Isnin, 25 April 2011

Belajar Dan Belajar Lagi Fotografi


Walaupun penulis adalah seorang trainer dalam bidang fotografi tetapi itu tidak bermakna penulis tidak perlu menyertai atau mengikuti latihan fotografi dari orang lain. Penulis memang suka menambah lagi atau 'refresh' ilmu yang ada agar sentiasa diasah dan tidak terlupa. Jika ada peluang kursus, outing atau apa sahaja yang berkenaan fotografi, penulis akan cuba hadiri. Penulis juga sudah banyak melabur dalam latihan fotografi seperti dengan Ted Adnan, Digicolor & pelbagai lagi program-program berkenaan fotografi.



Ahad lepas penulis telah menyertai kursus fotografi 1Malaysia di Institut Latihan Perindustrian Mersing. Walaupun kursus ini dijalankan selama 2 hari iaitu Sabtu & Ahad tetapi penulis hanya dapat menyertai satu hari sahaja kerana terlibat dengan Kursus Fotografik Da'Click & NahamPhoto pada hari Sabtu juga di Mersing. Apa yang menarik tentang kursus fotografi 1Malaysia ini adalah ia percuma, makanan tengahari disediakan dan sijil penyertaan juga diberi. Peluang sebegini sememangnya tidak boleh dilepaskan.



Kursus telah dihadiri oleh 7 orang peserta dimana kami telah mengasah cara mengambil gambar seperti teknik panning, slow shutter, framing dan komposisi. Mungkin ramai Jurufoto di Mersing yang tidak mengetahui kursus percuma ini dan selepas ini penulis akan membantu memberikan maklumat. ILP bukan sahaja menganjurkan kursus fotografi tetapi banyak kursus-kursus percuma seperti Automotif dan Elektrik yang dilangsungkan pada hari Sabtu & Ahad.. Anda yang berada di Mersing boleh menyemak jadual kursus DISINI.


Jumaat, 22 April 2011

Sebarkan Senyuman!

Sebagai salah seorang bapa kepada anak clef, penulis ingin menyebarkan kempen yang telah diusahakan oleh ING insuran kepada insan istimewa ini. Kempen yang dinamakan "Spread the Smile Movement" ini telah mendapat sambutan yang baik. Ini menggambarkan rakyat Malaysia sangat perihatin dengan usaha mereka ingin membatu memberikan senyuman kepada insan clef.

Facebook Spread the Smile kini telah menghampiri 70 ribu peminat dan terus mendapat sambutan. Malah penulis telah sekali menyertai satu majlis anjuran mereka di KL hujung tahun lalu (KLIK DISINI). Spread the Smile telah membuat pelbagai pertandingan di Facebook dan anda semua juga boleh menyertainya tanda sokongan. Boleh masuk ke halaman FB mereka DISINI.

*p/s - anda juga boleh melihat laman web CLAPAM DISINI.


Rabu, 6 April 2011

Revolusi Perniagaan Internet

Setelah menyertai Seminar Potensi Diri Dimensi Baru 2011 bersama Dr. Azizan Osman beberapa bulan lepas, penulis telah diajak oleh sahabat baik, Kaff untuk menyertai satu lagi seminar. Seminar ini amat istimewa kerana telah memberi lebih fokus kepada perniagaan internet sahaja. Ia tidak lain tidak bukan disampaikan oleh salah seorang idola penulis sejak dulu iaitu Jutawan Internet Ifran Khairi (IK). Selalunya penulis hanya membaca buku atau blognya sahaja tetapi kali ini penulis telah berpeluang menemui beliau secara langsung.

Seminar ini telah banyak memberi info tentang perniagaan internet dan peluang yang luas dipasaran Malaysia malah luar negara. Maklumat-maklumat yang disampaikan oleh IK telah banyak membuka mata penulis tentang cara-cara yang betul bagi menjalankan perniagaan internet. Seminar telah disertai oleh lebih 300 orang peserta dimana majlis dihiasi dengan lawak jenaka dari emcee AB Shaik yang sangat bersahaja. Malah IK dan rakan-rakannya, Razzi Rahman serta Pagi Band sempat membuat persembahan Muzik. Ternyata IK mempunyai banyak bakat dalam dirinya.



Setelah selesai seminar tersebut, penulis telah merangka beberapa strategi untuk bisnes yang penulis ada sekarang. Bagi bisnes NahamPhoto, penulis akan membawakan satu konsep baru dalam hasil kerja penulis dan ahli-ahlinya. Oleh itu penulis perlu bekerja lebih keras dalam membimbing pasukan untuk mencapai target dan kepuasan pelanggan. Penulis perlu membuat sesuatu yang unik bagi meneruskan persaingan yang semakin banyak dalam dunia fotografi perkahwinan. Insya Allah

Dengan minat & pengalaman dalam bidang latihan (training) dan pembinaan modul, penulis juga merancang untuk menulis beberapa siri ebook dengan guide line yang telah diberikan. Proses penyenaraikan topik-topik kecil telah dibuat dan kajian perlu dilakukan untuk melihat statistik permintaan diluar sana. Dengan berbekalkan ilmu ICT daripada kolej dan pengalaman 3 tahun dalam dunia blogging, diharap usaha untuk mengeluarkan ebook pertama ini dapat menaikkan lagi reputasi penulis di alam maya.

*p/s - penulis juga merancang untuk menjual produk didalam internet nanti. Boleh bagi idea produk apa yang boleh laris? :)