Khamis, 26 Februari 2009

Kursus Pembinaan Blog Ke-2 Di ITP

Pada semalam dan hari ini (Khamis) telah berlangsungnya Kursus Pembinaan Blog di Institut Teknologi Perindustrian YPJ sesi ke-2 dan yang pertama untuk tahun ini. Setelah mendapat sambutan yang baik pada sesi yang pertama pada Disember tahun lalu, seramai 14 orang peserta telah menyertai kursus untuk kali ini.

Walaupun kursus ini mengalami 'masalah' disaat-saat akhir tetapi itu tidak melunturkan semangat penulis untuk memberikan ilmu pengetahuan mengenai blog kepada peserta. Seperti juga pada sesi pertama, penulis harapkan semua peserta dapat menggunakan blog mereka dengan baik kepada diri & organisasi. Dibawah antara gambar semasa kursus.

Antara peserta perempuan yang hadir

Peserta sempat berposing kononnya sedang berbincang

Penulis menyampaikan maklumat kepada peserta

Peserta menunjukkan minat dan fokus yang tinggi

Sempat juga berposing...

Beikut merupakan nama peserta & blog masing-masing;

1) Hafizan b. Saat : http://akubotak.blogspot.com
2) Md Haruddin b. Mohd Esa : http://dinass.blogspot.com
3) Israf b. Ismail : http://israfrin.blogspot.com
4) Rahman bin Ab. Rahim : http://rahmancarblog.blogspot.com
5) Shaharudin b. Abd Hamid : http://deanletriks.blogspot.com
6) Zulkifli b Abu : http://zulauto.blogspot.com
7) Siti Atiqah bt. Atimun : http://wardah09.blogspot.com
8) Nur Haida bt. Safa: http://haidachon.blogspot.com
9) Farah Azleen bt. Jamal : http://fazeal.blogspot.com
10) Ayuzarhidah bt. Sakaria : http://ddwitpayu.blogspot.com
11) Maswani bt. Johari : http://wani-swan.blogspot.com
12) Mohd Lokman b. Abdullah : http://mohdlokman.blogspot.com
13) Mohd Amizai b. Faudzi : http://blogamcool.blogspot.com
14) Muhammad Solleh b. Muhd Ramli : http://sakitpening.blogspot.com


Terima kasih kepada En. Farhat selaku fasilitator & jurugambar yang mengambil gambar-gambar diatas. Semoga dapat berjumpa lagi dalam kursus-kursus yang lain.

Ahad, 22 Februari 2009

Layang-Layang Di Lautan Langit

Pada hari Sabtu yang lepas, penulis & keluarga melawat Pesta Layang-Layang Antarabangsa ke-14 di Pasir Gudang, Johor. Sampai disana jam 11 pagi dimana sudah ramai pengunjung membanjiri tapak pesta tersebut. Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti jualan layang-layang, cenderahati, pameran layang-layang serta pertunjukan layang-layang gergasi. Walaupun cuaca agak panas namun ia tidak menghalang pengunjung-pengunjung dari menikmati pertunjukkan yang disediakan.

Menapak agak jauh kerana dapat parking kereta dihujung sana.

'Dora the explorer' menyambut kedatangan kami!

Antara layang-layang yang dinaikkan ketika itu.

Adik berkerut muka menahan kepanasan tetapi tetap seronok berjalan-jalan.

Langit menjadi seperti lautan setelah dipenuhi dengan layang-layang hidupan laut.

Salah seorang peserta menaikkan layang-layangnya menggunakan kayu pancing.

Penat tunggu harimau ni 'naik'. Asyik tergolek-golek kat atas tanah.

Penulis telah membeli layang-layang untuk Na'wa dan cuba menaikkannya. Malangnya 'skill' lama sudah hilang, layang-layangnya asyik menyembah bumi. Oleh kerana cuaca terlalu panas, penulis & keluarga mengambil keputusan untuk pulang awal walaupun cadangan asal kami ingin menunggu perasmian oleh TMJ. Walaubagaimanapun, pesta tersebut sangat meriah dan amat baik kepada pengunjung & juga pelancong dari luar. Semoga ia dapat dianjurkan lagi pada tahun-tahun mendatang.

KLIK DISINI untuk gambar-gambar yang lain.

IKLAN :

Jumaat, 20 Februari 2009

Blog Tiada Keperluan?

Penulis agak kecewa apabila terdengar kata-kata orang yang blog itu tiada keperluan & kepentingan. Ramai pula yang mengatakan blog hanya untuk catatan peribadi & tidak sesuai untuk perniagaan atau sesebuah organisasi. Ada segelintir juga yang mengatakan blog sekadar ruang untuk menyebarkan maklumat-maklumat palsu dan juga hasutan kepada mereka diluar sana.

Persoalan untuk anda, bagaimana agaknya makcik-makcik dikampung mempromosikan jualan kain batik ke luar negara? Bagaimana pula ramai anak melayu seperti Azizi Ali & Irfan Khairi sudah menjadi jutawan sekarang? Akhir sekali bagaimana orang bijak pandai seperti Tun Mahathir dapat memberi pendapat sedangkan dalam berita yang anda lihat setiap malam tidak keluar sedikit pun apa yang dia nyatakan?

Tidak perlulah penulis nyatakan bagaimana mereka lakukan jika tajuk posting diatas anda telah mengatakan 'Ya'. Anda akan membuang masa jika membaca isi-isi yang akan penulis nyatakan dibawah nanti. Anda boleh teruskan membaca e-mail, berchatting menggunakan YM atau melayari laman-laman artis atau luc** kegemaran anda. Atau tutup sahaja tetingkap Mozilla atau Internet Exlorer anda dan jangan layari internet lagi.

Buku yang penulis beli & baca dimana banyak info-info yang menarik mengenai blog. (rahsiablogger.com)

Maaf jika penulis agak kasar dalam penulisan kali ini. Penulis sekadar ingin menerangkan yang internet bukan sekadar mengantar e-mail, berchatting atau melihat....(anda sudah dewasa kan?). Internet sangat luas penggunaannya dan salah satunya adalah BLOG. Wujudnya blog telah memudahkan ramai pengguna dalam mempromosikan perniagaan, berkongsi maklumat & pelbagai perkara lagi (selagi mereka menggunakannya dengan baik).

Blog boleh digunakan oleh pelbagai golongan. Contohnya seorang Pegawai disalah sebuah organisasi. Mereka boleh mewujudkan blog mereka untuk berkongsi maklumat berkenaan kerja mereka atau membuat rekod tentang tugas harian yang dilakukan. Mungkin anda persoalkan, lebih mudah menggunakan YM. Ya, betul, tetapi YM memerlukan rakan anda turut sama online pada ketika itu. Bagaimana pula jika mereka tidak online?

Anda akan kata, "Saya akan gunakan email". Ya, betul, tetapi bagaimana pula jika fail yang anda ingin hantar itu terlalu besar saiznya sehingga ruang mailbox rakan anda tidak mencukupi. Bagaimana pula jika rakan anda tidak mempunyai email atau emailnya yang anda simpan sudah tidak aktif lagi? Anda akan kata pula, "Saya akan buat laman web sendiri". Tahukah anda tentang Frontpage? Dreamweaver? Domain? FTP? Hosting? MySQL?

Salah satu contoh blog mengenai syarikat yang ada dalam internet. Adakah salah jika staf mendapat informasi daripada blog ini?

Tidak perlulah saya nyatakan apa KAEDAH yang paling mudah dapat anda lakukan jika anda berkata 'Ya' kepada tajuk posting ini. Contoh diatas hanyalah satu contoh paling mudah yang boleh dilakukan oleh blog. Sebenarnya banyak lagi yang boleh anda lakukan seperti makluman seorang Pengarah kepada staf-staf bawahannya, dimana dia sedang bertugas menggunakan twitter (anda boleh kemaskini hanya melalui sms), menyebarkan berita dan lain-lain.

Didalam internet, terdapat banyak laman dan blog yang menyediakan tips-tips blogger dan perkhidmatan seperti kursus dan bengkel untuk perniagaan internet menggunakan blog dimana ia sangat baik untuk dipelajari oleh segenap individu. Didalam organisasi contohnya, penulis tidak nampak keperluan kursus seperti 'solekan' diperlukan (mungkin untuk menggoda bos barangkali...) lebih daripada mengikuti kursus membuat blog.

Rumusanya, penggunaan blog bergantung kepada kebijaksanaan pentadbirnya tidak kira antara pensyarah dengan penuntut, guru dengan pelajar & staf dengan pelanggan. Jika mereka bijak menggunakan blog, mereka boleh maju dengan lebih jauh kerana dalam zaman IT ini, teknologi harus digunakan sepenuhnya. Jika tidak, anda boleh putarkan jam anda dan kembali pada zaman menggunakan mesin taip & kertas karbon.

Anda boleh membaca lagi tentang blog DISINI.

IKLAN :

Rabu, 18 Februari 2009

Free Blogger Templates

Mungkin ada yang tertanya-tanya macamana penulis boleh membuat template blog 'mencipta memori' ini lain dari yang lain. Kenapa template ini tiada dalam senarai pilihan di blogger? Sebenarnya penulis telah download template ini dilaman-laman web yang menyediakan template blogger secara percuma. Terdapat banyak template-template yang menarik boleh didapati antaranya seperti laman-laman dibawah.

1) B Templates

Laman web ini menyediakan banyak template-template percuma. Anda akan merasa 'mabuk' untuk memilihnya kerana design dan layout yang menarik.

2) Blogger Buster

Laman ini menyenaraikan template mengikut kategori dan juga rating dimana anda boleh melihat top 25 atau top 50 template yang paling banyak dimuat turun.

3) E-Blog Templates

Ada menyediakan template percuma dan ada juga yang perlu dibayar, namun template yang disediakan tetap menarik perhatian blogger.

4) Best Template

Tidak banyak perbezaan dari laman-laman diatas dimana template yang ada selalunya turut ada pada laman-laman download yang lain.

5) Blogging Tips

Bukan sahaja menyediakan template percuma, ia turut disertakan dengan tips-tips penggunaan & gadjet blog yang boleh digunakan dalam blogger mahupun wordpress.

Dengan sedikit kemahiran coding HTML & Adobe Photoshop, anda boleh mengubah template anda sesuka hati seperti yang penulis lakukan. Ini melibatkan sedikit masa yang lama untuk melakukan pelbagai percubaan. Apa tunggu lagi, anda boleh menukar template blog anda sekarang!

IKLAN :

Isnin, 16 Februari 2009

Majlis Perpisahan Atie & Kak Sal

Pada hari Jumaat yang lepas, satu majlis ringkas diadakan sempena tamatnya perkhidmatan Cik Norhayati & Puan Salha di KPYPJ. Jika beberapa minggu yang lepas, kami mengucapkan selamat tinggal kepada Puan Maria yang berhijrah ke Jeddah, kali ini Atie pula akan mengambil cabaran ditempat lain manakala Kak Sal berpindah ke Institut Teknologi Perindustrian YPJ. Dibawah adalah antara gambar yang sempat penulis ambil atas pujukan Puan Zurina menggunakan kamera Nikon D40 pejabat.

Antara makanan ringan yang dihidangkan petang itu selain mee goreng yang sedap.

En. Zaid memberikan kata-kata aluan & sejarah-sejarah lama Atie & Kak Sal.

Bos memberikan ucapan selamat tinggal kepada mereka berdua.

Kawan-kawan yang tidak sabar menunggu untuk makan.

Ust. Hamizi menyediakan tisu untuk En. Jaber sempena ucapan akhir.

Ada juga yang sekadar melihat dari jauh.

"Selamat tinggal rakan-rakan sekerjaku semua..."

Akhir sekali, penulis mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih atas apa-apa juga bantuan, pandangan serta tugas yang telah dibuat kepada penulis sebelum ini. Semua jasa-jasa kalian berdua akan dikenang. Semoga dapat melaksanakan tugas yang baik ditempat baru kelak. Maaf juga dipinta sekiranya ada salah silap serta kekurangan. Halalkan semua makan & minum. Good luck both of you!

IKLAN :

Rabu, 11 Februari 2009

50 Sen Terbelah

Jika anda ingat ada posting sebelum ini dimana penulis menunjukkan beberapa duit syiling lama yang ada dalam simpanan penulis. Sebenarnya ada banyak lagi koleksi yang belum dipaparkan yang mana mungkin ia tidak berapa penting bagi anda. Namun bagi pengumpul-pengumpul duit syiling, hobi menyimpannya ada maksud-maksud yang tersendiri.

Dibawah adalah duit 50 sen lama yang mungkin masih mudah diperolehi ditangan anda. Tetapi duit 50 sen ini sedikit berbeza dengan duit 50 sen lama yang lain. Ditepi syiling tersebut ada BELAHAN seperti boleh dibahagi dua. Keistimewaan syiling ini tidak dapat dipastikan tetapi mungkin kerana ia keluaran terhad iaitu pada tahun 1967, 1968 & 1969 sahaja.



Nantikan posting-posting yang akan datang mengenai koleksi duit syiling saya dibawah label "Duit & Syiling". Salam untuk semua...

IKLAN :

Isnin, 9 Februari 2009

Teringin Melukis Kembali...

Mungkin ramai sudah mengetahui penulis juga meminati lukisan pensil atau apa-apa ilustrasi & lakaran (skeching). Sehingga sekarang penulis masih belum berkesempatan untuk melukis apa-apa portrait lagi. Ini kerana terlalu sibuk dengan kerja azali, perniagaan & fotografi yang menjadi hobi utama. Tangan pula sudah semakin keras kerana asyik menekan keyboard & mouse. Satu hari nanti penulis akan mula melukis kembali. Insya Allah.






Diatas merupakan beberapa lukisan pencil yang penulis dapat melalui email. Karya siapa tidak dapat dipastikan tetapi ia merupakan satu lukisan yang unik.

IKLAN:

Rabu, 4 Februari 2009

Majlis Hi-Tea HQ Club KPYPJ 2008

Pagi isnin yang lalu penulis ke Johan Photo, Plaza Angsana, J.B. untuk mengambil kamera baru pejabat. Walaupun hanya Nikon D40 tapi ia cukup sesuai digunakan oleh beginner yang baru belajar ilmu fotografi.

Tengahari itu penulis terus ke M-Suite Hotel, J.B. untuk majlis Hi-Tea HQ Club KPYPJ 2008. Walaupun sedikit kekok kerana fungsinya yang terlalu minimum berbanding Nikon D70 penulis, namun penulis tetap cuba mengambil gambar suasana majlis tersebut.

Ini adalah buku aturcara majlis. Majlis ini bertujuan meraikan semua ahli-ahli kelab tahun lepas. Terdapat banyak hadiah, pemberian & hidangan pada petang itu.

Suasana ballroom Madani di M-Suite Hotel, J.B. Lebih kurang 60 orang ahli telah hadir memeriahkan majlis tersebut.

Setelah ucapan dari pengerusi & CEO selesai, acara makan dimulakan dan diselangi dengan acara soalan cepu 10 (jawab soalan dapat RM10) oleh Mr. Zaid & Nizam.

Soalan-soalan adalah berkenaan dengan ahli-ahli kelab dimana ia dilakukan dengan suasana yang sangat meriah. Kelihatan Kak Im menerima RM10 atas jawapan yang betul.

Berebut-rebut ahli yang hendak menjawab! Adakala soalan sangat lucu dan ada juga yang sinis tetapi tetap meriah.

Haa! ini meja yang agak bertuah kerana semua ahlinya mendapat RM10 seorang kerana menjawab soalan yang betul.

Selain acara soal-jawab, terdapat juga acara cabutan bertuah. Ini adalah antara hadiah yang paling mewah, handphone! Tahniah En. Basid & Atie.

Kumpulan ini agak kurang bertuah sedikit kerana hanya mendapat boucer makan di Damai Seafood. Tetapi masih ok lagi sebab boleh isi perut.

Inilah meja yang paling tidak bertuah sekali kerana semuanya mendapat 'tupperware' tetapi masih boleh tersenyum. Makanan ada dibelakang itu saja, bolehlah tapau k!

Setelah perut kenyang dengan jamuan yang enak, semua bergerak pulang. Gift yang ini memang best sebab boleh letak laptop. "Back 2 School". Penulis yang datang awal dapat memilih beg bewarna merah yang hanya ada 4 unit sahaja antara 64 unit. Sorry kepada yang lain k! Tahun depan harap-harap kelab ini akan dapat buat yang lagi happening! Adios!

IKLAN : Tempahan fotografi perkahwinan dibuka sekarang! Layari www.nahamphoto.com atau hubungi 013-744 3734