Ahad, 22 Januari 2012

5 Langkah Menjadikan Blog Anda Nampak Best

Tajuknya mungkin agak "best" tetapi untuk melaksanakannya mungkin memerlukan sedikit pengorbanan. Masakini semua orang ingin mempunyai blog sendiri tidak kira peringkat umur. Dalam banyak-banyak blog yang telah dibangunkan, bagaimana anda ingin menjadikan blog sendiri lebih baik dari blog orang lain. Mungkin anda boleh ikut langkah-langkah ini;

1) Pilih template yang sesuai. Anda boleh download template blog yang menarik dengan mencari dalam enjin pencari Google. Contoh kata carian seperti "best blogger template".

2) Tetapkan konsep atau tema blog anda. Jika ingin menceritakan tentang hiburan, hanya post artikel berkenaan artis dan gossip. Jika ingin menjadikan blog masakan, post artikel mengenai menu & resipi sahaja. Jangan campur aduk maklumat blog anda.

3) Beli nama domain sendiri. Lebih baik gunakan harrisfadzilah.com dari menggunakan harrisfadzilah.blogspot.com.

4) Letakkan gambar header yang menarik dan sesuai dengan blog anda. Jika tidak pandai merekabentuk header boleh upah mereka yang mahir.

5) Letakkan widget yang memberikan maklumat seperti statistik blog, senarai blog lain dan tidak lupa badge media sosial anda seperti Facebook, Twitter dan lain-lain.

Jika anda suka artikel ini, sila kongsikan ke media sosial seperti dibawah;

Ahad, 15 Januari 2012

Cara Memasang Butang Share, Like, Tweet & Plusone Di Blog Atau Web

iklanbengkel7jam-copy

Seperti yang anda dapat lihat disebelah kiri laman blog ini terdapat beberapa butang yang dituliskan nombor dalam kotak-kotak kecil. Butang-butang tersebut adalah bertujuan memudahkan pembaca untuk kongsi, suka, tweet dan apa saja pengkongsian dengan hanya klik satu butang. Nombor-nombor tersebut menunjukkan bilangan berapa kali laman anda dikongsikan. Ini merupakan cara terbaru bagi memudahkan pembaca berkongsi maklumat memandangan penggunaan media sosial seperti Facebook &Twitter semakin meluas. Berikut merupakan cara-cara untuk meletakkannya;

 1) Dapatkan kod HTML dari laman-laman web yang dicari menggunakan enjin pencari seperti google. Contoh boleh ambil kod HTML dari laman web http://www.doncaprio.com/2011/09/sidebar-floting-share-buttons-large.html.

2) Pilih semua kod diatas dan klik COPY.

2) Login dan buka bahagian widget blog anda seperti blogger dan wordpress.

3) Ambil ruangan widget HTML/ Java Script (blogger) atau Teks (wordpress).

4) Klik PASTE dalam ruangan besar yang disediakan.

5) SAVE dan lihat bagaimana butang tersebut terapung-apung dalam laman anda.

Anda boleh mengubah kedudukan apungan butang tersebut dengan cuba mengubah pada bahagian #pageshare {position:fixed; bottom:15%; left:10px; float:left; border: 1px solid black;. Ubah sahaja perkataan left kepada right atau nombor-nombor disitu untuk cuba membuat kelainan. Jika anda menggunakan wordpress, anda juga boleh mencari plugin yang sesuai untuk menjadikan butang ini. Kod HTML diatas juga boleh diletakkan dalam kod HTML laman web anda selain blogger & wordpress.

butang share

Berbeza dengan butang seperti gambar diatas, ia adalah untuk berkongsi ARTIKEL sahaja didalam blogger dan bukannya laman web atau blog secara keseluruhan. Butang ini ada disediakan secara default didalam blogger namun terdapat kekurangan iaitu butang LIKE facebook tidak disediakan. Jika sebelum ini anda perlu pilih URL apa-apa laman web, copy & paste dalam status media sosial anda tetapi kini tidak perlu lagi. Butang ini ternyata memudahkan anda sebagai pembaca untuk berkongsi pautan.

*Jika anda suka artikel atau laman ini, apa salahnya untuk klik pada butang-butang yang disediakan. Mudah sahaja bukan? :)

Selasa, 10 Januari 2012

Konsep Blog Ditukar Dari "Mencipta Memori" Ke "Rakan Media Sosial Anda!"

komuniti niche

Sempena tahun baru ini, penulis telah merangka konsep baru untuk blog ini dimana penulis akan lebih memfokuskan maklumat-maklumat berkenaan media sosial seperti facebook, twitter, blog & youtube. Maklumat yang akan dipaparkan adalah dalam bentuk artikel, perkongsian, tips, gambar dan video berkenaan media sosial. Ia akan menumpukan tajuk-tajuk seperti perniagaan & pemasaran bagi mereka yang ingin atau telah menjadi usahawan internet. Penukaran konsep ini adalah bertujuan memantapkan blog ini agar lebih fokus menyampaikan maklumat kepada para pembaca.

Ini bermakna tiada lagi posting-posting peribadi atau selain kategori yang dinyatakan diatas akan diletakkan disini. Namun posting-posting yang lepas tidak akan dihapuskan dan akan terus dijadikan bahan rujukan & arkib blog ini. Apa-apa perkongsian peribadi atau perkara lain akan penulis kongsikan di Facebook, Twitter dan Youtube sahaja. Begitu juga dengan hasil kerja fotografi akan difokuskan pada platform laman web, blog & media sosial NahamPhoto agar tidak bercampur dengan pengisian blog ini. Penulis juga merancang membangunkan galeri online bagi meletakkan gambar-gambar sahaja.

Pengstrukturan yang dibuat adalah bagi memudahkan tugas harian penulis dan ideanya datang hasil dari menyertai banyak bengkel pemasaran & perniagaan internet sebelum ini. Semoga dengan pertukaran konsep ini akan dapat memberikan lebih fokus kepada pembaca mengenai media sosial yang semakin luas digunakan sekarang. Insya Allah penulis akan mempersembahkan perkongsian yang berguna serta input-input yang penulis tahu berdasarkan pengalaman dan kajian penulis sendiri. Semoga pembaca terus menyokong penulis dan seterusnya memperolehi kebaikan dari blog ini. Terima kasih.

Isnin, 2 Januari 2012

Masa Untuk Bertindak! 2012 Mengharapkan Kejayaan Dalam Bisnes Internet


Tahun 2011 telah meninggalkan penulis dengan pelbagai kenangan pahit dan manis. Masa berlalu dengan pantas sekali sehingga rasa tidak cukup tangan untuk melakukan pelbagai tugas. Walaupun tugas itu adalah yang telah dirancang sendiri oleh penulis namun terasa tidak mencapai target jika penulis tidak dapat menyelesaikannya. Pelbagai cabaran dan dugaan telah dihadapi membuatkan penulis lebih matang mengharungi kehidupan sebagai seorang usahawan yang lebih banyak bekerja dirumah.

Seperti yang diketahui, tahun 2011 adalah tahun pertama penulis bekerja sendiri (bukan makan gaji). Oleh itu tidak banyak perkara yang penulis dapat jangkakan dalam melakukan tugas seharian seperti soal kewangan & psikologi. Masalah-masalah yang dihadapi tahun 2011 akan cuba diperbaiki supaya tahun ini penulis dapat melakukan yang lebih baik. Alhamdulillah, berkat kesabaran penulis dapat juga mengharungi pelbagai cabaran walaupun ada diantaranya sangat sukar tetapi pasti ada jalan penyelesaiannya.

Jika tahun lepas penulis berazam untuk memberikan lebih lagi dalam blog Mencipta Memori ini, malangnya ia tidak berjaya. Penulis semakin jarang mengemaskini atau menambah posting didalam blog. Ini kerana penulis perlu melaksanakan tugas yang mempunyai keutamaan atau yang lebih penting. Namun kika mempunyai kesempatan, penulis pasti juga dapat memberikan sesuatu maklumat terkini di dalam blog. Walaupun sedikit tetapi setiap bulan pasti ada posting kerana penulis telah menetapkan jadual untuk melakukannya.

Link
Jika tahun lepas hanya ada tapak, tahun ni sudah ada bangunan. Alhamdulillah

Penulis dapat dirumuskan yang tahun 2011 bukan lah tahun terbaik dalam aspek kerja & kehidupan. Tetapi persediaan yang dibuat seperti menyertai pelbagai seminar, kursus atau bengkel pada tahun 2011 akan dijadikan 'senjata' untuk mengharungi pelbagai rintangan pada tahun ini. Ternyata bekerja sendiri sangat sukar dan memerlukan kekuatan mental serta fizikal namun bagi penulis, bekerja makan gaji masih lagi bukan pilihan. Mempunyai perniagaan sendiri lebih memuaskan walaupun perlu bekerja lebih masa.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, penulis akan cuba memberikan statistik tentang beberapa perkara seperti apa usaha dan pencapaian penulis sepanjang tahun 2011. Penulis juga akan memaparkan statistik blog Mencipta Memori ini dan membuat pengumuman untuk anugerah Medal Memori Maya untuk tahun ke-4 dalam posting seterusnya. Ia sebagai tanda terima kasih penulis kepada semua pembaca blog ini.


Bercakap mengenai azam 2012 pula, penulis ingin terus bekerja dengan cara yang lebih sistematik, mengikut formula yang telah diajar oleh mentor dan seterusnya melaksanakannya dengan baik. Dari segi kewangan pula, penulis mahu tahun ini merupakan tahun untuk membebaskan diri dari segala hutang dan membuat simpanan apa yang termampu. Semoga Allah memberkati usaha penulis dan mencapai kejayaan dunia akhirat.