anda dan dibawa kemana-mana sahaja untuk melayari laman sosial anda dengan mudah


Sebenarnya banyak lagi fungsi menarik dalam Samsung Galaxy Note yang sesuai untuk pengamal media sosial seperti facebook, blog, twitter, youtube dan e-mel. Dengan harga sekitar RM2300 adalah berbaloi untuk usahawan internet mengggunakannya sebagai satu alat yang memudahkan mereka menjalankan perniagaan tanpa batasan. Rumusannya, penulis sangat teruja untuk memilikinya sebagai usaha berterusan untuk maju dalam era media sosial.

Untuk membaca preview-preview lain tentang Samsung Galaxy Note boleh baca dalam pautan dibawah;

http://www.mohdsuhaimy.com/2011/11/15/samsung-galaxy-note-di-malaysia/
http://amanz.my/2011/11/ulasan-penuh-samsung-galaxy-note/
http://ariffshah.com/ciri-menarik-samsung-galaxy-note/

Jumaat, 11 November 2011

Gelagat Nada Hazirah Di Rumah


Penulis jarang menulis berkenaan anak ke-3 iaitu Nada Hazirah yang kini berusia setahun. Nada Hazirah tidak jauh bezanya dengan bayi-bayi lain yang mempunyai pelbagai ragam. Selain dari mempunyai suara yang nyaring ketika menangis, Nada Hazirah juga mempunyai ragam tidak mahu cuba untuk berjalan. Mungkin kerana kakinya masih lagi lembut (hingga boleh mengorek telinganya menggunakan ibu jari kaki) atau pun memang dia malas untuk berjalan. Apapun ragam anak-anak, pastikan ia akan memberikan kebahagiaan kepada anda.

Semoga Nada Hazirah akan menjadi anak yang solehah satu hari nanti dan cepat-cepatlah untuk belajar berjalan. Kalau sudah boleh berjalan, dapatlah emak & penulis membuat kerja dengan lebih baik :) Jika pembaca ada tips bagaimana untuk mempercepatkan bayi berjalan, boleh kongsikan dengan memberi komen dalam entry ini. Saksikan video gelagat Nada Hazirah dibawah. Jangan lupa untuk subscribe & like video-video dalam channel Youtube penulis. Terima kasih kerana membaca!



Artikel ketika Nada Hazirah dilahirkan --> http://www.harrisfadzilah.com/2010/09/new-comer-nada-hazirah.html

Sedikit TIPS : Jika anda suka merakam video tak kira apa jenis kualiti, anda boleh mendaftar dengan Youtube untuk membuka channel anda sendiri. Kongsikan video-video anda di Youtube. Daftar PERCUMA!

Selasa, 25 Oktober 2011

Pelaburan Ilmu Untuk Terus Maju Dalam Bisnes Internet : Revolusi Media Sosial 2011


Sepertimana yang telah penulis katakan dahulu, 22 Oktober lepas penulis telah menyertai Revolusi Media Sosial yang dianjurkan oleh Irfan Khairi Sdn. Bhd. di Hotel Puteri Pasific Johor Bahru. Program satu hari ini berlangsung dengan pelbagai info yang diberikan terutamanya mengenai perniagaan internet yang menggunakan media sosial seperti Facebook, Blog, Twitter & Youtube. Seminar telah disampaikan oleh usahawan internet terkenal Irfan Khairi.

Berbeza dengan program-program sebelum ini, seminar yang hanya disertai oleh lebih kurang 30 orang ini lebih fokus dengan cara & strategi menggunakan media sosial untuk bisnes yang hendak dijalankan. Dengan jumlah peserta yang sedikit memberikan kelebihan untuk penulis dan peserta lain bertanya dan mendapatkan input dengan lebih tepat. Kali ini IK memberikan 66 strategi media sosial yang mana menggunakan Blog, Twitter, Blog, Youtube dan juga e-mel.

Selain dapat membuat ulangkaji, penulis juga dapat banyak idea-idea baru untuk dilaksanakan terutama untuk bisnes fotografi perkahwinan NahamPhoto serta bisnes LoveThatShawl. Penulis akan menyusun perancangan-perancangan baru serta struktur yang lebih baik supaya boleh memantapkan perniagaan. Lebih menarik, seminar ini akan diberikan sijil oleh Asia e-University yang mana telah menjalankan kursus berkenaan e-dagang dan juga perniagaan internet.

Rumusannya, seminar & bengkel yang dikendalikan oleh Irfan Khairi ini banyak memberikan manfaat kepada penulis seterusnya kepada perniagaan yang dijalankan. Walaupun dilanda dengan pelbagai dugaan, namum penulis tetap positif untuk membuat penambahbaikan demi masa depan yang lebih sempurna. Diharap penulis dapat membangkitkan semangat kerja yang membara dan tidak membiarkan perancangan hanya tinggal perancangan tanpa perlaksanaan.

Cerita lain mengenai seminar ini oleh sepupu penulis --> http://santai-norazman.blogspot.com/2011/10/perkongsian-ilmu-seminar-irfan-khairi.html

Selasa, 18 Oktober 2011

Menikmati Panorama Keindahan Alam Bersama Sepupu

Hujung minggu yang lepas, beberapa orang sepupu penulis telah pulang ke kampung (Endau) dan bertemu penulis. Seperti biasa penulis suka melakukan aktiviti bersama-sama dengan sepupu sejak dari kecil lagi. Selalunya penulis suka melayan mereka bermain PS2 iaitu bermain bola dan pernah satu ketika dahulu penulis membuat pertandingan games PS2. Tetapi kali ini penulis mengajak mereka menikmati keihdahan alam yang ada di bumi Endau.

rock climbing
rock climbing
rock climbing
Pada mulanya penulis dan sepupu ingin mandi di air terjun Tanjung Resang tetapi malangnya ada pembinaan sedang dilakukan dan air agak tidak memuaskan untuk mandi. Akhirnya penulis mengambil keputusan untuk ke Pulau Mawar kerana 2 orang sepupu (Cepot & Dek Rul) belum pernah ke sana. Ternyata mereka berdua sangat teruja apabila sampai disana dan melihat panorama alam serta permandangan yang indah lagi mendamaikan.
rock climbing
rock climbing
rock climbing
rock climbingPulau Mawar, Teluk Sari Endau memang dikenali dengan pulau batu-batuan yang boleh memukau mata. Setiap kali datang ke sini, penulis pasti akan dapat merasa keunikkannya. Apatah lagi tempat ini masih lagi tidak diketahui ramai dan bukan tempat tumpuan orang datang untuk mand atau berkelah. Cuma lokasi Pulau Mawar ini sangat digemari oleh kaki-kaki pancing dan juga kaki-kaki fotografi di Mersing.


rock climbing
Bebalik kepada cerita berjalan-jalan bersama sepupu tadi, kami bertiga menghirup udara segar sambil mengambil gambar-gambar yang disukai di Pulau Mawar. Walaupun penat mendaki batu-batuan dan juga berjalan kaki namum kami sangat berpuas-hati. Di akhir perjalanan kami singgah di kedai untuk melepaskan dahaga. Ekspidisi singkat kami berakhir sebelum magrib dan pulang ke rumah untuk bersiap sedia menonton perlawanan bolasepak pula :)

Isnin, 10 Oktober 2011

Aku Tak Pandai Main Ping Pong

Dulu-dulu pakai baju melayu ke baju batik ke boleh jer main ping pong...

Selain bolasepak & futsal, ping pong atau table tennis adalah salah satu sukan kegemaran penulis. Namun sejak sekolah dahulu, penulis jarang sekali bermain ping pong tidak kira dalam pertandingan atau riadah harian. Penulis teringat satu masa dahulu penulis pernah membuat meja pingpong menggunakan siling rumah dan jaring ikan. Itupun tidak bertahan lama apabila siling tersebut digunakan. Mungkin kerana faktor ini (tidak mampu membeli meja & peralatan ping pong), penulis tidak terlalu menumpukan sukan tersebut.

Pasukan Ping Pong dalam Pesta Sukan YPJ 2008

Apabila masuk zaman pekerjaan di KPYPJ, di level penulis bekerja ada menyediakan satu meja ping pong. Dari situlah bermula kembali minat dalam sukan ini. Apabila tiba waktu rehat dan waktu habis kerja, penulis berpeluang bermain, ditambah pula dengan rakan-rakan yang juga minat bermain ping pong membuatkan ia satu riadah yang baik dapat dilakukan setelah penat bekerja. Sejak itu juga, penulis banyak menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh syarikat tidak kira peringkat dalaman atau luaran.

Berikut merupakan beberapa rakaman video aksi yang tak seberapa oleh penulis dan rakan-rakan sparring. Mana tahu satu hari nanti boleh masuk kejohanan yang lebih besar bila tiap-tiap minggu berlatih :)



Penulis tidaklah sehebat mana bermain ping pong cuma posting ini ditulis kerana keunikkan sukan ping pong itu sendiri yang memerlukan fokus & kemahiran yang tinggi. Walaupun sekarang penulis jarang dapat bermain kerana telah berpindah ke Mersing tetapi penulis tidak melepaskan peluang bermain dengan rakan-rakan lama jika ada tugas di Johor Bahru. Sukan ini sedikit sebanyak dapat mengeluarkan peluh dan satu aktiviti sihat memandangkan masa untuk beriadah amatlah singkat dengan kesibukkan kerja penulis.

p/s : jangan lupa untuk subsribe channel Youtube penulis untuk lain-lain video menarik! Klik DISINI

Jumaat, 30 September 2011

Rombongan Naawa Ke JB Dengan Keretapi


Beberapa minggu lepas penulis berkesempatan menemani anak sulung penulis, Naawa Hadirah dan rombongan sekolahnya menaiki keretapi ke Johor Bahru. Rombongan ini disertai oleh lebih 20 orang pelajar pra sekolah bersama penjaga mereka. Perjalanan dimulakan dengan menaiki bas dari Endau ke Kluang dan seterusnya menaiki keretapi dari stesen Kluang ke Johor Bahru. Berikut antara gambar-gambar yang penulis rakamkan.





Ini adalah pengalaman pertama penulis dan anak menaiki keretapi KTM (bukannya LRT) dan merupakan satu pengalaman yang menarik. Sampai di Johor Bahru, penulis dapat melihat stesen baru di JB Sentral dan juga sempat melawat stesen yang lama. Kami diberi penerangan mengenai sejarah stesen keretapi dan juga sistem yang digunakan sejak dulu sehingga sekarang selain melihat beberapa peralatan-peralatan lama.



Seterusnya kami ke Zoo Johor melihat haiwan-haiwan yang ada disana. Ternyata Zoo Johor lebih baik dari yang sebelum ini dimana suasana yang lebih cantik dan lebih ramai orang datang melawat. Haiwan-haiwannya juga kelihatan dalam keadaan yang baik. Kami makan tengahari dan solat di Hutan Bandar dan seterusnya ke Ulu Tiram untuk bermain di taman tema air (indoor) di pasaraya Today.




Rombongan singkat satu hari suntuk ini berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah penulis dapat meluangkan masa lebih lama dengan anak dimana selalunya penulis agak sibuk dengan kerja. Bagi Naawa pula, beliau sangat gembira dapat bersama kawan-kawannya. Ini adalah aktiviti terakhir beliau bersama kawan-kawan dimana tahun hadapan Naawa akan ke darjah 1 pula -Tammat-

p/s - Gambar diambil menggunakan kamera Panasonic Lumix DMC-FS62

Isnin, 26 September 2011

Konvoi Beraya Bersama Geng Blogger

Assalamualaikum. Rasanya ini adalah satu-satunya posting berkenaan raya yang penulis ingin kongsikan tahun ini. Hari raya kali ini pada penulis sangat meriah dimana hari raya pertama dan kedua dipenuhi dengan menziarah keluarga dimerata tempat. Penulis tidak dapat berjumpa dengan seorang pun rakan dihari raya kerana banyak rumah ahli keluarga kedua-dua pihak yang perlu dilawati. Yelah, memandangkan keluarga penulis dan isteri adalah satu kampung jadi mudah untuk bergerak ke sana sini.


Lebih kurang seminggu selepas raya barulah penulis berpeluang beraya bersama rakan-rakan. Jika tahun lepas penulis beraya bersama rakan-rakan lama sekolah rendah Tanjung Gemok, tahun ini penulis beraya bersama geng-geng blogger. Konvoi raya kali ini dimulakan dengan rumah Kaff di Kempas JB dan keesokkan harinya ke rumah Cik Pah & Misna di Batu Pahat. Perjalanan diteruskan ke Muar iaitu rumah Artakus dan ke rumah En. Mus di Melaka. Konvoi diakhiri dengan lokasi terakhir Endau iaitu rumah penulis.


Gambar-gambar konvoi raya telah diambil oleh saudara Shahrul yang mana turut menyertai lawatan 1 hari 1 malam dengan 1 kereta ini. Sebelum semuanya pulang ke JB, penulis telah bawa mereka mandi di air terjun Tanjung Resang, Endau dan membeli keropok di Mersing. Rasanya gambar mandi air terjun tidak perlu ditayangkan kerana agak "comel". Sebenarnya ini bukanlah kali pertama konvoi raya kami dilakukan malah telah dimulakan sejak 2-3 tahun lepas. Di harap persahabatan kami terus mesra dan dapat meneruskan tradisi ini.

Jumaat, 23 September 2011

Info Senarai Pembaharuan Laman Facebook

Assalamualaikum...




saya dapat dari info Aisyah Hussain

Sepertimana yang diketahui ramai, laman Facebook kini sedang mendapat penambahbaikan dari pihak mereka. Bagi yang tidak tahu, berikut merupakan senarai pembaharuan yang dilakukan oleh Facebook pada laman mereka:
  • Anda boleh menulis sehingga 5000 aksara pada post anda. Sebelum ini, anda hanya dibenarkan menggunakan 500 aksara.
  • Anda tidak lagi boleh menghantar mesej bersama friend request anda.
  • Navigation bar akan kekal pada bahagian atas skrin anda ketika anda skroll ke bawah.
  • Peringatan harijadi berada pada posisi atas bahagian kanan berdekatan dengan notifikasi poke. Apabila diklik, anda boleh menulis pada wall individu tersebut secara terus
  • Butang poke apabila ditekan akan menyenaraikan siapa yang telah poke anda.
  • Butang Profile digantikan dengan thumbnail dan nama anda.
  • News Feed kini memaparkan Top Story diatas dan Recent Story dibawahnya.
  • Anda boleh menanda mana-mana post rakan anda sebagai Top Story dan sebaliknya.
  • Fungsi Ticker memaparkan kemaskini aktiviti terbaru rakan anda.
  • Anda boleh memilih untuk subscribe atau unsubscribe kepada pada post rakan anda.
Perubahan yang dibawakan oleh Facebook ini seperti yang lalu, mendapat beberapa pelbagai reaksi dimana beberapa pengguna menyukainya, dan beberapa pengguna yang tidak. Beberapa pengguna yang tidak menggemari fungsi Ticker boleh mendapatkan extension chrome yang membuang fungsi tersebut.

Rabu, 31 Ogos 2011

Rumah Terbuka Anak Mersing 2011


Malam ini penulis akan menyertai majlis Rumah Terbuka Anak Mersing yang akan diadakan di Dewan Jubli Intan, Mersing jam 8.00 malam. Antara agenda menarik adalah cabutan bertuah dan sesi berjumpa kenalan lama. Penulis adalah salah seorang urusetia dan merupakan jurufoto rasmi untuk acara ini. NahamPhoto pula adalah antara penaja yang terlibat.

Updated! Untuk melihat gambar-gambar majlis boleh klik DISINI.

Sabtu, 27 Ogos 2011

Ucapan Selamat Hari Raya Untuk Semua Pembaca Blog 'Mencipta Memori'


Ramadan tahun ni dilalui dengan pelbagai perkara pahit manis. Juga terlalu sibuk dengan pelbagai urusan seperti bisnes & menguruskan perancangan aktiviti hari raya. Penulis juga jarang dapat online kerana terlalu sibuk. Dikesempatan ini penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfiti kepada semua pembaca dan yang mengenali penulis tidak kira dimana jua anda berada. Walaupun entry ini sangat ringkas namun sangat memberi makna kepada penulis. Maaf zahir dan batin jika ada kesalahan dalam apa jua perkara.

Khamis, 25 Ogos 2011

Pengalaman Menjaga Booth LoveThatShawl Di Jusco Bukit Indah


Setiap minggu dalam bulan puasa ini penulis dan sahabat baik Kafi akan ke Kuala Lumpur untuk membeli stok selendang dan tudung untuk dijual di Jusco Bukit Indah, JB. Walaupun dalam bulan puasa namun ia bukan penghalang untuk kami berulang dari JB-KL. Atas dasar membantu beliau membuat jualan sempena hari raya ini, penulis bersetuju untuk menjaga booth LoveThatShawl yang bertapak diruang legar Jusco tersebut.


Semasa persiapan 'setup' booth LTS diruang legar Jusco Bukit Indah.

Duta LTS : Anas Suhada antara yang awal datang memilih selendang...

Pengalaman menjaga booth ini sangat menarik. Penulis berjumpa dengan pelbagai karenah pelanggan dan juga cabaran-cabaran dalam berniaga. Walaupun penulis hanya bertugas untuk satu minggu sahaja namun sudah cukup memberikan satu pengalaman berharga. Sebelum ini penulis memang terlibat dengan LoveThatShawl secara tidak lansung iaitu menguruskan halaman peminat dan juga bahagian jualan online.


Antara stok dan produk yang dijual...


Isteri penulis juga datang melawat booth LTS...

p/s- Jika panjang umur dan diberi peluang lagi tahun hadapan, penulis ingin berniaga seperti bulan puasa tahun ini. Untuk melihat produk terkini LoveThatShawl boleh like Fan Page LTS!