Jumaat, 30 Mei 2008

Menanti Orang Baru...

Sebentar lagi penulis akan ke Hopital Sultan Ismail untuk menguruskan isteri yang akan dimasukkan ke wad bersalin. Ini adalah anak kedua dan setelah menjalani scanning di Endau tempohari, didapati baby songsang & urinya dibawah. Kemungkinan isteri terpaksa juga menjalani pembedahan sepertimana anak pertama dahulu. Manakala esok & lusa pula, penulis terpaksa pulang ke Endau kerana ada kerja mengambil gambar perkahwinan. Kini terasa juga tekanan kerana risau penulis tidak berkesempatan untuk menyambut baby ini. Nasib baiklah keluarga memahami kerana itulah salah satu sumber rezeki yang dapat diperolehi. Inilah salah satu lagi dugaan-Nya dan harapan penulis dapat menghadapinya dengan redha. Semoga semuanya akan selamat, insya Allah....

Khamis, 29 Mei 2008

Episode 1 : Asal-usul Keturunanku (versi hitam putih)

Penulis dilahirkan di Kuala Rompin, Pahang. Bapa berasal dari Endau, Johor manakala ibu berasal dari Rompin, Pahang. Dua tempat ini adalah sempadan antara Johor dan Pahang dipisahkan dengan sungai Endau, jadi boleh dikatakan 'anak sempadan'.Sebelum memaparkan gambar-gambar penulis, dipaparkan dahulu beberapa keping gambar lama yang berada dalam simpanan.

klasik keluarga 1Gambar sebelah kiri (dalam bulatan) adalah arwah moyang sebelah bapa & gambar sebelah kiri adalah Nenek & arwah Tokbah. Manakala gambar kecil adalah Abah semasa muda. Tarikh gambar tidak diketahui. Gambar-gambar lama bagi keluarga ibu pula akan dipaparkan di posting akan datang.


klasik keluarga 1Gambar semasa arwah Tokbah berkhidmat dengan bomba manakala gambar kecil semasa berkhidmat dengan Polis. Anda dapat lihat cop nama beliau, 'NORDIN ALI Bomba Lanjut Rompinco PAHANG' & ada Land Rover zaman dulu-dulu.
klasik keluarga 1
Ini adalah gambar famili sebelah isteri. Gambar sebelah kiri adalah bapa & ibu mertua bersama kakak ipar. Seperti yang anda lihat gambar diambil pada tahun 1971. Manakala sebelah kanan adalah Kak Long (kakak ipar) dalam keratan akhbar sweden ketika menetap disana (gambar pada 14 Oktober 1978).


Kadangkala kita tidak dapat menyimpan gambar-gambar lama seperti ini. Bagi penulis, gambar-gambar lama seperti ini sangat bermakna kerana kita akan tahu asal usul kita. Kita juga dapat menunjukkan kepada anak cucu kita pula selepas itu. Jadi kalau anda terjumpa gambar-gambar lama keluarga anda, simpanlah, ia akan menjadi satu bahan yang cukup bermakna kelak.

p/s - Sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang telah tiada...Al-Fatihah...

Rabu, 28 Mei 2008

Salam Perkenalan...

harris 10 tahun
Assalamualaikum w.b.t. Sebagai posting yang pertama dalam blog ini, penulis akan memberikan sedikit pengenalan kepada semua. Memori merupakan sesuatu yang kita tinggalkan, ia tidak dapat diulang kembali. Kadangkala kita akan mengalami memori hitam dan adakalanya yang manis. Alangkah baiknya kita dapat menyimpan semua memori-memori manis kita dan salah satu cara penulis adalah melalui foto atau gambar.

Kehidupan penulis adalah serba-serbi sederhana dari semua aspek. Minat hampir semua bidang seni. Sejak dari kecil lagi memang suka melukis, muzik dan juga mencipta, merekabentuk sesuatu. Pernah satu ketika ditahun 3, penulis telah membuat model video player (VHS) menggunakan kotak ubat nyamuk dan pita rakaman dibuat menggunakan kotak mancis.

Ditahun 4 (1990) kerana terlalu minat dengan filem 'Ghostbusters', penulis telah membuat 'ghost detector' dengan menggabungkan kotak tora, straw, lidi, penutup botol & batang paip. Pada tahun 4 juga penulis pernah melukis satu buku penuh semua watak-watak kartun kegemaran pada masa itu iaitu 'transformers'. Pada usia remaja pula penulis pernah melukis satu buku lukisan potret pelbagai artis & orang-orang terkenal.

Sayangnya semua benda yang disebut diatas tidak dapat disimpan oleh penulis atas sebab-sebab yang tidak pasti. Bayangkan kalau semua itu masih ada dalam simpanan, tidakkah itu satu memori yang tidak terhingga? Pasti kita akan tersenyum bila melihatnya. Kini penulis hanya dapat menyimpan sedikit gambar-gambar lama yang boleh dikongsi. Terdapat juga beberapa barang-barang koleksi penulis yang akan dipaparkan.

Jadi, tunggu...