Isnin, 5 Mac 2012

Apa Itu Android? Apa itu Tablet?

samsung galaxy tab
 Jangan terperanjat masih ada orang yang tidak tahu mengenai tablet & android. Ini terbukti kerana ramai rakan-rakan penulis bertanyakan mengenai perkara ini. Oleh sebab itu penulis terpanggil untuk menulis sesuatu mengenai Android & tablet agar dapat memberikan sedikit info kepada semua pembaca. Sepertimana yang anda lihat sekarang ini, penggunakan tablet semakin meluas tidak kira peringkat usia. Kanak-kanak juga tidak ketinggalan menggunakannya tetapi adakah sekadar untuk bermain angry bird?

Tablet adalah sejenis perkakasan komputer yang dioperasikan menggunakan skrin sentuh atau pen stylus. Tablet selalunya mempunyai saiz yang lebih besar berbanding telefon pintar. Ia adalah perkakasan yang memerlukan talian internet tidak kira talian berbayar ataupun wi-fi. Komputer tablet juga dilengkapi dengan port yang boleh disambung ke USB komputer peribadi, pencetak dan sebagainya. Jenama tablet yang popular ketika ini adalah seperti Samsung Galaxy Tab, Apple Ipad dan beberapa jenama lain seperti Acer.

 logo android

Android pula adalah satu jenis sistem pengoperasian berasaskan LINUX bagi tablet atau telefon pintar. Jika komputer peribadi kita menggunakan sistem pengoperasian seperti Microsoft Windows, Android adalah sama fungsinya dan digunakan untuk menguruskan sistem dalaman sesebuah tablet atau telefon pintar. Apabila menggunakan Android, anda boleh muat turun pelbagai aplikasi di Android Market samada percuma atau pun berbayar. Sehingga Februari 2012 terdapat lebih 450,000 aplikasi boleh didapati dalam Android Market.

Bagi penulis, penggunaan tablet sangat penting dimana penulis dapat membalas e-mel, berkomunikasi dengan rakan-rakan melalui chatting dan mengemaskini status Facebook dimana jua dan bila-bila masa. Setakat ini penulis menggunakan Samsung Galaxy Tab 7 inci dan berpuas hati menggunakan Android. Walaupun pernah cuba menggunakan Apple IPad 10.1 inci namun jiwa penulis tetap pada Android. Namun itu tidak bermakna Android adalah terbaik kerana setiap orang mempunyai citarasanya sendiri. Perlu hormati pendirian orang lain :)

Jika anda suka artikel ini, sila kongsikan ke media sosial seperti dibawah;

1 ulasan:

adam berkata...

memang best guna benda alah ni...