Ahad, 1 Februari 2009

Tugasan Mengajar

Sejak 2 bulan yang lepas, penulis telah mengajar 2 kursus berturut-turut. Bermula dengan Kursus Pembinaan Blog pada Disember dan semalam (Sabtu) mengajar Kursus Asas Fotografi pula. Pada bulan 2 ini, kemungkinan penulis akan mengajar Kursus Pembinaan Blog untuk sesi ke-2. Ya! Begitu banyak nombor 2 sehinggakan pandangan mata penulis sekarang terhadap huruf pun nampak seperti 2.

Kepenatan mata & badan ketika ini memang tidak dapat dihuraikan dengan kata-kata. Namun semua itu tugas yang harus dilakukan untuk menampung kehidupan di zaman ekonomi yang merundum ini. Tugas yang dapat dilaksanakan dengan baik sudah cukup memuaskan hati penulis. Segala penat lelah, bersengkang mata siang dan malam akhirnya berbaloi juga. Berkat kesabaran & keazaman yang teguh.

Sesi Kursus Asas Fotografi anjuran NahamPhoto semalam boleh dianggap berjaya. Majlis berjalan lancar tanpa masalah. Pengisian juga dapat dilaksanakan mengikut masa yang dirancang. Pengalaman menganjurkan kursus ini amat bermakna sekali. Ternyatakan apa juga perkara yang dirancang dengan teliti, akan memberikan hasil yang baik. Hanya Tuhan sahaja yang dapat mengubahnya.

Gambar Na'wa semasa menemani ayahnya berkursus tempohari. Habis semua ahli keluarga ada disitu memberikan perangsang & semangat.

KLIK DISINI untuk gambar Kursus Asas Fotografi (Digital) NahamPhoto.

IKLAN : Tempahan fotografi perkahwinan dibuka sekarang! Layari www.nahamphoto.com atau hubungi 013-744 3734

Tiada ulasan: