Kali ini penulis ingin menulis mengenai Twitter. Mungkin ramai yang sudah tahu Twitter merupakan salah satu media sosial yang popular digunakan selain Facebook. Twitter telah menduduki tangga ke-9 keseluruhan setakat ini dalam ranking laman paling ramai pengguna seluruh dunia. Twitter adalah satu media sosial yang hanya menggunakan teks ringkas tetapi boleh dipautkan dengan gambar, video dan fail-fail lain menggunakan URL yang disingkatkan. Ramai juga yang bertanya, perlukah saya menggunakan Twitter sedangkan saya sudah mempunyai Facebook atau blog? Mari kita lihat antara sebab kenapa anda perlu menggunakan Twitter;
1) Menggantikan SMS dan anda tidak perlu bayar setiap mesej yang ditaip. Ini kerana majoriti pengguna Twitter adalah menggunakan telefon pintar ataupun tablet.
2) "Micro Blogging" : Istilah yang menunjukkan Twitter sesuai untuk mereka yang suka berkongsi cerita & maklumat dengan menaip posting blog tetapi dengan menggunakan Twitter mereka menaip bawah 140 patah perkataan sahaja setiap posting.
3) Sentiasa mendapat info terkini dan ringkas jika mengikuti Twitter yang memberi berita & maklumat seperti keadaan trafik, maklumat dari polis, ramalan cuaca dan sebagainya.
4) Mendapat maklumbalas yang cepat kerana majoriti pengguna Twitter menggunakan peranti mobile yang sentiasa berada ditangan.
5) Dapat mengikuti perkara-perkara yang anda minat dengan lebih dekat seperti perkembangan pasukan bola sepak, gossip artis atau keputusan-keputusan pertandingan.
6) Membuat kajian, rujukan dan perisikan kerana status twitter boleh dicari tanpa sebarang sekatan.(bisnes)
7) Membina jenama samada perniagaan atau nama sendiri bagi meningkatkan kepercayaan dalam sesuatu bidang seperti perniagaan & politik.
8) Pemasaran dan pengiklanan yang mudah & efisyen dengan hanya menggunakan teks.
9) Meluaskan rangkaian dengan berhubung dengan rakan atau keluarga malah dengan orang yang anda tidak kenali.
10) Memperbaiki kelemahan diri atau bisnes melalui status orang lain. Ini kerana semua maklumat Twitter boleh dicari dengan menaip sahaja kata carian yang anda ingini tanpa sebarang had.
Bagi penulis, Twitter sangat menarik kerana ia seperti satu hub yang menghubungkan semua media sosial yang penulis ada. Contohnya status dari Facebook, Fourthsquare ataupun Blogger boleh dihubungkan secara automatik ke dalam Twitter tanpa perlu menaip kali kedua. Twitter mungkin dilihat mempunyai kekurangan dimana sesiapa sahaja boleh melihat kelemahan anda atau perniagaan tetapi anda boleh mengambil pendekatan positif dengan menjadikan ia testimoni berguna untuk memperbaiki kelemahan tersebut. Walaubagaimanapun, Twitter tetap popular digunakan dan anda boleh lihat logonya dimana-mana laman web
.
*Jangan lupa untuk follow Twitter penulis DISINI. Jika anda suka artikel ini, sila kongsikan ke media sosial seperti dibawah;
.
*Jangan lupa untuk follow Twitter penulis DISINI. Jika anda suka artikel ini, sila kongsikan ke media sosial seperti dibawah;
Tiada ulasan:
Catat Ulasan