Isnin, 29 Disember 2008

Trip To Malacca Zoo

Sabtu lepas, penulis, Kaff, Artakus, Cik Anipah & anak saudaranya telah melawat Zoo Melaka. Kami bergerak dari Pagoh Muar kira-kira jam 10 pagi. Setelah Cik Anipah & anak saudaranya sampai dari Batu Pahat, kami berlima ke bandar Muar dahulu untuk sarapan satay, satu tradisi di Muar.

Cik Anipah, janganlah malu-malu nak makan satay tu...

Selepas kenyang membaham berpuluh-puluh cucuk satay, kami terus bergerak ke destinasi. Cuaca sebelum itu hujan renyai-renyai namun berhenti ketika kami sampai di bumi Melaka. Kira-kira jam 12 tengahari, kami singgah dahulu di Mini Malaysia untuk melihat pameran lebah. Selepas itu membeli sedikit cenderahati di situ.

Tiba di Zoo Melaka..

Sedapnya makan..

Cuti-cuti Malaysia...

Kira-kira jam 2 petang, kami terus ke Zoo Melaka. Orang terlalu ramai datang ketika itu termasuk dari negara jiran menyebabkan kami meletakkan kereta agak jauh jaraknya. Masuk sahaja kedalam Zoo, penulis & Kaff terus menjalankan aktiviti mengambil gambar sambil yang lain menghayati binatang-binatang disitu.

Apa pandang-pandang?

Tengok apa tu?

Selain mengambil gambar, kami dihiburkan dengan persembahan gajah-gajah disitu. Aktiviti ini nyata dapat merehatkan minda kami semua yang penat bekerja. Zoo melaka mempunyai lebih daripada 1,500 binatang dari lebih 200 spesis. Ia mula dibuka oleh kerajaan tempatan pada 1963 dan diambil alih oleh PERHILITAN sejak 1979.

Comel gajah ni duduk bersimpuh!

Setelah penat berjalan, kami keluar & membeli sedikit lagi cenderahati di Zoo tersebut. Kira-kira jam 5 petang, kami bergerak pulang ke Pagoh. Sebelum sampai kami sempat singgah di pekan Pagoh untuk minum. Sebelum maghrib Cik Anipah pulang ke Batu Pahat & penulis serta kaff bergerak pulang ke Johor Bahru. Kami selamat tiba jam 8.30 malam.

KLIK DISINI untuk gambar-gambar yang lain.
KLIK DISINI untuk artikel yang sama.

IKLAN : Pendaftaran Kursus Asas Fotografi (Digital) dibuka SEKARANG! Keterangan lanjut layari www.nahamphoto.com/blog

2 ulasan:

Kaff berkata...

Pengalaman percutian yang singkat tapi sangat menyeronokkan.

Uncle Bourne berkata...

Tiap bulan balik Melaka tapi tak pernah lak gi Zoo Melaka.. He..He..