Rabu, 6 April 2011

Revolusi Perniagaan Internet

Setelah menyertai Seminar Potensi Diri Dimensi Baru 2011 bersama Dr. Azizan Osman beberapa bulan lepas, penulis telah diajak oleh sahabat baik, Kaff untuk menyertai satu lagi seminar. Seminar ini amat istimewa kerana telah memberi lebih fokus kepada perniagaan internet sahaja. Ia tidak lain tidak bukan disampaikan oleh salah seorang idola penulis sejak dulu iaitu Jutawan Internet Ifran Khairi (IK). Selalunya penulis hanya membaca buku atau blognya sahaja tetapi kali ini penulis telah berpeluang menemui beliau secara langsung.

Seminar ini telah banyak memberi info tentang perniagaan internet dan peluang yang luas dipasaran Malaysia malah luar negara. Maklumat-maklumat yang disampaikan oleh IK telah banyak membuka mata penulis tentang cara-cara yang betul bagi menjalankan perniagaan internet. Seminar telah disertai oleh lebih 300 orang peserta dimana majlis dihiasi dengan lawak jenaka dari emcee AB Shaik yang sangat bersahaja. Malah IK dan rakan-rakannya, Razzi Rahman serta Pagi Band sempat membuat persembahan Muzik. Ternyata IK mempunyai banyak bakat dalam dirinya.



Setelah selesai seminar tersebut, penulis telah merangka beberapa strategi untuk bisnes yang penulis ada sekarang. Bagi bisnes NahamPhoto, penulis akan membawakan satu konsep baru dalam hasil kerja penulis dan ahli-ahlinya. Oleh itu penulis perlu bekerja lebih keras dalam membimbing pasukan untuk mencapai target dan kepuasan pelanggan. Penulis perlu membuat sesuatu yang unik bagi meneruskan persaingan yang semakin banyak dalam dunia fotografi perkahwinan. Insya Allah

Dengan minat & pengalaman dalam bidang latihan (training) dan pembinaan modul, penulis juga merancang untuk menulis beberapa siri ebook dengan guide line yang telah diberikan. Proses penyenaraikan topik-topik kecil telah dibuat dan kajian perlu dilakukan untuk melihat statistik permintaan diluar sana. Dengan berbekalkan ilmu ICT daripada kolej dan pengalaman 3 tahun dalam dunia blogging, diharap usaha untuk mengeluarkan ebook pertama ini dapat menaikkan lagi reputasi penulis di alam maya.

*p/s - penulis juga merancang untuk menjual produk didalam internet nanti. Boleh bagi idea produk apa yang boleh laris? :)

Tiada ulasan: