Sabtu, 13 September 2008

liverpool!!! aMazing!!! stUnning!!!

bolasepak liverpool menang man uSorry, dah terlewat untuk menyalahkan sesama sendiri...

Ya, semestinya semua dah tahu atau penulis akan memberitahu, Liverpool akhirnya membuang badi kekalahan Liga Perdana Inggeris dengan musuh ketatnya Manhester United (MU) dibawah kelolaan Rafa Benitez. 13 September 2008 di Anfield, adalah detik yang paling dinantikan oleh peminat Liverpool apabila berjaya menewaskan MU dengan jaringan 2-1. Terima kasih atas jaringan sendiri Wes Brown dan gol dari Ryan Babel walaupun keraian awal & beriya-iya oleh Carlos Tevez tidak berbaloi.

Pada masa-masa lampau, penulis selalu membaca blog-blog atau cerita-cerita dari peminat-peminat MU terhadap Liverpool. Begitu berbangga dengan kemenangan. Apabila sesudah perlawanan dengan Liverpool, akan keluarlah ayat-ayat yang bangga & mendabik dada. Tetapi kini tiba giliran penulis pula menyatakan perasaan sebagai seorang peminat. Bukan kerana membalas dendam, tetapi biarlah ada keadilan dalam menyatakan pendapat. Sesungguhnya kemenangan itu bukanlah hak milik seseorang sehingga selama-lamanya.

Walaupun tanpa kehadiran Steven Gerrard & Fernando Torres di kesebelasan utama. pasukan Liverpool tetap mantap mengekang setiap gerakan MU. Sesungguhpun kelibat Cristiano Ronaldo tidak kelihatan, ayam tambatan baru MU, Dimitar Berbatov turut tidak membawa sebarang hasil. Namun kelibat sayap baru Liverpool iaitu Albert Riera juga yang memberikan tempo permainan yang menarik. Di susuli dengan beberapa percubaan Dirk Kuyt & gerakan dari Javer Mascherano.

Ada juga peminat-peminat MU yang memberi mesej kepada penulis ucapan tahniah & tak kurang juga yang mengatakan nasib, takde luck, sadisme & sebagainya. Itulah ayat biasa bagi yang mendapat kekalahan. Jika dulu penulis mengatakan Mascherano bernasib tidak baik mendapat kad merah, ramai peminat MU yang mengatakan itu alasan bagi yang kalah. Sebenarnya mereka tidak merasai erti kekalahan. Rumusannya bukan penting 1 gol 4 tahun atau kemenangan pertama dalam 4 tahun, tetapi RASAKAN BAGAIMANA JIKA ANDA BERADA DIPIHAK YANG KALAH.

*p/s- dulu dulu & dulu penulis selalu mengatakan, HERO selalu kalah dulu....(jangan marah k peminat MU)

Tiada ulasan: