Selasa, 24 Jun 2008

Episode 3 : Serba Sederhana

Episode memori-memori lama kini disambung kembali dengan menceritakan kisah keluarga penulis. Penulis berasal dari keluarga yang serba sederhana dengan hanya 4 adik beradik. Bapa bekerja sebagai pemandu di Felda Selendang 3, Rompin Pahang & emak hanya sebagai suri rumah. Setelah tinggal di Selendang & Selancar, kami sekeluarga telah berpindah ke Endau pada tahun 1990. Rumah itu kekal hingga sekarang dan selalu disebut 'lorong' sempena nama jalan iaitu Lorong 1.

klasik keluargaGambar emak & abah di Selancar pada Hari Raya Haji 1996

klasik keluargaKiri : Kak long di Selancar ketika pembinaan rumah bawah. Kanan : Penulis dengan kucing bernama Tommy di Lorong 1.

klasik keluargaKiri : Ya iaitu adik ketika di Selendang pada tahun 1984. Kanan : Sara, adik bongsu ketika bermain buai di Selancar.

Isnin, 23 Jun 2008

Perkahwinan Rozana Yahya...

rozana yahya kahwinKlik gambar di atas untuk melihat gambar-gambar sepanjang majlis

Sabtu lepas penulis telah ke Muadzam Shah, Rompin Pahang untuk menghadiri perkahwinan dua pupu (Rozana Yahya). Kehadiran penulis hanya sebagai tetamu, bukannya jurugambar rasmi. Rozana adalah classmate semasa mengambil diploma di Kolej IKIP pada batch 98/99. Selalunya, mana-mana kenduri kahwin keluarga kami, Rozana pasti ada datang dengan keluarganya. Jadi disini penulis ingin merakamkan ucapan Selamat Pengantin Baru kepada Rozana & suami.

Jumaat, 20 Jun 2008

Pesta Sukan YPJ Tiba Lagi...

pesta sukan ypjDalam kerancakkan Euro 2008, pesta sukan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) yang diadakan 2 tahun sekali ini tetap terasa hangatnya. Terdapat 4 pasukan yang bertanding kali ini iaitu Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ), Kolej Islam Johor/ Kolej Komuniti (KIJKK), Institut Teknologi Perindustrian/ Institut Hospitaliti (ITPIH) & Yayasan Pelajaran Johor/ YPJ Holdings/ YPJ Plantation (YPJHOPE).

KPYPJ merupakan juara bertahan dan juga diwakili oleh penulis. Penulis mengambil bahagian dalam acara Futsal, Bolasepak, Badminton & Ping Pong serta menguruskan Futsal Wanita. Acara-acara lain yang dipertandingkan adalah Pentanque, Bowling, Karom, Takraw, Bola Jaring, Bola Tampar & juga Golf.

Pesta sukan ini diadakan bertujuan untuk memilih atlit-atlit bagi menyertai Pesta Sukan Antara Yayasan SeMalaysia (PESAYA) 2009 dimana tuan rumah pada tahun tersebut adalah Pahang. Acara bermula hari ini dengan bowling. Penulis akan memberikan keputusan-keputusan terkini diblog ini. Insya Allah. Majulah sukan untuk negara!

Khamis, 19 Jun 2008

Saksikan Forum Perdana Ehwal Islam Malam Ini!


Rakaman yang telah dibuat pada 29 April yang lepas akan ditayangkan di RTM 1 pada pukul 10.00 malam ini. Jangan ketinggalan...


Anjuran bersama : JAKIM, Kerajaan Negeri Johor, RTM & Kumpulan Pendidikan YPJ.
Tempat : Padang Kolej Islam Johor, Johor Bahru Johor
Penaja utama : Bank Kerjasama Rakyat Malaysia

klik di sini untuk gambar-gambar sepanjang majlis

Rabu, 18 Jun 2008

Sehelai Tisu Seribu Harapan

catatan sayangCoretan isteri yang ditulis diatas tisu ini (klik gambar untuk besarkan) dijumpai oleh penulis ketika mengemas barang-barang isteri dihospital. Ternyata Sayang, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan...

Isnin, 16 Jun 2008

Nailah Hana...

NAILAH HANA BINTI HARRIS FADZILAH
Nailah – yang suka memberi,
Hana – rezeki tanpa kepayahan.

Teringat lagi kata-kata abang (abang ipar) ketika dia dan kak long hendak pulang dari melawat kami sekeluarga di wad, “bersabar… dan mana tahu anak ini akan membawa rezeki pada masa akan datang”. Melalui kata semangat inilah wujudnya ilham nama ini diberikan. Sesungguhnya anak adalah rezeki tuhan untuk makhluknya.
Lebih mesra dengan panggilan ‘adik’, kasih sayang sepenuhnya tetap diberikan tanpa belah bagi. Semua orang disekeliling menyayangimu. Disini ayah dan emak mendoakan supaya adik akan dapat hidup normal seperti kanak-kanak yang lain. Nama yang diberikan itu adalah doa, dan doa itu bukan untuk kami sahaja tetapi untuk dirimu…
nailah hana klef
Gambar pertama adik, sedang disusukan menggunakan sudu khas dari ayah

Jumaat, 13 Jun 2008

Anakku Yang Istimewa...(Bahagian Akhir)

Sambungan...
Pagi sabtu, 7 Jun 2008, isteri mengadu sakit perut & memerlukan beg air panas. Penulis segera menghantarnya dengan harapan jangan berlaku apa-apa yang buruk. Tengahari penulis bergegas ke Hotel Good Hope untuk mengambil gambar satu program yang telah dijanjikan terdahulu. Jam 5 petang, penulis kembali semula ke hospital untuk discaj isteri tetapi baby masih lagi ditahan di ICU. Alhamdulillah ketika itu ada satu katil kosong untuk isteri menumpang bagi menyusukan baby.

Setelah 2 malam bermalam di pasir gudang, penulis kembali ke rumah kerana masih banyak kerja-kerja yang perlu dilakukan. Pelbagai barang tambahan perlu dibeli, baju-baju dan kain isteri yang kotor dibasuh dan pada malamnya pula mengedit gambar pengantin yang seminggu tertangguh. Begitulah seterusnya penulis berulang-alik ke hospital dengan harapan isteri & anak dapat pulang segera. Namum Tuhan ingin menguji hambanya supaya bersabar. Anak pula diserang kuning selamat 3 hari.
Serba salah rasanya hati kerana melihat isteri yang bersungguh-sungguh ingin menyusukan anak supaya cepat sembuh. Dia mengulang memasuki ICU tanpa cukup tidur & rehat. Di dalam ICU hanya kedengaran bunyi tangisan baby & mesin-mesin yang membuatkan trauma. Namun dia tetap tabahkan diri walaupun kesan pembedahan masih lagi dirasakan. Hanya dia sahaja yang tahu. Penulis hanya dapat membantu apa yang terdaya kerana diri sendiri turut merasa tekanannya.
Alhamdulillah berkat doa & ketabahan, pada rabu tengahari 11 Jun 2008, akhirnya isteri dan anak dapat melihat dunia luar. Tiada lagi bunyi mesin, tiada lagi tangisan baby. Walaupun dengan keadaan yang meletihkan, penulis menguatkan diri untuk menghantar isteri & baby ke Endau dan disambut dengan baik oleh moyangnya, datuknya serta semua ahli keluarga. Begitulah istimewanya anak ini. Selepas solat maghrib hari yang sama, penulis memandu pulang semula ke Johor Bahru…

Khamis, 12 Jun 2008

Apakah Konsol Permainan Video Pertama Anda?

Petang tadi terbaca satu artikel mengenai Leonardo DiCaprio akan membintangi filem Atari. Bila terlihat perkataan Atari tu teringat pula zaman-zaman kanak-kanak dahulu. Mungkin remaja-remaja sekarang tidak tahu apa atari itu. Atari merupakan antara konsol permainan video game yang pertama diwujudkan dan menimbulkan satu fenomena pada tahun 1980an.

Secara tiba-tiba teringat ketika darjah 4, dimana penulis sanggup menyimpan wang belanja sekolah sedikit demi sedikit untuk membeli konsol game Nintendo. Harganya pada ketika itu hanyalah RM50 sahaja tetapi chip gamenya (berbentuk petak) kadangkala mencapai harga hingga RM200 (dulu tak pakai CD dan kurang cetak rompak).

konsol atariInilah sebijik rupa konsol game Nintendo yang dibeli dengan harga RM50 satu ketika dulu.

Apabila hendak bermainnya terpaksa ke rumah tok di Selancar kerana takut di marahi oleh emak & abah. Alasannya, warna TV akan rosak. Game yang paling popular ketika itu tak lain tak bukan Super Mario Bros., Contra, Tetris & bolasepak (antara winning eleven keluaran konami yang terawal). Pasti anda semua yang satu generasi mengenali nama game-game ini.

super marioSuper Mario mencipta satu fenomena luar biasa dalam sejarah permainan video sejak dulu hingga kini.

Kini zaman dah berubah. Kanak-kanak lebih mengenali Playstation & Xbox. Game dijual merata-rata dengan CD atau DVD yang murah. Generasi game pula semakin berkembang dengan wujudnya konsol game third generation seperti Nintendo Wii (kawalan game pada TV akan bergerak apabila anda menggoyang atau menghayun alatnya).

Apakah pula konsol permainan video pertama anda?

Anakku Yang Istimewa...(Bahagian 2)

Sambungan...

Mungkin emak pun dah merasai sesuatu...itulah hati ibu...Pagi-pagi lagi penulis sudah ke hospital dan melihat isteri sudah dimasukkan dengan bermacam-macam tiub. Seterusnya dalam pukul 10.15 pagi, isteri ditolak ke bilik bedah dan penulis menunggu bersendirian dengan hati yang berdebar. Akhirnya isteri selamat dibedah dan baby perempuan telah lahir pada 10.49 pagi dengan berat 3.45 kg.

Dalam pukul 12 tengahari, isteri keluar dari bilik bedah dan penulis melihat riak wajahnya yang agak sedih. Penulis bertanyakan kenapa tetapi dia tidak terkata apa. Tiba-tiba airmatanya jatuh sambil menunjukkan atas bibirnya...penulis paham, mesti terjadi apa-apa kepada baby. Jururawat membawa penulis untuk melihat baby dan apabila sampai ketempat yang dituju penulis melihatnya...dan hati ini...

Penulis melihat atas bibir anak terbelah (atau dipanggil klef) begitu juga sedikit lelangitnya. Hati ayah mana yang tidak sedih melihatnya. Didalam kepala terus mengenangkan apa nasibnya akan datang. Air mata ini tidak tertahan lagi apabila melihat emak, kak long & adik tiba. Penulis terus memeluk emak dan dia memberi kata-kata semangat. Begitu juga dengan ahli-ahli keluarga yang lain.

Pada petang itu juga emak, kak long & adik pulang ke Endau. Penulis mengikut mertua ke kedai makan namum seulas nasi pun tidak dapat dijamah. Sejak dari pagi memang penulis tidak dapat menjamah apa-apapun. Penulis pulang ke rumah namun kesedihan semakin datang apabila melihat tiada sesiapa dirumah. Kerana merasakan kesunyian yang mendalam, penulis mengambil keputusan untuk ke rumah kak ngah di Pasir Gudang.

Jumaat 6 Jun 2008, isteri ditukarkan ke wad 4C (kelas 3) kerana tiada apa-apa komplikasi. Isteri boleh makan dan minum seperti biasa tetapi masih belum dapat melihat anak kerana kurang keupayaan untuk bergerak. Ahli keluarga lain juga belum berkesempatan melihat orang baru. Anak awal-awal lagi dimasukkan ke ICU dan dimasukkan susu melalui tiub. Penulis hanya dapat melihatnya terbaring di dalam ruangnya...

Bersambung...

Isnin, 9 Jun 2008

Anakku Yang Istimewa…

Hari ini penulis berkesempatan mencoretkan sesuatu setelah sekian lama menyepi. Ini kerana sibuk dengan urusan di hospital yang sehingga kini tidak tahu bila kesudahannya. Ini sahajalah masa yang ada itupun kerana ada sesuatu yang penting perlu diuruskan di pejabat.
Pada 5 Jun 2008 bersamaan 1 Jamadil Akhir 1429 Hijrah, lahirlah seorang lagi puteri di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru Johor. Puteri kedua bagi penulis & isteri yang dilahirkan melalui pembedahan. Namun, anak ini dilahirkan istimewa, istimewa dari yang lain. Inilah kebesaran tuhan yang Maha Agung, ingin menguji makhluknya dimuka bumi ini erti kesabaran, kehidupan & keredhaan.
Pada hari isnin, 2 Jun 2008, penulis telah membawa emak & Na’wa (anak pertama) melihat isteri di wad 4A. Wad ini cukup selesa dilengkapi bilik air & segala-galanya dalam satu bilik. Pagi keesokkannya penulis menghantar emak ke Terminal Bas Larkin untuk pulang ke Endau manakala Na’wa di ambil oleh Kak Ngah. Kini penulis bersendirian.
Rabu, 4 Jun 2008, penulis berulang seperti biasa ke hospital dan sebelah malamnya penulis ke rumah Pokde (bapa saudara) di Ulu Tiram. Tujuannya ialah untuk menunggu ketibaan Kak Long (kakak), Sara (adik) sekeluarga & emak. Penulis membawa rombongan 2 kereta dari Endau itu untuk bermalam di rumah penulis di Johor Bahru.

Pada 5 Jun 2008, debaran penulis semakin memuncak. Sebenarnya dah lama hati ini terasa ada sesuatu yang tidak kena namun dilawan sahaja perasaan itu. Pada subuh sebelum penulis bergerak sendiri ke hospital, emak menanyakan surah Yasin untuk dia membacanya….
Bersambung….

Rabu, 4 Jun 2008

Masak Nasi Minyak Guna Satelit?

Semasa mengambil gambar perkahwinan di Kuala Rompin tempohari, penulis telah melihat orang kampung memasak nasi minyak dengan cara yang berlainan. Saksikan.

masak nasiBeras dibasuh dahulu...

masak nasiBeras diletakkan didalam dulang-dulang.

masak nasiDulang diletakkan atas rak-rak dibawah kawah panas.

masak nasiCampuran minyak di masukkan ke dalam dulang-dulang tadi.

masak nasiSatelit mula diturunkan & menutupi semua dulang-dulang tadi. Tunggulah sampai masak ok!

Selasa, 3 Jun 2008

Segalanya Ku Terima...

sayang nawa hospital hsiSemalam Na'wa bertemu emaknya. Dia bermanja seperti biasa namum ketika hendak pulang, dia menangis sekuatnya sehingga sampai ke rumah. Isteri tenang sahaja namum kehilatan emak mengesat airmatanya. Sedih kerana melihat anak yang tidak mahu berpisah dengan ibunya. Namun ia harus ditempuh jua walaupun hati turut merasa sebak. Segalanya ku terima. Pagi tadi emak pulang ke Endau & Na'wa pula berjalan bersama Uminya (Kak Ngah).

Isteri akan dibedah pada khamis ini iaitu 5 Jun 2008. Walaupun sedih kerana anak pertama juga menjalani pembedahan dahulu namun ia harus diterima dengan redha. Hati kadang-kadang rungsing kerana ada yang mengatakan selalunya kalau anak ketiga nanti dibedah juga, anak itu selalunya akan mengalami 'kekurangan' & kami perlu berhenti mendapatkan anak. Adakah hati ini sanggup untuk menimang anak lagi? Sanggupkah ku menerima?

Isnin, 2 Jun 2008

Sibukkah Mereka?

Semalam penulis pulang dari Endau ke Johor Bahru bersama Emak & Na'wa (anak). Setelah dua hari kepenatan mencari rezeki untuk keluarga, kini penulis ingin menemukan anak yang 3 hari tidak berjumpa emaknya. Tidur malamnya selalu menyebut "nak pergi kat mak" berulang-ulang kali. Kasihan anakku. Perjalanan pulangku disusuli dengan masalah brek kereta setelah separuh perjalanan. Tiba di hutan lipur panti pula, terkejut dengan kehadiran gajah sebesar lori 1 tan ditepi jalan. Namun kami 3 beranak selamat sampai ke Johor Bahru.

Pagi ini, kereta dihantar ke bengkel dengan harapan pada waktu melawat 12.30 tengahari nanti dapat kami sekeluarga ke Hospital Sultan Ismail (HSI). Namun harapan itu hampa. Usaha lain ialah cuba meminjam dengan rakan-rakan namun semuanya mengatakan sibuk dan ada urusan lain. Hampa tetapi tidak mengapa, mungkin itulah takdir. Masing-masing ada tanggungjawab masing-masing. Tetapi kasihan emak & na'wa di rumah tiada makanan untuk tengahari...

Langit tidak selalu mendung, kebetulan rakan kerja ingin keluar dan penulis menumpangnya untuk balik ke rumah (terima kasih yang tak terhingga untuk Kak Asnah, semoga Tuhan membalas sebaiknya). Tiba di rumah, motor dihidupkan dan terus keluar dalam gerimis hujan untuk membeli sesuap nasi kepada emak & na'wa. Hati ini lega sedikit tetapi masih lagi hampa kerana tidak dapat menemukan na'wa & emaknya.

"Ya Allah...Kau kuatkanlah semangatku, isteriku & anakku...Amin"

Episode 2 : Antara Selendang & Selancar

Dua tempat yang sangat bermakna bagi penulis. Dua tempat ini adalah tempat dibesarkan, tempat bermain, tempat jatuh lagi dikenang & berbagai lagi. Selendang 3 adalah Felda di Kuala Rompin, Pahang dimana tempat bapa bekerja sebagai pemandu. Tempatnya jauh dari bandar dan lokasinya didalam hutan rimba. Manakala Selancar adalah kampung halaman datuk disebelah ibu juga dalam daerah Kuala Rompin, Pahang. Kami sekeluarga selalu berulang-ulang diantara tempat ini kerana kedua-duanya adalah tempat tinggal kami. Memori di dua tempat ini hanya penulis sahaja yang mengetahui betapa indah, manis, pahitnya kehidupan.

klasik keluarga 1Gambar penulis bersama Kak Long di dua tempat yang disebutkan. Jika diamati gambar kiri itu anda boleh lihat bagaimana rumah di Felda pada zaman 80an. Gambar kecil adalah anak (sama tak hidung dan dahi yang luas tu?)


Ada satu memori yang tidak dapat dilupakan oleh penulis ketika di Selendang 3. Ketika itu penulis dan Abah ingin pulang ke Selendang dari Selancar menaiki motor. Di pertengahan jalan yang dikelilingi hutan, tayar motor honda lama Abah pancit dalam hujan yang lebat. Setelah lama menanti, Abah telah menahan satu hilux rakannya dan meminta menghantar penulis pulang. Selepas itu penulis tidak tahu apa yang terjadi pada Abah. Hanya Tuhan yang tahu. Belum lagi diceritakan perihal keluarga kami menolak kereta yang rosak, mengharungi jalan yang seperti sungai apabila sesudah hujan dan bermacam lagi liku-liku kehidupan di Selendang.

klasik keluarga 1Gambar di Selancar: dari kiri Mokde memegang sepupu, Pokde, arwah Mak Tok & arwah Mak Busu. Duduk dari kiri : penulis & Kak Long. Gambar kecil : arwah Tok Ayah. Gambar dalam bulatan itu adalah tabung arnab bermata merah yang begitu ditakuti penulis masa kecil.

Seperti di Selendang, penulis juga pernah terjatuh motor dengan Abah ketika hendak menghantar penulis ke sekolah. Baju penulis kotor dipenuhi lecak jalan di Selancar (ketika itu tidak bertar). Abah menghantar semula penulis ke rumah untuk menyalin baju walaupun ketika itu Abah terlambat untuk ke tempat kerja di Selendang. Sekarang penulis cuba bayangkan betapa gigihnya Abah menunggang motor lamanya antara dua tempat ini yang jauhnya lebih kurang 30 km atau 45 minit perjalanan pergi. Bagaimana agaknya dia mengharungi hujan, panas & situasi kecemasan yang lain?

Dari kiri : Along Ain (mendukung Ati), Dayang, Achik, Penulis, Ya (adik). Duduk dari kiri : Amir, Nizam, Am, Anja, Ne, Ajid & Sara (adik). Gambar oleh mentor penulis, Abg Yu semasa kenduri arwah Mak Busu. Disebelah belakang ada paya dimana kumpulan ini suka menangguk atau memacing ikan.

Di Selancar adalah tempat permainan penulis dengan sepupu-sepupu. Di situ terdapat satu kawasan yang lapang dimana kami boleh berlari-lari. Di situ juga ada hutan dimana kami boleh mencari kemunting. Di situ juga ada paya dimana kami menangkap ikan. Di situ juga ada pelbagai buah seperti cermai, mangga, jambu batu, jambu boi, jambu air & ciku untuk kami makan. Tetapi setelah arwah Mak Tok & Tok Ayah meninggal, semua itu hilang satu-persatu. Keriangan itu telah hilang tiba-tiba. Pokok-pokok pula tidak mahu berbuah. Air paya pula kering. Semuanya seperti merajuk dengan keadaan. Memori itu hanya tinggal kenangan.