Rabu, 31 Disember 2008

Sokongan Anda...

Penulis mula menceburi alam siber dengan serius pada tahun penghujung 2005. Pada mulanya penulis mempunyai fotopages yang mengandungi gambar & karya fotografi penulis. Apa yang tidak disangka, dengan fotopages tersebut, telah banyak yang dapat dipelajari & telah memperkenalkan diri penulis kepada pengunjung internet yang lain.

Sejak fotopages tersebut, penulis mula didedahkan dengan komuniti yang lebih luas. Ramai yang telah memberikan inspirasi, membantu dan menyokong penulis ketika itu (jika disebutkan memang tidak mencukupi). Setelah 2 tahun menggunakan fotopages, penulis beralih kepada blog yang lebih fleksibel & mudah.

Sehingga kini, blog 'mencipta memori' telah mencapai lebih 3000 pelawat sejak posting pertama. Mempunyai 7 pengikut yang setia dan ramai lagi yang selalu membaca. Semua itu adalah hasil sokongan anda semua. Disini penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua pelawat blog ini.


Kini blog ini sudah berada dalam galeri online Art On Display dimana ia memaparkan laman-laman web hasil-hasil karya seni dari seluruh dunia. Anda boleh mengundi nama-nama yang tersenarai di dalam laman web ini dan salah satunya adalah blog 'mencipta memori'. Harapan penulis agar anda semua dapat terus menyokong karya penulis. Insya Allah.

IKLAN : Pendaftaran Kursus Asas Fotografi (Digital) dibuka SEKARANG! Keterangan lanjut layari www.nahamphoto.com/blog

Selasa, 30 Disember 2008

Blog 'Mencipta Memori' Berwajah Baru!

Bila tibanya tahun baru, sudah semestinya kita semua akan mempunyai azam yang baru, keinginan yang baru malah serba-serbi baru. Perubahan adalah sesuatu yang amat positif dalam pelbagai aspek. Sudah semestinya kita perlu berubah untuk mencapai apa yang diiginkan dan jangan kekal ditakuk yang lama.

Oleh itu, pada tahun 2009 ini, blog penulis ini akan membawa konsep yang baru dan lebih segar. Input yang ingin disampaikan akan merangkumi 5 bahagian utama iaitu fotografi, aktiviti, hobi, seni & informasi. Ini adalah untuk menjaga kualiti artikel-artikel yang akan dihantar supaya lebih baik & memberi kesan kepada pembaca.

Sebarang perkara yang terlalu peribadi & emosi, tidak akan dimasukkan kedalam blog ini lagi. Ia akan dicatatkan ke blog lain iaitu http://diariburuk.blogspot.com.

Dengan tibanya tahun baru ini diharap semua pelawat dan blogger akan terus berkongsi informasi dan membaca blog-blog sebagai satu sumber mencari ilmu. Semoga dunia blogging ini akan terus meriah dengan kehadiran blogger-blogger baru yang berkualiti. Selamat tahun baru & terima kasih semua!

IKLAN : Pendaftaran Kursus Asas Fotografi (Digital) dibuka SEKARANG! Keterangan lanjut layari www.nahamphoto.com/blog

Isnin, 29 Disember 2008

Trip To Malacca Zoo

Sabtu lepas, penulis, Kaff, Artakus, Cik Anipah & anak saudaranya telah melawat Zoo Melaka. Kami bergerak dari Pagoh Muar kira-kira jam 10 pagi. Setelah Cik Anipah & anak saudaranya sampai dari Batu Pahat, kami berlima ke bandar Muar dahulu untuk sarapan satay, satu tradisi di Muar.

Cik Anipah, janganlah malu-malu nak makan satay tu...

Selepas kenyang membaham berpuluh-puluh cucuk satay, kami terus bergerak ke destinasi. Cuaca sebelum itu hujan renyai-renyai namun berhenti ketika kami sampai di bumi Melaka. Kira-kira jam 12 tengahari, kami singgah dahulu di Mini Malaysia untuk melihat pameran lebah. Selepas itu membeli sedikit cenderahati di situ.

Tiba di Zoo Melaka..

Sedapnya makan..

Cuti-cuti Malaysia...

Kira-kira jam 2 petang, kami terus ke Zoo Melaka. Orang terlalu ramai datang ketika itu termasuk dari negara jiran menyebabkan kami meletakkan kereta agak jauh jaraknya. Masuk sahaja kedalam Zoo, penulis & Kaff terus menjalankan aktiviti mengambil gambar sambil yang lain menghayati binatang-binatang disitu.

Apa pandang-pandang?

Tengok apa tu?

Selain mengambil gambar, kami dihiburkan dengan persembahan gajah-gajah disitu. Aktiviti ini nyata dapat merehatkan minda kami semua yang penat bekerja. Zoo melaka mempunyai lebih daripada 1,500 binatang dari lebih 200 spesis. Ia mula dibuka oleh kerajaan tempatan pada 1963 dan diambil alih oleh PERHILITAN sejak 1979.

Comel gajah ni duduk bersimpuh!

Setelah penat berjalan, kami keluar & membeli sedikit lagi cenderahati di Zoo tersebut. Kira-kira jam 5 petang, kami bergerak pulang ke Pagoh. Sebelum sampai kami sempat singgah di pekan Pagoh untuk minum. Sebelum maghrib Cik Anipah pulang ke Batu Pahat & penulis serta kaff bergerak pulang ke Johor Bahru. Kami selamat tiba jam 8.30 malam.

KLIK DISINI untuk gambar-gambar yang lain.
KLIK DISINI untuk artikel yang sama.

IKLAN : Pendaftaran Kursus Asas Fotografi (Digital) dibuka SEKARANG! Keterangan lanjut layari www.nahamphoto.com/blog

Ahad, 28 Disember 2008

Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah

Selepas asar tadi, penganut umat Islam mula membaca doa akhir tahun sehingga maghrib. Selepas maghrib pula kita akan membacakan doa awal tahun dan memohon agar tahun hadapan akan lebih dirahmati & lebih bertaqwa kepada-Nya.

3 azam penulis yang ingin dicapai pada tahun hadapan adalah;

- Bekerja lebih keras untuk menaikkan nama diri & organisasi.
- Menuntut / Mempraktikkan lebih banyak ilmu fotografi, design & internet.
- Menjadi 'founder' kepada sesuatu perkara.

Selain itu, penulis juga berharap agar semua ahli keluarga & rakan-rakan diredhai oleh Allah. Semoga kehadiran tahun baru ini akan memberikan satu sinar baru kepada diri sendiri & seluruh umat Islam. Amin...

IKLAN : Pendaftaran Kursus Asas Fotografi (Digital) dibuka SEKARANG! Keterangan lanjut layari www.nahamphoto.com/blog

Sabtu, 27 Disember 2008

Sehari Di Olak Sepam

Artakus cuba untuk membaca blog menggunakan broadband

Malam semalam (Jumaat), penulis & Kaff telah ke Kg. Olak Sepam, Pagoh Muar iaitu kampung halaman Artakus. Setelah pulang dari kerja petang jumaat itu, kami bersiap-siap dan bergerak dari Johor Bahru kira-kira 9 malam. Tiba di sana tepat jam 10.30 malam dan kami terus dihidangkan dengan makanan yang lazat. Sebelum tidur, kami bertiga bersembang-sembang, bergelak ketawa sambil membuat shooting tidak rasmi.

Orang pergi memancing dipagi hari...

Bot-bot En. Hamid, bapa Artakus

Artakus mengambil peluang mandi sungai...

Rancangan kami adalah untuk ke Zoo Melaka pada pagi Sabtu bersama Cik Anipah. Sementara menunggu Cik Anipah sampai dari Batu Pahat, kami sempat lagi membuat shooting di jeti Sungai Muar berhadapan rumah Artakus. Sambil melihat ramai pemancing yang mengemudi bot masing-masing, penulis & kaff sempat merakamkan beberapa panorama disitu. Sangat cantik & menarik.

Artakus hanya melihat...

Kaff sedang beraksi...

Kaff melihat hasil-hasil kerjanya...

*p/s- Posting akan datang! Gambar outing di Zoo Melaka

IKLAN : Pendaftaran Kursus Asas Fotografi (Digital) dibuka SEKARANG! Keterangan lanjut layari www.nahamphoto.com/blog

Khamis, 25 Disember 2008

Amalan Membaca

Entah kenapa ketika zaman persekolahan dulu, penulis tidak berapa suka membaca. Membaca ini dalam erti kata lain membaca buku-buku sekolah atau bahan-bahan bacaan bercetak. Membaca bukan satu kegemaran ketika itu (sebab lebih menggemari grafik atau gambar). Jika tiba musim peperiksaan, barulah penulis akan membaca dengan teliti setiap subjek yang berkenaan.

Namun sekarang, membaca adalah satu perkara yang mesti dilakukan oleh penulis setiap hari. Bahan bacaan tidak kira bahan bercetak atau elektronik (sudah semestinya BLOG). Sejak dikolej, penulis sudah mula membeli buku-buku yang berkualiti untuk dibaca seperti IT & fotografi. Majalah fotografi memang dilanggan setiap tahun iaitu Digital Camera Magazine & National Geographic.

Selain itu, penulis juga membaca buku-buku ilmiah yang lain seperti bisnes, motivasi & keluarga. Secara tidak sedar, bahan-bahan bacaan itu telah membawa penulis ke satu tahap yang tidak diduga. Pencapaian demi pencapaian dicapai hasil dari bacaan tersebut ditambah dengan hasil bacaan dari sumber elektronik seperti blog & lain-lain. Ia merupakan satu fenomena bagi penulis.

Kini penulis sudah membuat list buku-buku yang akan dibeli untuk dibaca kelak. Ia seolah-olah satu pemburuan untuk menimba lebih banyak ilmu. Selain buku, blog juga memainkan satu peranan yang penting dalam memberikan pengetahuan. Oleh itu penulis berharap agar trend blog ini akan berterusan dan makin ramai akan berkongsikan maklumat berkualiti dengan membaca blog. Teruskan amalan membaca!

Antara koleksi buku-buku dirumah

*p/s- Insya Allah penulis akan berkongsi bahan bacaan dari buku-buku terpilih kelak. Semalam penulis sudah meminjam buku jutawan internet Irfan Khairi daripada kaff.

IKLAN : Pendaftaran Kursus Asas Fotografi (Digital) dibuka SEKARANG! Keterangan lanjut layari www.nahamphoto.com/blog

Isnin, 22 Disember 2008

Medal Memori Maya 2008

Assalamualaikum semua, masa untuk meraikan mereka yang melawati blog 'mencipta memori' akhirnya tiba jua. Pemenang pada tahun ini adalah seperti senarai dibawah (mengikut ranking top 10);

PELAWAT TERBAIK 2008
1) Kaff
2)
HANA bUdaK cEkElAt
3) Artakus
4) Inda
5) Fiza
6) AyAres
7) Cheekongsejuk
8) Mama_yang_cool
9)
J u l i a 。.゜✿
10) Uncle Bourne

* pengiraan : cbox-1 markah, komen-2 markah, follower-tambahan 3 markah

PROMOTER TERBAIK 2008
1) thekaff.blogspot.com
2) artakus5143.blogspot.com
3) www.lyncreativo.com/blog
4) syafiqazuan.blogspot.com
5) z-diaryku.blogspot.com
6) cheekongsejuk.blogspot.com
7) ayares151.blogspot.com
8) blog.saifulnang.net
9) unclebourne.blogspot.com
10) citoe2009.fotopages.com

*pengiraan : gabungan markah dari statistik motigo.com & statcounter.com

Kepada pemenang (No.1 sahaja) sila berikan email anda ke harrisfadzilah@gmail.com untuk menerima hadiah 'script medal' sebelum 31 Disember 2008. Kepada yang tidak berjaya tersenarai, jangan berputus asa dan cuba lagi tahun hadapan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua kerana melawat & membaca blog 'mencipta memori' sepanjang tahun ini. Semoga kita semua teruskan membaca serta berkongsi informasi dalam dunia blog.

"TAHNIAH KEPADA PEMENANG! & SELAMAT BERBLOGGING"

IKLAN : Pendaftaran Kursus Asas Fotografi (Digital) dibuka SEKARANG! Keterangan lanjut layari www.nahamphoto.com/blog

Jumaat, 19 Disember 2008

Susah Ke Parking?



Apabila penulis terlihat video ini di Youtube, terasa ingin menulis sesuatu tentang parking kereta. Banyak pengalaman tentang perkara ini yang ingin penulis kongsikan. Jika betul kereta itu dipandu oleh seorang perempuan, memang penulis tidak merasa hairan walau sedikitpun (jangan marah yea jika ada pembaca perempuan).

Semasa penulis berulang-alik ke HSA tempohari, ada seorang Amoy memandu Myvi agak bengang kerana keretanya tersepit sedangkan dia mahu bergerak keluar. Tindakannya yang meng'hon' keretanya berulang-ulang kali agak menggelikan hati kerana tiada seorang pun disitu kecuali penulis. Jadi penulis mengambil keputusan untuk membantu dia keluar dari parkingnya.

Melihat pada ruang, memang keretanya boleh keluar dari situ. Sambil melihat depan, belakang, kiri & kanan, penulis memberikan arahan untuk memusingkan stereng keretanya. Namun setelah beberapa minit mencuba, tetap gagal. Amoy itu tidak dapat membuat arahan yang diberikan sedangkan penulis ada disitu untuk memberi arahan. Keretanya ke depan & ke belakang pada tempat yang sama.

Dalam hati, penulis merasa sangat lucu. Walaupun dengan bantuan, seorang perempuan tetap gagal mengagak dalam parkingnya. Inikan lagi jika dia bersendirian, memang jadi seperti video diatas. Sekejap ke depan sekejap ke belakang, selepas itu stereng dipusing pada angle yang sama. Berbalik pada Amoy tadi, setelah 15 minit mencuba akhirnya ada pemandu kereta dibelakangnya datang untuk keluar.

Disini ada satu tips untuk semua. Cuba lihat contoh situasi dibawah, bayangkan kotak biru kereta anda & kotak merah kereta orang lain. Jika diperhatikan seperti agak sukar untuk keluar.


Jika kita terus keluar dari kedudukan asal, muncung & belakang kanan kereta kita mungkin akan mengenai kereta lain.


Apa yang boleh kita lakukan, keluarkan kereta anda sedikit & rapatkan dengan kereta sebelah kiri anda (seperti gambarajah dibawah). Pusingkan stereng kereta anda sehingga habis atau hampir-hampir habis ke kiri.


Keluar perlahan-lahan sambil lihat muncung kanan kereta anda. Jangan risau kereta anda akan mengenai kereta sebelah kiri kerana jika mengambil kira sudut fizik, tayar depan anda akan membawa belakang kereta anda sahaja untuk bergerak ke kanan.


Tips ini boleh juga digunakan untuk parking kereta dari belakang. Konsep yang sama cuma dari luar hendak masuk ke dalam. Anda perlulah bijak mengagak kerana skill ini tetap bergantung pada ketajaman pengiraan anda (selain saiz kereta anda).

Penulis pernah melihat satu segmen di TV, menurut seorang Dr. yang membuat satu kajian, kebanyakkan perempuan memang lemah dari segi pengiraan & mengagak contohnya seperti parking kereta berbanding lelaki. Fakta-fakta yang lain penulis tidak berapa ingat kerana ia sudah agak lama ditonton. Bagaimana pula dengan anda? Ada pengalaman tentang parking?

*p/s - Teringat peristiwa selasa lepas apabila En. Farhat menjerit sekuat-kuatnya dalam kereta bila penulis membuat skill diatas untuk parking. En. Artakus pun ikut gak menjerit sebab dengar orang menjerit. Hehe...

Rabu, 17 Disember 2008

Panas Hati Betul!

Malas nak cerita panjang sebab tengah sakit hati sangat! Gambar kat bawah ni menunjukkan akibat apabila tak dengar cakap bapak. Yang susah, bapaknya jugak! Satu kerja apa tak dapat buat malam ni. Nak kejar duedate customer akhirnya berkejar ke Hospital!


Selasa, 16 Disember 2008

Kursus Pembinaan Blog Di ITP

Dua hari lepas, penulis telah diamanahkan menjadi pengajar kursus pembinaan blog untuk staf-staf KPYPJ di Institut Teknologi Perindustrian YPJ. Ini adalah percubaan pertama penulis untuk mengajar tentang blogger kepada orang lain. Dengan modul yang dibuat 99% sendiri, akhirnya dapat juga menyampaikan apa yang perlu kepada semua peserta. Peserta-peserta juga agak teruja apabila sudah mempunyai blog sendiri.

Harapan penulis & penganjur agar modul ini dapat dipraktikkan bukan sahaja untuk individu malah untuk kegunaan di kolej atau organisasi. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama En. Farhat sebagai penganjur, Pn. Asnidar sebagai Pengarah ITPYPJ, En. Halim sebagai Fasilitator & semua peserta. Segala salah silap, terkasar bahasa, harap dimaafi. Semoga akan berjumpa pada sesi yang lain.





Berikut merupakan senarai peserta bersama blog masing-masing;

1. Hamidah Ahmad : http://putericempakasari.blogspot.com/
2. Norliyana Ibrahim : http://ibuglam.blogspot.com/
3. Siti Aisah Baharom : http://jangansinggah.blogspot.com/
4. Khairul Bariyyah : http://wanitasuci.blogspot.com/
5. Ruzaimah Hassim : http://cayokcayok.blogspot.com/
6. Zaini Mohamed Sapikon : http://provas-zainims.blogspot.com/
7. Mohd Noralim Idris : http://skplc.blogspot.com/
8. Nuraini Abdullah : http://cikenur.blogspot.com/
9. Nor Azlin Ramlee : http://mathscanggih.blogspot.com/
10. Nik Hasfaliza Nik Md Hassan : http://puteriku-pewaris.blogspot.com/
11. Hartini Saad : http://yanihartisya.blogspot.com/
12. Haslinda Hashim : http://haslindahashimblog.blogspot.com/
13. Mohd Saufian Abdullah : http://tanahair-jingat.blogspot.com/
14. M. Nor Rashid Muizz Salim : http://chopperbikemalaysia.blogspot.com/
14. Azeman Selamat : http://azeman-dmr.blogspot.com/
15. Norhisham Mustaffa : http://kuddin.blogspot.com/
16. Wan Fauzi Yusni Ahmad : http://dmr-itpypj.blogspot.com/
17. Nazrul Ismail : http://berbualkumbing.blogspot.com/
18. Anwar Jalaluddin : http://jamahiriah.blogspot.com/
19. Azrul Hazri : http://sembangempak.blogspot.com/
20. Hanapi Ahmad Awat : http://akunapi.blogspot.com/
21. Asnidar Ahmad : http://asnidarahmad.blogspot.com/
22. Muhamad Israf Ismail : http://israfrin.blogspot.com/
23. Noryanti Hussin : http://cerminmimpi-cerminmimpi.blogspot.com/

*p/s- nanti kita lihat blog siapa yang akan popular!

Isnin, 15 Disember 2008

Anugerah Medal Memori Maya (Akan Datang)

Sebagai menghargai semua pengunjung blog "mencipta memori" yang tidak seberapa ini. Penulis dengar besar hatinya mengadakan satu anugerah yang di panggil MEDAL MEMORI MAYA bermula tahun ini. Anugerah ini mengandungi 2 kategori iaitu PELAWAT TERBAIK dan PROMOTER TERBAIK.

Medal PELAWAT TERBAIK dianugerah kepada mereka yang selalu melawat blog "mencipta memori" ini berdasarkan komen pada posting & juga cbox.

Manakala Medal PROMOTER TERBAIK pula dianugerahkan kepada website @blog @ page yang mempunyai link URL ke blog "mencipta memori" dimana ia paling banyak menarik & memberi akses pengunjung lain ke blog "mencipta memori".

Pemenang akan diberikan SCRIPT untuk mereka paparkan medal mereka di webpage @ blog @ seumpanya milik mereka. Keputusan untuk kedua-dua anugerah ini akan diumumkan pada 22/12/08 ini. Tunggu....

Semoga kita semua akan terus ber'blogging' untuk perkongsian ilmu, maklumat dan lain-lain.

*p/s- pengiraan & statistik diperolehi dari statcounter.com & motigo.com

Rabu, 10 Disember 2008

7 Perhentian, Masihkah Anda Ingat?

Setiap kali tiba 10 Disember, penulis mesti akan teringatkan sesuatu. Satu cerita yang tidak boleh dilupakan sehingga kini. Jika dulu pernah pengunjung fotopages penulis bertanya. " Apakah cerita itu? ---> KLIK DISINI untuk imbas kembali.

Hari ini 2 tahun yang lepas adalah satu sejarah hitam bagi 34 orang (lebih kurang) pelawat dari KPYPJ yang melawat Pulau Pinang. Lawatan itu disertai oleh staf-staf KPYPJ yang menyertai Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) melawat Pulamed JPA3 di Butterworth. Dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru, kami semua yang menaiki bas singgah di Cameron Highland. Kami tiba disana menjelang magrib. Sampai disana sahaja bateri HP & kamera penulis 'kong'. Sejak itu misteri bermula...

Perhentian 1 (7-8 mlm) : Kami singgah ke satu kawasan tetapi peniaga disitu kelihatan bergegas-gegas menutup kedai mereka (macam ada sesuatu). Mungkin kerana hari sudah magrib & pelanggan sudah berkurangan. Ada rakan yang duduk disatu warung namun peniaganya seperti menghalau-halau pelanggannya.

(8-10 mlm) : Penulis & rakan-rakan yang kelaparan pergi ke sebuah gerai makanan. Disitu terdapat beberapa gerai makanan & rakan-rakan yang lain ada sama makan digerai-gerai yang lain. Anehnya penulis & rakan-rakan yang berjam-jam menunggu tidak dapat menikmati makanan kami sedangkan tempahan sudah diambil. Rakan-rakan yang makan digerai yang lain sudah menjilat jari masing-masing. Akhirnya kami bangun hampa kerana panggilan kami tidak dilayan. Setelah keluar dari situ, penulis bertanya kepada rakan, "Wujud ke kedai yang kita semua pergi tadi?".

(10-11 mlm) : Bas mula bergerak turun dari Tanah Tinggi walaupun agak kurang bijak menuruni cerun yang berliku pada malam hari. Ada antara kami tadi membeli burger untuk makan didalam bas. Apabila bas bergerak, ada juga rakan yang mabuk & muntah.

Gambar terakhir dalam simpanan penulis sebelum bateri habis...

Perhentian 2 (11 mlm) : Waktu ini penulis tidak tidur dan memandang cermin hadapan. Kebanyakkan rakan semua sudah tidur. Apabila tiba disatu selekoh menuruni bukit, BAAMM!!! Penulis dapat perhatikan yang bas sudah menyereng ke kanan & jatuh ke kiri semula. Penulis terpelanting dari kerusi & beg-beg yang disimpan diatas bertubi-tubi menimpa penulis. Jeritan kedengaran disana-sini. Rupanya tayar kiri belakang bas telah melanggar tembok jalan. Kebetulan penulis duduk sama paras dengan tayar tersebut. Kami semua trauma kerana nyaris bas kami hendak ke gaung.

Setelah bas diberhentikan untuk melihat keadaan tayar, ada rakan yang turun muntah-muntah, ada yang hendak membuang air dan ada juga yang mamai mengatakan yang kami dah sampai. Kami berhenti didalam kawasan hutan yang gelap gelita & tiada kenderaan lalu-lalang. Entah bagaimana penulis tersuluh satu suratkabar yang direnyuk-renyuk betul-betul di hadapan pintu bas. Pada suratkabar itu terdapat DARAH! Banyak, pekat & segar. Ramai yang nampak ketika itu dan ada yang kecut perut. Kami bergegas naik bas dan meneruskan perjalanan...

(12 mlm) : Menurut pakar seperti Uncle Nordin & Mejar Taha yang melihat darah itu mengatakan yang itu darah manusia. Beberapa minit selepas kejadian itu, Fairuz yang tidur merasakan seperti ada BENDA HANYA BERKEPALA mengikut ditepi tingkap bas.

Perhentian 3 (1 pagi) : Berhenti sebentar di tol Tapah untuk berehat sebentar & ada yang membuang air. Masing-masing masih menceritakan peristiwa tadi. Baby En. Asmadi pula tiba-tiba menangis kuat manakala puan Mardziah ada bermimpi yang bukan-bukan. Perjalanan disambung semula...

Perhentian 4 (1.30 pagi) : Berhenti di kawasan R & R Tapah. Semasa berjalan ke tempat makan, Uncle Nordin menunjukkan sesuatu kepada penulis. Apa yang ditunjukkan adalah sebuah van jenazah. Walaupun maksud Uncle Nordin hanyalah untuk menunjukkan van jenazah tersebut, namun malangnya penulis nampak satu BENDA BERPAKAIAN PUTIH dalam van mayat tu. Hanya dengan sekali pandang, penulis terus mengalihkan pandangan & berdiam diri. Dalam hati berkata jangan berfikir apa-apa & kuatkan semangat. Setelah kami semua makan, perjalanan diteruskan...

Jika bas ini sudah jatuh ke dalam gaung, cerita ini mungkin tidak dapat dicoretkan...

Perhentian 5 (2 pagi) : Bas tiba-tiba berbunyi kuat & pelik dibahagian belakang. Kami berhenti lagi di tengah highway yang gelap. Bas diperiksa lagi tetapi tiada masalah yang dapat dikesan. Perjalanan disambung...

Perhentian 6 (3 pagi) : Berhenti rehat di kawasan rehat Serdang, KL. Boy yang duduk dikerusi paling belakang mengatakan ada BENDA menolak-nolak kerusinya (sedangkan belakang dia tiada kerusi lagi). Perjalanan diteruskan...

Perhentian 7 (5-6 pagi) : Berhenti di R & R Pagoh, Muar. Selipar Aju putus seperti digunting. BENDA itu seolah-olah mengikut kami sejak dari peristiwa turun dari tanah tinggi tadi. Ini adalah perhentian terakhir kami & segala misteri habis disitu setelah subuh tiba.

Kami selamat tiba di Johor Bahru lebih kurang jam 11 pagi dimana kami bertolak dari Pulau Pinang lebih kurang jam 11 pagi juga. Ia merupakan satu perjalanan sehari suntuk yang penuh misteri. Sehingga kini penulis percaya nama-nama yang disebut diatas masih menyimpan cerita masing-masing. Dan mungkin masih ada diantara kami yang merahsiakan ceritanya? Siapa tahu.

Misteri kenapa bas terlanggar tembok? Kenapa ada darah disitu? Kenapa ada BENDA mengikut kami? Masih belum dapat diketahui. Sedangkan apabila penulis pulang kerumah, hati masih berdebar-debar seolah-olah ada mata yang memandang. Itu semua hanya Tuhan yang tahu. Masa, tempat & kejadian diatas tidaklah terlalu tepat. Ia hanyalah sekadar anggaran sejauh mana penulis dapat ingat & cerita yang penulis dengar dari orang lain.

Setiap orang menyimpan cerita masing-masing. Syukur kita semua masih dapat hidup...

*p/s- Kepada mereka yang terlibat dalam kejadian ini, dialu-alukan bercerita pengalaman masing-masing diruangan komen. Jangan biarkan hidup anda diselubungi, MISTERI....

Jumaat, 5 Disember 2008

Nailah Keluar Wad...

Setelah 9 hari berada di wad kanak-kanak, akhirnya Nailah dapat pulang kerumah. Petang tadi selepas waktu kerja, penulis pulang kerumah mengambil kereta untuk terus ke hospital. Sampai disana, barang semua telah dikumpulkan untuk dibawa pulang. Seperti seorang ahli gym, penulis mengangkat kerusi malas disebelah tangan serta sebelah lagi mengangkat 1 beg dengan kipas angin. Penulis menapak sambil termengah-mengah kerana parking yang jauh gara-gara warga Johor yang bekerja di Singapura "sangat bijak" meletakkan kenderaan mereka di parking hospital. Mungkin mereka semua tidak terlintas yang mereka atau keluarga mereka akan sakit & berada di hospital tersebut.

Namun itu semua tidak penting lagi. Apa yang penting sekarang Nailah & isteri dapat melihat dunia luar kembali. Setelah beberapa jam menunggu surat dari doktor, akhirnya penulis membayar bil dan keluar dari kawasan hospital. Malam ini penulis tidak akan mengulang lagi kesana seperti 8 malam yang sebelumnya. Penat? Memanglah penat tetapi itu semua dugaan yang harus dihadapi. Berkat doa saudara-mara & rakan-rakan, Nailah agak sihat & ceria. Jutaan terima kasih juga kepada mereka yang telah menziarahi atau memberi sumbangan. Pemberian itu biarlah Tuhan sahaja yang membalasnya.

Selepas makan di Bomba, kami semua pulang kerumah untuk menguruskan beberapa lagi perkara. Esok pagi kami merancang untuk pulang ke Endau untuk beraya Aidil Adha disana. Dapatlah Nailah bertemu kembali dengan kakaknya Na'wa. Dan penulis? Penulis merancang untuk tidur selama cuti ini selain membuat perancangan 2009 untuk NahamPhoto. Hidup mesti diteruskan walaupun badan serta kepala dah terlalu penat. Untuk Nailah, ayah akan terus memberi dorongan untuk Adik. Perjalanan Adik masih jauh dan banyak lagi yang Adik perlu lalui. Seperti yang pernah penulis katakan tempohari, "Ini bukan penghujungnya, ianya baru sahaja bermula"...

Nailah gembira apabila sampai dirumah...

*p/s - maaf, akhir-akhir ini gambar diambil hanya menggunakan kamera HP. Tak sempat nak guna SLR.

Rabu, 3 Disember 2008

Isnin, 1 Disember 2008

Ziarah...

Ketika ini mungkin ramai yang sedang bersuka ria, bersenang-lenang & bahagia. Tapi ramai yang lupa bila-bila sahaja mereka akan mendapat kesusahan. Apabila kita sakit, kita akan diziarahi oleh saudara-mara & rakan-rakan. Masa sakit kita itu, selalunya kita memerlukan semangat dari ramai orang. Budaya ziarah ini dalam Islam terutamanya, sangatlah digalakkan tidak kira sakit, kematian atau perayaan.

Selama ini, penulis tidak pernah melepaskan peluang melawat saudara-mara serta rakan-rakan yang mengalami kepayahan. Jika tiada aral melintang, memang penulis akan menziarahinya. Kemalangan, pembedahan, bersalin, apa sahaja jenis kepayahan, semuanya memerlukan orang terdekat supaya memberikan dorongan semangat untuk terus hidup. Paling tidak pun ia dapat mengurangkan sakit yang ditanggung.

Selalunya bukan wang atau harta benda yang dipinta. Bukan juga memohon orang lain membuat 'collection' untuk menderma kepada kita. Cukuplah sekadar kita menjenguk & berjumpa mereka yang mengalami kepayahan ini sebagai tanda kita mengingatinya. Jadilah seperti pepatah yang mengatakan, 'senang sama senang, susah sama susah'. Itulah tanda perhubungan yang cantik & berkekalan.

Oleh itu pembaca-pembaca sekalian, ingatlah kita tak tahu masa bila kita akan mengalami kesukaran. Apabila kita dalam senang, ingatlah kepada mereka yang susah. Ziarahlah mereka yang dalam kesusahan. Sesungguhnya Allah itu maha adil.

*p/s- terima kasih yang tak terhingga kepada kafi, nazri, adik & atie yang datang melawat Nailah.