Selasa, 28 Februari 2012

Ranking 20 Laman Web Malaysia Yang Popular

ranking alexa

Sepertimana yang kita tahu, google adalah aplikasi web yang paling popular digunakan diseluruh dunia seperti e-mel gmail, google search engine dan google maps. Facebook dan Youtube pula menyusul di tempat ke-2 & ke 3 dalam ranking web paling ramai penggunanya. Namun ketiga-tiga laman web tersebut adalah laman web dari luar negara. Adakah anda tahu laman web dari Malaysia yang paling popular di internet? Mari kita lihat senarai ranking 20 laman web Malaysia yang popular ini (sehingga Februari 2012);


Apa yang penulis dapat rumuskan dari senarai ini adalah, laman web pengiklanan seperti Mudah, Lelong dan Job Street memang mempunyai ramai pengguna kerana mereka mencari maklumat yang diingini atau membeli barang atau mencari pekerjaan yang merupakan asas penting kehidupan. Selain itu laman web berita seperti Utusan, Berita Harian, The Star menunjukkan bilangan pembaca online semakin meningkat. Tidak ketinggalan Maybank & CIMB yang menunjukkan perbankan internet semakin luas digunakan.

ranking alexa harrisfadzilah

Senarai ranking ini telah diambil dari laman web alexa.com dimana laman ini digunakan untuk melihat ranking dan statistik laman web seluruh dunia. Ranking dikira dari aspek bilangan pelawat, back link dan SEO. Jika anda mempunyai laman web atau blog, boleh cuba untuk melihat samada anda mempunyai ranking atau tidak. Hanya taipkan url laman web/ blog anda dalam kotak yang disediakan. Alhamdulillah, blog ini baru saja masuk dalam ranking Malaysia berkedudukan dalam lingkungan 40,000. Semoga anda juga berjaya!

Jika anda suka artikel ini, sila kongsikan ke media sosial seperti dibawah; 

Isnin, 20 Februari 2012

6 Langkah Mudah Elak Akaun Media Sosial Anda Dari Di Godam!

Anda selalu dengar rungutan rakan-rakan atau orang di sekeliling anda tentang akaun Facebook atau Twitter mereka di godam (hack) atau diubah pengisiannya. Berikut adalah antara langkah mudah untuk mengelakkan akaun anda dari di godam;

1) Jangan gunakan komputer di luar seperti cyber cafe atau PC rakan pejabat anda. Pastikan anda gunakan PC atau laptop anda sendiri sepenuhnya.

2) Jika anda menggunakan komputer selain komputer sendiri, sila LOGOUT sebelum menutup aplikasi Facebook.

3) Buang semua history atau cache dalam pelayar web (web browser) yang anda gunakan. Untuk buang, cari dalam menu setting pelayar web masing-masing seperti Firefox atau Chrome.

4) Gunakan kata laluan (password) yang berbeza antara akaun media sosial anda yang lain seperti Twitter & e-mel. Anda juga digalakkan menukar kata laluan dengan kerap.

5) Pasang antivirus dan spyware yang sesuai pada komputer anda.

6) Jangan buat musuh dengan sesiapa. Kenapa perlu orang lain hack akaun anda? :)

Jika anda suka artikel ini, sila kongsikan ke media sosial seperti dibawah;

Selasa, 14 Februari 2012

Permainan Telefon Pintar Angry Birds Kini Terbang Ke Facebook

gambar_angry_bird

Pengguna media sosial masa kini tidak dapat lari dari bermain permainan (games) tidak kira melalui telefon pintar mahupun komputer. Games merupakan salah satu aplikasi yang sangat popular selain berkongsi maklumat, video melalui blog, Facebook atau Twitter. Hari ini Rovio telah melancarkan permainan kegemaran ramai, Angry Birds yang boleh diboleh dimainkan terus melalui Facebook. Angry Birds adalah permainan yang selalunya dimainkan di telefon pintar ataupun tablet dengan sentuhan skrin menggunakan jari. Memandangkan Facebook merupakan platform media sosial yang paling ramai pengguna, Angry Bird telah melebarkan sayapnya dan terbang ke destinasi yang lebih luas.

Sedikit fakta mengenai Angry Bird : Di bangunkan oleh Rovio Mobile dari Finnish Computer Game Developer. Angry Bird mula dilancarkan untuk aplikasi iOS Apple pada Disember 2009. Sejak dari itu, lebih 12 juta jualan telah dicatatkan melalui App Store. Ia merupakan permainan yang paling laris sekali jualannya (bukan aplikasi percuma) yang kemudiannya juga boleh dimainkan dalam aplikasi skrin sentuh lain seperti Android dan Blackberry. Tahun demi tahun, permainan Angry Bird terus popular dengan pelbagai versi telah dibangunkan begitu juga dengan peringkat (level) yang semakin banyak. Tidak cukup dengan itu, Angry Bird telah menjadi rebutan produk-produk seperti beg & anak patung.

angry_bird_diFB

Permainan Angry Bird melalui Facebook ini telah dilancarkan di Jakarta hari ini dengan sedikit perbezaan dari aplikasi yang dimainkan di telefon pintar. Ia dapat dimainkan bersama dengan rakan Facebook anda yang lain serta bersaing mata dengan mereka. Burung-burung dalam Angry Birds Facebook pula mempunyai periangkat-peringkat kuasa yang lebih menarik untuk dimainkan. Anda boleh mencuba permainan ini di Facebook dengan klik pautan DISINI. Anda juga boleh melihat video pelancaran dengan menonton video dibawah. Pelancaran Angry Bird terbaru pasti akan memeriahkan lagi era media sosial. Namun harus diingat, skop fungsi media sosial sangat luas dan bukan sekadar untuk permainan sahaja.


*p/s - Minggu ini juga merupakan Minggu Media Sosial Malaysia yang berlangsung di Putra World Trade Center dari 13 hingga 17 Februari ini. Banyak aktiviti dan penyampaian maklumat mengenai media sosial di sana. Penulis pun sedang berkira-kira untuk ke sana. Maklumat lanjut boleh klik DISINI.

IKLAN PENAJA : Jangan lupa untuk melayari laman web fotografi penulis iaitu NahamPhoto : Perniagaan Fotografi Perkahwinan.

Sabtu, 11 Februari 2012

Apa Itu Google Plus? Adakah Ia Pengganti Facebook?

google_plus
Google memang terkenal dengan enjin pencari, e-mel gmail, blogger dan sebagainya. Google mempunyai pelbagai produk lain yang sering digunakan setiap hari seperti Google Maps. Anda mungkin pernah dengar mengenai Google Wave atau Google Buzz. Pernah mencubanya? Terkini muncul pula aplikasi baru iaitu Google Plus (atau Google +). Apakah itu Google +? Adakah ia berfungsi sebagai satu lagi media sosial baru seperti Facebook & Twitter? Masih ramai pengguna yang tidak mengenalinya dan tidak menggunakan Google +. Apakah keistimewaan yang ada dalam Google +? Adakah ia akan menjadi satu media sosial sehebat Facebook & Twitter? Mari kita buat sedikit kajian.

Mengikut wikipedia : Google+ integrates social services such as Google Profiles and Google Buzz, and introduces new services identified as Circles, Hangouts and Sparks. Google+ is available as a website and on mobile devices. Sources such as The New York Times have declared it Google's biggest attempt to rival the social network Facebook, which has over 800 million users. Google+ is considered the company's fourth foray into social networking, following Google Buzz (launched 2010, retired in 2011), Google Friend Connect (launched 2008, to be retired by March 2012) and orkut (launched in 2004, now operated entirely by subsidiary Google Brazil).
Mengikut kajian penulis sendiri setakat ini, Google + tidak banyak berbeza dengan Facebook. Namun terdapat beberapa fungsi dalam Google + yang menarik seperti Circle. Circle membenarkan pengguna menguruskan senarai rakan mereka dengan membahagikan mengikut kategori seperti keluarga, rakan & following. Walaupun Facebook juga boleh membuat demikian namun Circle sangat mudah untuk dikendalikan. Bayangkan jika anda mempunyai 2000 rakan dalam Facebook, anda perlu membuka seorang demi seorang untuk setkan samada ia keluarga, rakan atau kategori lain. Dengan Google +, anda hanya perlu drag & drop sahaja ke dalam Circle yang berkenaan.

circle_google_plus
Jika pengguna ingin menaip sesuatu status berkenaan keluarga, mereka hanya perlu memilih Circle yang sesuai seperti Family. Pengguna juga boleh memilih lebih dari 1 Circle untuk satu status. Oleh itu, jika contohnya anda ingin mengatakan sesuatu mengenai nenek anda, rakan kolej atau rakan kerja anda tidak perlulah membaca status tersebut. Ia sangat mudah dan anda dapat mengawal perkongsian anda agar tidak terlalu luas. Fungi-fungsi lain yang ada dalam Google + adalah Hangout iaitu penggunakan boleh bersembang menggunakan video secara berkumpulan. Instant upload pula membenarkan pengguna berkongsi gambar terus dari telefon pintar secara automatik.

Masih banyak lagi fungsi dalam Google + yang masih belum dikaji sepenuhnya oleh penulis. Tetapi penulis dapat rasakan yang Google + mampu menyaingi Facebook jika google terus memikirkan apa fungsi yang pengguna inginkan dalam media sosial mereka. Google + juga sesuai untuk mereka yang menggunakan telefon pintar ataupun tablet kerana semakin menarik untuk berkongsi maklumat. Penulis juga menggalakkan anda mencuba Google + sekarang dan rasakan sendiri bagaimana ia berfungsi. Jangan lupa untuk jemput (invite) penulis pula! :) Artikel akan datang, penulis akan menerangkan lebih lanjut bagaimana Google + sangat membantu dalam enjin pencarian. Tunggu...


* Jika anda suka artikel ini jangan lupa untuk kongsikan ke media sosial lain seperti butang-butang dibawah.

Rabu, 1 Februari 2012

Statistik Blog Harris Fadzilah Tahun 2011. Bagaimana Buat Statistik?

statistik blog

Seperti yang dijanjikan penulis akan membuat statistik dan rumusan mengenai blog "Rakan Media Sosial Anda" (RMSA) ini (yang dulunya dipanggil Mencipta Memori) untuk menilai sejauh mana pencapaian sepanjang tahun 2011. Setelah 4 tahun berada dalam industri blogging ini, blog RMSA ini telah mengalami pelbagai fasa dan yang terbaru mengubah konsep agar pengisian lebih fokus dan unik. Alhamdulillah, blog ini masih mampu bertahan dan tidak menjadi blog yang "bersawang" tanpa sebarang maklumat. Berikut merupakan ringkasan statistik yang telah diperolehi;


1) Jumlah keseluruhan posting : 45
2) Jumlah keseluruhan pengikut : 56
3) Bulan paling banyak posting : Januari, 8
4) Posting paling banyak ulasan : Medal Memori Maya 2010, 7
5) Ranking blog dalam Alexa.com : 5,432,946
6) Kata carian paling popular : Nike Ardilla, 19.07%
7) Paling ramai pelawat dalam 1 bulan : Disember, 2423 
8) Jumlah blog dipautkan dalam laman lain : 28
9) Jumlah pelawat baru : 10,522
10)Bilangan keseluruhan pelawat : 12,563

*Klik DISINI untuk statistik tahun 2010.

Rumusannya, penulis agak kecewa kerana tidak dapat menulis banyak posting tahun lepas kerana palbagai faktor seperti tahun pertama bekerja sendiri. Namun bilangan keseluruhan pelawat meningkat dari 10,132 tahun 2010 ke 12,563 tahun 2011. Jumlah pengikut dan pautan luar juga terus meningkat. Ini diharapkan akan berterusan pada tahun 2012 dan seterusnya. Ranking alexa.com juga telah diperbaiki dari berpuluh-puluh juta hingga mencapai 5,432,946 pada hujung tahun lepas. Peningkatan ini walaupun sedikit namun masih menunjukkan tanda positif untuk terus maju.

Bagaimana penulis memperolehi maklumat-maklumat ini? Selain membuat kiraan sendiri, ada beberapa cara untuk mendapatkan maklumat statistik blog atau laman web anda. Antaranya;

1) Memasukkan URL blog anda ke dalam alexa.com yang akan memberikan statistik seperti jumlah pelawat dan jumlah pautan anda yang dipautkan oleh laman web/ blog orang lain.

statistik alexa


2) Menggunakan aplikasi statistik percuma dari laman web lain. Anda boleh cari laman web tersebut seperti histats atau statcounter. Penulis juga pernah menulis mengenai laman web statistik ini dalam posting DISINI.

statistik blog rms


3) Jika anda menggunakan blogger, anda boleh melihat statistik blog anda dalam ruangan STATS pada palang control panel blogger anda.

statistik blogger

4) Menggunakan Google Analytic yang perlu dipasang pada lamanweb atau blog anda. Maklumat terperinci mengenai google analytic akan kami  berikan pada posting-posting akan datang.

Statistik sangat penting untuk melihat sejauh mana pencapaian dan kekuatan blog atau laman web anda. Melalui statistik juga, anda boleh membuat pelbagai perancangan terutama jika blog anda dalam bidang perniagaan. Sekurang-kurangnya anda tidak rasa 'syok sendiri' apabila melihat ramai pelawat membuka laman anda mencari maklumat. Teruskan berblogging dan meriahkan lagi arena media sosial yang semakin berkembang ini. Harapan penulis agar pembaca memperolehi sesuatu melalui artikel yang diberikan seterusnya menyokong usaha untuk menyampaikan maklumat.

*Jika anda suka artikel atau laman ini, apa salahnya untuk klik pada butang-butang yang disediakan untuk berkongsi maklumat :)