Berikut merupakan beberapa syiling yang digunakan pada zaman penjajahan British di Malaya (Malaysia) yang ada dalam koleksi simpanan penulis. Kebanyakkan syiling ini dijumpai berhampiran kawasan permainan penulis ketika kecil iaitu di rumah nenek dan ada juga antaranya hadiah dari nenek sendiri. Ada antara syiling yang kurang jelas kerana terlalu lama & agak susah untuk dibersihkan (sampai pecah tumit kaki menggelek syiling tersebut atas pasir).
Kita mulakan dari atas, ini adalah syiling 1 sen tahun 1962. Dibelakang terdapat 2 bilah keris bersilang. Dulu-dulu 1 sen boleh beli nasi lemak. Sekarang?
Kita turun kebawah sedikit, tahun 1961. Syiling 20 sen tetapi ada gambar Queen Elizabeth II dibelakang. Masih Malaya & British Borneo .
Kita ke belakang lagi, kini tahun 1957 (sama dengan tahun kemerdekaan kita). Syiling 10 sen dan masih ada gambar Queen Elizabeth II.
Ini syiling paling lama yang ada dalam koleksi penulis. Syiling 1 sen tahun 1943 dengan gambar King George VI dibelakang.
Baru-baru ini nenek telah memberikan satu hadiah yang paling bermakna dalam hidup penulis. Ia merupakan medal yang dianugerahkan oleh pihak British kepada arwah tokbak (datuk sebelah bapa) yang mana beliau merupakan seorang anggota Polis ketika penjajahan British.
Medal ini dianugerahkan kepada mereka yang berkhidmat menentang Komunis di tanah melayu antara 16 Jun 1948 hingga 31 Julai 1960. Maklumat lanjut mengenai medal yang membawa nama G.S.M. ini, sila klik DISINI, DISINI atau DISINI.
Medal ini dianugerahkan kepada mereka yang berkhidmat menentang Komunis di tanah melayu antara 16 Jun 1948 hingga 31 Julai 1960. Maklumat lanjut mengenai medal yang membawa nama G.S.M. ini, sila klik DISINI, DISINI atau DISINI.
Inilah medal yang dimaksudkan. Terukir gambar Queen Elizabeth II dan diatasnya tercatit perkataan 'MALAYA'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan