Jumaat, 20 Februari 2009

Blog Tiada Keperluan?

Penulis agak kecewa apabila terdengar kata-kata orang yang blog itu tiada keperluan & kepentingan. Ramai pula yang mengatakan blog hanya untuk catatan peribadi & tidak sesuai untuk perniagaan atau sesebuah organisasi. Ada segelintir juga yang mengatakan blog sekadar ruang untuk menyebarkan maklumat-maklumat palsu dan juga hasutan kepada mereka diluar sana.

Persoalan untuk anda, bagaimana agaknya makcik-makcik dikampung mempromosikan jualan kain batik ke luar negara? Bagaimana pula ramai anak melayu seperti Azizi Ali & Irfan Khairi sudah menjadi jutawan sekarang? Akhir sekali bagaimana orang bijak pandai seperti Tun Mahathir dapat memberi pendapat sedangkan dalam berita yang anda lihat setiap malam tidak keluar sedikit pun apa yang dia nyatakan?

Tidak perlulah penulis nyatakan bagaimana mereka lakukan jika tajuk posting diatas anda telah mengatakan 'Ya'. Anda akan membuang masa jika membaca isi-isi yang akan penulis nyatakan dibawah nanti. Anda boleh teruskan membaca e-mail, berchatting menggunakan YM atau melayari laman-laman artis atau luc** kegemaran anda. Atau tutup sahaja tetingkap Mozilla atau Internet Exlorer anda dan jangan layari internet lagi.

Buku yang penulis beli & baca dimana banyak info-info yang menarik mengenai blog. (rahsiablogger.com)

Maaf jika penulis agak kasar dalam penulisan kali ini. Penulis sekadar ingin menerangkan yang internet bukan sekadar mengantar e-mail, berchatting atau melihat....(anda sudah dewasa kan?). Internet sangat luas penggunaannya dan salah satunya adalah BLOG. Wujudnya blog telah memudahkan ramai pengguna dalam mempromosikan perniagaan, berkongsi maklumat & pelbagai perkara lagi (selagi mereka menggunakannya dengan baik).

Blog boleh digunakan oleh pelbagai golongan. Contohnya seorang Pegawai disalah sebuah organisasi. Mereka boleh mewujudkan blog mereka untuk berkongsi maklumat berkenaan kerja mereka atau membuat rekod tentang tugas harian yang dilakukan. Mungkin anda persoalkan, lebih mudah menggunakan YM. Ya, betul, tetapi YM memerlukan rakan anda turut sama online pada ketika itu. Bagaimana pula jika mereka tidak online?

Anda akan kata, "Saya akan gunakan email". Ya, betul, tetapi bagaimana pula jika fail yang anda ingin hantar itu terlalu besar saiznya sehingga ruang mailbox rakan anda tidak mencukupi. Bagaimana pula jika rakan anda tidak mempunyai email atau emailnya yang anda simpan sudah tidak aktif lagi? Anda akan kata pula, "Saya akan buat laman web sendiri". Tahukah anda tentang Frontpage? Dreamweaver? Domain? FTP? Hosting? MySQL?

Salah satu contoh blog mengenai syarikat yang ada dalam internet. Adakah salah jika staf mendapat informasi daripada blog ini?

Tidak perlulah saya nyatakan apa KAEDAH yang paling mudah dapat anda lakukan jika anda berkata 'Ya' kepada tajuk posting ini. Contoh diatas hanyalah satu contoh paling mudah yang boleh dilakukan oleh blog. Sebenarnya banyak lagi yang boleh anda lakukan seperti makluman seorang Pengarah kepada staf-staf bawahannya, dimana dia sedang bertugas menggunakan twitter (anda boleh kemaskini hanya melalui sms), menyebarkan berita dan lain-lain.

Didalam internet, terdapat banyak laman dan blog yang menyediakan tips-tips blogger dan perkhidmatan seperti kursus dan bengkel untuk perniagaan internet menggunakan blog dimana ia sangat baik untuk dipelajari oleh segenap individu. Didalam organisasi contohnya, penulis tidak nampak keperluan kursus seperti 'solekan' diperlukan (mungkin untuk menggoda bos barangkali...) lebih daripada mengikuti kursus membuat blog.

Rumusanya, penggunaan blog bergantung kepada kebijaksanaan pentadbirnya tidak kira antara pensyarah dengan penuntut, guru dengan pelajar & staf dengan pelanggan. Jika mereka bijak menggunakan blog, mereka boleh maju dengan lebih jauh kerana dalam zaman IT ini, teknologi harus digunakan sepenuhnya. Jika tidak, anda boleh putarkan jam anda dan kembali pada zaman menggunakan mesin taip & kertas karbon.

Anda boleh membaca lagi tentang blog DISINI.

IKLAN :

7 ulasan:

filanastasia berkata...

mr harris : salam ziarah.. memang benar dgn apa yg diutarakan.. mungkin saja mereka yg mengatakan 'ya' pada tajuk post anda tuh,.. kurang pendedahan barangkali.. mereka mungkin kurang alert dengan kebaikan yg boleh disampaikan melalui blog..

oldtechie berkata...

Susahlah orang macam ni Reds...., tapi takpe! Kita akan tunjukkan yang terbaik pada 25 & 26 hb nanti! Jangan kecewa Reds! Kita yang bakal menyedarkan mereka! Sekurang-kurangnya ITPYPJ dah nampak benda2 ni...... Terima kasih pada Reds yang mengajar kita meluahkan idea dan inovasi kita melalui blog..... Hidup Reds!!!!

Norazman M.N. berkata...

Salam REDS, I really like your point of view. Yes, blog is one of the right way to express yourself, ideas, innovations and creativity. It depends on how we utilise it. It will be okay when the technology is use wisely. Don't misuse it....

For me, don't bother the misconception of blog. Keep on blogging REDS....express yourself for the betterment of your organization.

Wassalam

Reds berkata...

filanastasia: Salam kembali...terima kasih atas ziarah anda...betul kata anda, masih ramai yang buta teknologi...

oldtechie : terima kasih atas sokongan yg tak berbelah bagi...sememangnya kita akan buat yg terbaik nanti..dan akan menutup mulut mereka...

Norazman M.N : Tq Abg Long, i will keep on blogging whatever they want to say...

fiza berkata...

dh bagi nama nak join...tp je reject :( sian kan...

fadh berkata...

Mereka2 yang kata camni, ibarat katak bawah tempurung reds!

Sekarang ni komunikasi di hujung jari. Macam2 bleh buat dengan Blog nih. Bukan sekadar catatan penulis semata.

Sekiranya kite pandai menjana duit daripada blog, kite buat laa blog perniagaan. Kalau kite pandai masak dan nak kongsi resepi dengan pembaca lain, kite boh laa resepi dan begitulah seterusnya kan!

Lagipun, disamping kite berblog, kite leh letakkan advertise dr iklan2 dalam atau luar negara dan we'll be paid. Laki aku nye akaun pun dah nak cecah ribu gak dengan displaykan iklan mereka di blog dia.

Yang banyak bunyi tuh maybe kurang pendedahan. Anggap laa mereka tu belum cukup ilmu tentang IT.

Hehe.. cam haram tak statement akhir tuh?

Reds berkata...

fiza: kesian tul...'mereka' telah menghalang kau dr menimba ilmu yg baik..

fadh: betullah fadh...'mereka' tak tahu betapa powernya blog ni...guna untuk 'benda' lain tau lak...terpulanglah statement kau camna hehe...masing2 punya pendapat...