Khamis, 25 September 2008

Salam Aidilfitri Untuk Semua...

Kepada semua ahli keluarga, sanak-saudara, rakan-rakan, para bloggers, forumers dan sesiapa sahaja yang mengenali penulis & keluarga, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & maaf zahir batin. Tahun ini penulis tidak berkesempatan menghantar kad raya kepada kalian kerana kesuntukan masa Hanya posting ini sahaja dapat saya berikan sebagai pengganti diri.

selamat hari raya aidilfiti

Rabu, 24 September 2008

Reunion Sepupu Sepapat 2008

Wahai sepupu-sepupuku semua...panggilan, panggilan...raya tahun ni jangan lupa kita buat reunion lagi ok! Macam tahun lepas. Kalau boleh, kita buat lagi gempak!

reunion sepupu
Klik DISINI untuk gambar Reunion Sepupu 2007

Selasa, 23 September 2008

Kenapa Aku Balik Awal?

Aku paling tak suka buat keje last minute! Inikan lagi buat keje yang tak sepatutnya aku buat! Orang lain ntah berpoya-poya kat mana, aku pulak kene stay buat keje. Bukannya aku tak nak balik lewat tapi orang lain tak nak pikir masalah orang lain. Hanya tau lepaskan diri masing-masing sahaja.

Orang tak tahu betapa susahnya menjaga anak yang istimewa ini. Bayi aku suka berjaga malam. Malam kena melayan karenah dia. Siang pulak tidur buai sentiasa perlu dihanyun sampai tangan lenguh-lenguh. Sebelah tangan menghayun sebelah tangan memegang puting kemulut bayi (sebab mulut tak kuat nak grip puting).

Sebab itu aku perlu pulang awal untuk menjaga dia sementara isteri memasak. Kalau tidak kami nak berbuka apa??? Orang lain senanglah berbuka diluar, banyak duit, just makan je! Sedangkan kami??? Fikirkan sikit masalah orang lain...(Sory, penulis terpaksa guna ganti nama 'aku' sebab terlampau geram)

p/s - aku taip posting ni pun sambil pegang baby!

Isnin, 22 September 2008

Majlis Khatam & Berbuka KPYPJ

Jumaat yang lepas penulis menyertai program anjuran pejabat sempena ramadhan ini. Majlis dimulai dengan khatam Al-Quran bermula 4 petang di Kolej Islam Johor & kemudiannya bergerak ke JB Katering untuk majlis berbuka puasa. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil. (Maaf gambar tidak berapa cantik kerana penulis tidak berada ditahap sebenar tempohari atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dijelaskan disini).

khatam quran kpypj
khatam quran kpypj
khatam quran kpypj
Klik
DISINI untuk gambar-gambar yang lain.

Jumaat, 19 September 2008

Transformers 2 Speculation

transformersMotor ini dikatakan akan menjadi watak Arcee (sebuah robot perempuan). Robot pun ada jantina eh?

transformersAntara kenderaan yang kelihatan di set pengambaran. Kereta hijau tu cam Honda Jazz je...

transformersGambar ini diambil dari komik keluaran pertama sempena filem akan datang. What a huge robot!

transformersAdakah ini Devastator? Lihatlah perbandingan saiz dengan manusia biasa

Ya, movie Transformers 2 akan muncul dengan tajuk 'Revenge Of The Fallen'. Penulis telah banyak membaca spekulasi-spekulasi tentang filem ini. Ada kenyataan yang mengatakan Megatron akan hidup kembali dengan bantuan Scorponok, Starscream pula meminta bantuan robot lain & ada juga yang mengatakan terdapat 20 robot dalam filem akan datang ini.

Apa yang paling menarik ialah, pengarah Micheal Bay ingin mewujudkan robot bernama Devastator iaitu robot yang bercantum daripada 7 jenis kenderaan 'construction'. Adakah ini akan menjadi kenyataan? Adakah penerbit akan mengeluarkan satu filem yang sangat hebat berbanding filem pertamanya? Kita tunggu dan lihat summer 2009 nanti.

Anda boleh lihat maklumat seperti pengambaran set, video serta gambar berkenaan filem ini di http://transformers.moviechronicles.com/

Sabtu, 13 September 2008

liverpool!!! aMazing!!! stUnning!!!

bolasepak liverpool menang man uSorry, dah terlewat untuk menyalahkan sesama sendiri...

Ya, semestinya semua dah tahu atau penulis akan memberitahu, Liverpool akhirnya membuang badi kekalahan Liga Perdana Inggeris dengan musuh ketatnya Manhester United (MU) dibawah kelolaan Rafa Benitez. 13 September 2008 di Anfield, adalah detik yang paling dinantikan oleh peminat Liverpool apabila berjaya menewaskan MU dengan jaringan 2-1. Terima kasih atas jaringan sendiri Wes Brown dan gol dari Ryan Babel walaupun keraian awal & beriya-iya oleh Carlos Tevez tidak berbaloi.

Pada masa-masa lampau, penulis selalu membaca blog-blog atau cerita-cerita dari peminat-peminat MU terhadap Liverpool. Begitu berbangga dengan kemenangan. Apabila sesudah perlawanan dengan Liverpool, akan keluarlah ayat-ayat yang bangga & mendabik dada. Tetapi kini tiba giliran penulis pula menyatakan perasaan sebagai seorang peminat. Bukan kerana membalas dendam, tetapi biarlah ada keadilan dalam menyatakan pendapat. Sesungguhnya kemenangan itu bukanlah hak milik seseorang sehingga selama-lamanya.

Walaupun tanpa kehadiran Steven Gerrard & Fernando Torres di kesebelasan utama. pasukan Liverpool tetap mantap mengekang setiap gerakan MU. Sesungguhpun kelibat Cristiano Ronaldo tidak kelihatan, ayam tambatan baru MU, Dimitar Berbatov turut tidak membawa sebarang hasil. Namun kelibat sayap baru Liverpool iaitu Albert Riera juga yang memberikan tempo permainan yang menarik. Di susuli dengan beberapa percubaan Dirk Kuyt & gerakan dari Javer Mascherano.

Ada juga peminat-peminat MU yang memberi mesej kepada penulis ucapan tahniah & tak kurang juga yang mengatakan nasib, takde luck, sadisme & sebagainya. Itulah ayat biasa bagi yang mendapat kekalahan. Jika dulu penulis mengatakan Mascherano bernasib tidak baik mendapat kad merah, ramai peminat MU yang mengatakan itu alasan bagi yang kalah. Sebenarnya mereka tidak merasai erti kekalahan. Rumusannya bukan penting 1 gol 4 tahun atau kemenangan pertama dalam 4 tahun, tetapi RASAKAN BAGAIMANA JIKA ANDA BERADA DIPIHAK YANG KALAH.

*p/s- dulu dulu & dulu penulis selalu mengatakan, HERO selalu kalah dulu....(jangan marah k peminat MU)

Khamis, 11 September 2008

Looking For Something...

kereta supraFast & Furious Toyota Supra

I am a collector, searching for certain items. I like collecting a car model (especially die-cast model), macross, transformers and other anime or cartoon characters. I also like currency, coins & antique items. Please notify me if you have any information about this items. Thank you.

Please check HERE for my car model wish list.

Selasa, 2 September 2008

Warna-Warni Merdeka!

sambutan merdeka
sambutan merdeka
sambutan merdekaTahun ini Mersing menjadi tuan rumah untuk sambutan kemerdekaan peringkat negeri Johor. Menyedari peluang ini datang sekali-sekala, penulis beriya-iya untuk pergi menyambutnya. Ternyata program yang bermula dari malam 30 Ogos sehingga keesokkan harinya begitu meriah dengan pelbagai acara. Bukan kerana acaranya sahaja, penulis juga cuba menghayati apa erti kemerdekaan. Sama-sama kita bersyukur atas apa yang kita ada sekarang ini. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

"Perpaduan Teras Kejayaan"

Klik DISINI atau DISINI untuk gambar-gambar yang lain.