Rabu, 11 Februari 2009

50 Sen Terbelah

Jika anda ingat ada posting sebelum ini dimana penulis menunjukkan beberapa duit syiling lama yang ada dalam simpanan penulis. Sebenarnya ada banyak lagi koleksi yang belum dipaparkan yang mana mungkin ia tidak berapa penting bagi anda. Namun bagi pengumpul-pengumpul duit syiling, hobi menyimpannya ada maksud-maksud yang tersendiri.

Dibawah adalah duit 50 sen lama yang mungkin masih mudah diperolehi ditangan anda. Tetapi duit 50 sen ini sedikit berbeza dengan duit 50 sen lama yang lain. Ditepi syiling tersebut ada BELAHAN seperti boleh dibahagi dua. Keistimewaan syiling ini tidak dapat dipastikan tetapi mungkin kerana ia keluaran terhad iaitu pada tahun 1967, 1968 & 1969 sahaja.



Nantikan posting-posting yang akan datang mengenai koleksi duit syiling saya dibawah label "Duit & Syiling". Salam untuk semua...

IKLAN :

14 ulasan:

AyAres151 berkata...

duit ni pun ese ado simpan ni dalam 5 keping...

fadh berkata...

beb.. aku pun pengumpul 50sen terbelah nih,.,, ada 10 dlm simpanan!

Norazman M.N. berkata...

Saje korek tabung....jumper satu...tak sengaje bukan kumpul...kebetulan terbaca posting nih...

Reds berkata...

Ayares : banyak tu...tgk thn dia ada x 3 thn tu..

Fadh : lg byk!

Abg Long : kene simpan tu...limited edition..

bedot berkata...

kongsikan blog di Direktori Blog Bahasa Melayu

kak lin berkata...

akak pun suka kumpul duit syiling lama
duit 50 sen ni dulu2 ada gak
la ni akak simpan duit2 luar negara lak

Reds berkata...

Duit2 luar pun sy ada simpan kak lin...

eYe oF aNt berkata...

Ayen pn collect syiling 50 cent.. Kalau x silap dh dkat RM400++.. Tak tgk pn ade x syiling tbelah.. Nnti ar tgk.. Mustahil xde kol.. Byk giler.. Then Ayen collect duit kertas yg serial no. die cntek2.. Lom jumpe yg straigh.. Pling cntek no serial pn duit RM10 wif serial no. KE4111111.. N my dad ade duit kertas RM1 straight 6.. N Ayen ade duit pisang zaman jepun.. (tuka topik ke duit kertas la plak..)

Reds berkata...

Wah bestnya ayen..tgklah mana tahu jumpa ketiga-tiga tahun tu...Duit kertas pun sy kumpul tp x byk lg...Duit pisang zaman jepun tu sy xde lg..x tau camna nk dptkannya...huhu

Dunia Mistik berkata...

salam saudara Harris,
syiling 50 Sen 1967 (dikeluarkan sebanyak 15,000,000), 1968 (dikeluarkan 12,000,000) & 1969 (2,000,000) jenis terbelah @ line tepi @ Security edge nie tak de la ada Value sangat. kalau nak simpan tu, boleh lah. utk lebih lanjut , boleh semak kat buku K.N.Boon.

yang betul2 ada Value adalah jenis Milled Edge iaitu jenis berjalur (tengok pada duit 20sen lama).

Hanya sekadar berkongsi.

-dari Anas penang http://www.duniamistik.blogmas.com / http://www.duniamistik.com

Reds berkata...

Tq utk penerangan tu...suka utk tahu perkara lanjut ttg benda2 ni...nice!

Cikgu Dee berkata...

Ambo ade 2 koping

lyas berkata...

saya juga ada duit syiling tu, duit seringgit kertas lama pun ada
(0173917004)- LYAS

Eiyra Mahirah berkata...

salam , saya ada duit 50sen 1967. kepada sesiapa yang berminat boleh PM di talian 0177494648 atau bbpin 28a96c96 #atas urusan ini sahaja :)