Selasa, 28 Jun 2016


Kepada lepasan SPM/STPM yang belum ke mana-mana IPTS/ITPA boleh memohon secara online ke Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) di laman web www.tinyurl.com/jomkypj. Pelbagai kursus diploma dan kemahiran ditawarkan! Pengambilan setiap Disember/Januari dan Jun/Julai setiap tahun. Daftar sekarang! www.tinyurl.com/jomkypj. Mohon untuk sebar-sebarkan...

Sabtu, 22 September 2012

Sudahkan Anda Mempunyai Akaun LinkedIn?



LinkedIn merupakan satu lagi media sosial penting masa kini yang mana digunakan untuk meluaskan rangkaian terutama untuk mencari pekerjaan atau untuk perniagaan. Lebih dari 175 juta profesional menggunakan LinkedIn untuk bertukar maklumat, pendapat dan peluang. Antara kelebihan LinkedIn adalah dapat mengawal indentiti professional anda (resume) secara online selain memperoleh pengetahuan yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda. Anda juga boleh cuba mendaftar LinkedIn secara percuma sekarang!


*p/s - Jangan lupa menambah penulis dalam rangkaian anda selepas mendaftar ok! Klik saja my.linkedin.com/in/harrisfadzilah

Selasa, 11 September 2012

Antara Fenomena Gangnam Style dan Berkongsi Maklumat


Rasanya ramai yang tahu tentang video Gangnam Style dari Korea yang menjadi fenomena zaman sekarang. Semua orang berkatakan tentang lagu tersebut dilaman-laman blog dan media sosial. Di radio dan di merata pasaraya-pasaraya semua memutarkan lagu tersebut. Apa yang istimewa sangat tentang video yang telah ditonton oleh lebih 130 juta penonton tersebut? Sebenarnya penulis bukan ingin memfokuskan tentang video Gangnam Style ini tetapi mengenai perkongsian maklumat.

Pada pemerhatian penulis, zaman revolusi media sosial yang semakin mudah ini menyebabkan kita mudah untuk berkongsi maklumat. Tetapi malangnya kita tidak menyelidik dulu maklumat yang hendak dikongsi itu. Adakah maklumat tersebut benar atau tidak semuanya seperti dipandang mudah oleh pengguna media sosial. Ada saja gambar atau ulasan dari seseorang, kita akan mudah percaya dan terus klik butang kongsi tanda menyelidik dengan teliti pengisian maklumat tersebut.


 Kita boleh berfikir & mengkaji dengan lebih dalam. Antaranya rujukan dengan mereka yang lebih arif.

Sudah menjadi trend bila ada sesuatu fenomena sahaja seperti contoh Gangnam Style, mesti akan ada orang mengatakan yang ianya menghina agama atau sebagainya. Bila ada fenomena seperti produk atau nama yang meletup-letup, akan ada pula yang post produk ni diperbuat dari bahan yang tidak halal. Belum lagi masuk bab-bab politik. Apa yang penulis ingin sampaikan disini adalah, sebagai pengguna yang bijak kita mesti berfikir dengan baik sebelum menilai sesuatu maklumat yang disebarkan.

Penulis bukannya ingin menentang nilai-nilai keagamaan atau perkara yang baik apatah lagi menyokong video Gangnam Style tersebut. Apa yang penulis ingin ingatkan disini, maklumat yang disampaikan mungkin ada niat jahat disebaliknya seperti ingin mempersendakan agama, menggugat keharmonian bangsa atau sengaja untuk menaikkan trafik blog atau LIKE fan page masing-masing. Ini kerana cerita-cerita sensasi seperti itu mudah untuk orang klik, like dan baca. Termasuk entry yang penulis buat ini :)

*nota : Rumusan yang lebih serius, penulis tak menyokong mana-mana pihak tetapi kita perlu melihat lebih dari apa yang orang nyatakan. Berfikir diluar kotak baik buruk sesuatu maklumat itu disebarkan. Ataupun dengar nasihat dari mereka yang lebih tinggi ilmunya seperti ustaz & ahli akademik. Wallahualam.

Posting lain yang berkenaan perkongsian maklumat : http://www.harrisfadzilah.com/2012/05/4-etika-dalam-menulis-dan-berkongsi.html

Khamis, 30 Ogos 2012

Laman Web E-Dagang Love That Shawl Dilancarkan!



Alhamdulillah setelah beberapa bulan belajar dan membangunkan laman web ini akhirnya dapat disiapkan menjelang Syawal tempohari. Berkat kesungguhan mengharungi pelbagai pahit jerih cabaran kini telah berjaya membuahkan hasil. Penulis dengan ini melancarkan laman web rasmi Love That Shawl dengan alamat www.lovethatshawl.com. Masih lagi dalam peringkat percubaan tetapi sistem telah berjalan dengan baik dan pengguna sudah boleh mendaftar sebagai pembeli secara PERCUMA! Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Love That Shawl kerana memberi kepercayaan kepada saya membangunkan laman web ini.

*p/s - Akan meneruskan projek seterusnya. Apakah ia? Tunggu...

Rabu, 11 Julai 2012

Menilai Pencapaian Laman Web & Blog Anda Menggunakan Alexa.com

Sejauh mana pencapaian laman web atau blog anda setakat ini? Adakah anda tau berapa ramai pelawat yang mengunjung laman anda? Apakah kata carian yang paling popular dalam laman anda? Adakah laman anda termasuk dalam ranking dunia? Semuanya boleh dilihat melalui laman web alexa.com. Alexa adalah laman web yang mengira ranking laman-laman yang ada diinternet berdasarkan trafik, kata carian dan backlink yang dibuat. Masuk ke laman alexa.com, masukkan url laman web atau blog anda dan klik search. Cuba lihat adakah laman anda mencapai apa yang anda inginkan?



Jika anda mempunyai trafik yang baik dalam Malaysia, akan terdapat juga nombor ranking dibahagian tulisan 'No regional data' seperti gambarajah diatas. 'Site Linking In' bermaksud jumlah pautan laman anda yang ada diletakkan dalam laman-laman orang lain. Anda boleh juga meihat kata carian popular yang ada dalam laman anda dengan klik butang 'Get Details'. Semoga berjaya!

Selasa, 26 Jun 2012

Berehat Seketika Dari Menulis Blog Sempena Ramadan & Aidilfitri


Assalamualaikum semua pembaca! Disini penulis ingin umumkan yang blog ini mungkin kekurangan posting dalam bulan Julai & Ogos kerana penulis menumpukan kepada pembangunan satu laman web e-dagang iaitu www.lovethatshawl.com. Penulis juga akan sibuk dengan urusan bisnes dibulan Ramadan dan menyambut hari raya nanti. Tetapi jika ada kesempatan dan idea, penulis akan cuba masukkan juga posting baru untuk usahawan internet diluar sana. Mungkin pada posting-posting akan datang penulis kongsikan bagaimana untuk membangunkan laman web e-dagang yang mudah menggunakan Open Cart. Teruskan bersama penulis!

Selasa, 19 Jun 2012

Pertempuran Samsung & Apple. Android vs IOS

Jika anda membaca Mingguan Malaysia Ahad lepas, pasti anda ada terbaca tentang artikel ini dalam ruangan Tekno. Persoalan anda mengenai mana yang lebih bagus antara Samsung & Apple mungkin akan terjawab dengan membaca artikel ini;


Dua syarikat telekomunikasi gergasi Samsung Electronics Co. dan Apple Inc. kini berlumba-lumba memberikan yang terbaik untuk memikat hati pelanggan.

Masing-masing menawarkan keluarga peranti dengan menggunakan platform berbeza dan kaedah pemasaran yang menarik.

Persoalannya siapakah akan kekal memegang takhta untuk tahun-tahun akan datang?

Seperti diketahui, Apple hanya mengeluarkan satu telefon pintar dan satu tablet setiap tahun selain menggunakan platform yang dibangunkan sendiri secara dalaman.

Perkara ini memberikan Apple lebih kawalan dan pada masa sama mengoptimumkan peranti mereka dengan menyeluruh bagi telefon pintar dan juga tabletnya sendiri.

Populariti iPhone dan juga iPad amat meluas, sehingga memberikan tekanan kepada pelbagai pengeluar peranti yang lain.

Samsung pula menggunakan strategi berbeza dalam mengukuhkan kedudukannya dalam arena industri peranti mudah-alih.

Samsung mempunyai pelbagai jenis tawaran peranti, memfokuskan bukan sahaja pada peranti dengan spesifikasi tinggi bahkan spesifikasi rendah bagi membolehkan semua pihak memiliki telefon pintar.

Ia menggunakan pelbagai platform termasuk BadaOS, Android, Windows Phone dan akan datang - Tizen. Kini Android amat popular berbanding yang lain.

Kedua-dua gergasi semakin popular dari hari ke hari, masing-masing mempunyai penyokong tersendiri.

Selain perang antara peminat, kedua-dua gergasi ini sering bertemu di mahkamah melibatkan beberapa kes saman.

Sekali lagi persoalannya, siapakah yang akan memenangi persaingan ini? Atau adakah kedua-duanya akan kekal sebagai dua nama besar dalam industri peranti mudah-alih dunia?

Apple dan Samsung seharusnya jelas bahawa industri telefon pintar semakin terbahagi kepada ada atau tidak.

Kedua-dua syarikat dijangka melaporkan rekod pendapatan masing-masing untuk tempoh tiga bulan pertama tahun ini, sebahagian besarnya hasil kekuatan jualan telefon pintar.

Tidak syak lagi, kedua-dua syarikat gergasi ini berjaya menguasai hampir separuh pasaran telefon pintar, meninggalkan pesaing lain seperti Nokia Corp., HTC Corp. dan Research In Motion Ltd. (BlackBerry).

Apple dan Samsung, musuh dari dua benua berjaya menggunakan ‘senjata’ yang sangat berbeza.

Apple, syarikat yang paling berharga di dunia, menjual hanya satu telefon iaitu iPhone.

Syarikat Cupertino, California, menekankan reka bentuk dan keuntungan ke atas jualan, selain banyak melabur dalam jenama pengguna dan kedai-kedai runcit yang dikawal ketat.

Syarikat berkenaan mendapat faedah daripada ekosistem perisian dan aplikasi yang kukuh.

Sementara itu, Samsung adalah syarikat teknologi terbesar di dunia mengikut skala perolehan tahun lepas.

Syarikat Korea Selatan ini cepat belajar, membuat pertaruhan dengan mewujudkan versi pelbagai produk seperti telefon pintar Galaxy untuk memenuhi citarasa pengguna. Ia memaksimumkan keuntungan dengan mengawal pengeluaran sendiri.

Samsung membuktikan ia mampu untuk terus mara dengan pelbagai model daripada yang ringkas kepada paling canggih seperti Galaxy Notes dan Samsung Tab.

Pasaran

Menurut firma penyelidikan International Data Corporation (IDC), Apple dan Samsung masing-masing hampir menguasai 25 peratus pasaran global bagi telefon pintar yang dianggarkan mencapai AS$219 bilion dalam jualan tahun ini.

Bahagian pasaran Apple mencapai 23.5 peratus, meningkat 16 peratus berbanding akhir 2010.

Samsung pula memegang 22.8 peratus daripada pasaran suku yang sama, meningkat daripada 9.4 peratus.

Sebuah firma penyelidikan pasaran yang berpangkalan di London, Strategy Analytics melaporkan, gabungan Apple dan Samsung bakal merebut 91 peratus daripada keuntungan operasi semua pembuat telefon bimbit pada suku keempat.

“Pada peringkat ini, ia tidak kelihatan seperti kedua-duanya akan beralah," kata seorang penganalisis teknologi di Credit Suisse di Hong Kong, Manish Kaun.

Perjuangan untuk menjadi yang terbaik mencetuskan pertempuran antara Apple dan Samsung.

Pada April tahun lalu, Apple menyaman Samsung kerana paten reka bentuk dan telefon pintar.

Samsung menyerang balas dan pertempuran undang-undang mereka merebak ke mahkamah di sembilan buah negara.

Bekerjasama

Bagaimanapun kedua-dua gergasi juga telah belajar untuk bekerjasama antara satu sama lain.

Apple adalah pelanggan terbesar bagi bahagian komponen Samsung yang membuat skrin paparan dan cip.

Pertempuran dalam perundangan tidak memperlahankan jualan atau prestasi kewangan syarikat masing-masing.

Kedua-duanya, Apple dan Samsung enggan mengulas mengenainya.

"Ia tidak akan menjadi perlumbaan dua gergasi selama-lamanya," kata Ketua Penyelidikan bagi Bank Pelaburan Rutberg & Co, Rajeev Chand.

Beliau mencatatkan bahawa pemain yang lebih kecil seperti pembuat peralatan telekomunikasi, Huawei Technologies Co. bakal berkembang walaupun pada skala kecil.

“Industri telefon telah dicorakkan dengan kitaran produk yang bergerak pantas dan jika satu kitaran terlepas, menyebabkannya tergelincir.

"Industri ini bergerak dalam kitaran di mana beberapa syarikat menguasai beberapa ketika dan kemudian diganti dengan yang lain," kata Pengarah Eksekutif di Strategy Analytics, Neil Mawston.

"Pada tahun 1980-an, Motorola menerajui pasaran telefon bimbit, diikuti Ericsson dan menjelang 2000 Nokia mengunggulinya. Kini, masa Apple dan Samsung."

Pemain industri berkenaan sedang mengambil langkah berjaga-jaga untuk bertindak balas terhadap peningkatan penguasaan kedua-dua syarikat.

Momentum Samsung semakin menarik dengan penganalisis menjangkakan syarikat berkenaan, bergantung sepenuhnya kepada telefon yang dijana oleh perisian Android Google Inc., untuk menggandakan bilangan penjualan telefon pintar tahun ini.

Berdasarkan maklumat IDC, tahun lepas, Samsung menjual 94 juta unit berbanding 93.2 juta unit Apple.

Samsung telah dapat merebut pasaran pengganti Nokia dengan membawa pelbagai sistem operasi dan apabila muncul Android dengan meletakkan lebih banyak aplikasi yang menggunakan perisian berkenaan.

Samsung menggunakan strategi yang sama apabila produk elektronik yang lain, seperti televisyen dan pemain DVD melalui peralihan teknologi.

Samsung juga telah mendapat manfaat daripada keinginan menawarkan alternatif kepada iPhone, memberikan mereka lebih banyak produk untuk dipamerkan di kedai dalam beberapa kategori harga.

Seperti Apple, skala Samsung membolehkan ia membayar harga yang lebih rendah bagi komponen daripada pesaing.

Samsung telah mencipta lima peringkat telefon berasaskan Android yang dibezakan oleh harga dan ciri-ciri dengan setiap satunya mempunyai kelebihan tersendiri.

Sumber dari SINI.

Selasa, 12 Jun 2012

Kepentingan Menulis Bagi Usahawan Internet (Pengalaman Sendiri)


Menulis mungkin merupakan satu perkara yang kita tak biasa buat atau tidak berapa mahir untuk melakukannya. Namun menulis merupakan satu perkara yang banyak memberi manfaat. Tidak kira sesiapa pun, mereka perlu menulis sekurang-kurangnya diari sendiri ataupun mencatat pembelanjaan harian. Bagi usahawan internet pula, menulis merupakan salah satu kemahiran yang perlu ada kerana majoriti mereka menggunakan platform internet yang mana pelanggan membaca & melihat. Oleh itu, mereka perlu menulis untuk membuat perancangan, promosi dan sebagainya.

Berikut penulis kongsikan beberapa perkara yang penulis lakukan mengenai penulisan dalam kehidupan seharian;

1) Menulis perancangan tahunan dalam planner

Ini telah lama penulis praktikkan dimana penulis akan membeli sebuah planner yang ada ruangan bulanan satu muka penuh dan juga tahunan satu muka penuh. Pada setiap penghujung tahun, penulis akan membuat perancangan tahunan untuk tahun seterusnya.

2) Menulis petancangan bulanan dalam planner

Setelah membuat perancangan tahunan, setiap hujung bulan, penulis akan menyenaraikan tugas-tugas yang perlu dilakukan dalam bulan akan datang. Ini termasuklah jadual untuk mengemaskini blog dan menaip e-book (jika ada).

3) Menulis keutamaan (priority) tugas yang disenaraikan

Jika sudah menyenaraikan tugas, adalah penting untuk menetapkan kepentingan tugas mana yang perlu dilakukan dahulu dan mana yang perlu dilakukan kemudian. Ini bagi memastikan tugas penting tidak ketinggalan dan akan selesai dengan cepat.

4) Menulis idea 'on the spot' dalam buku catitan

Kadangkala penulis mendapat idea secara tiba-tiba dan idea tersebut tidak dibiarkan begitu saja. Penulis akan membuat catitan dalam satu buku. Apabila ada masa terluang, idea tersebut akan disusun semula untuk melihat adakah ia dapat diserapkan dalam tugas-tugas utama penulis

5) Menulis perkara-perkara yang dah lepas

Ini bukanlah diari tetapi kadangkala mencatat perkara-perkara yang telah terjadi juga penting. Contohnya seperti perbelanjaan ataupun data bernombor yang mana mungkin dapat dibuat kajian atau statistik untuk kegunaan akan datang. Statistik penting dimana ia akan membantu anda membuat perancangan.

Semoga dengan perkongsian tersebut dapat memberi inspirasi kepada anda terutama usahawan internet. Sebagai orang yang menggunakan teknologi, anda bukan hanya perlu menaip blog atau status-status promosi dilaman media sosial. Tetapi menulis perancangan dan idea diluar media elektronik juga merupakan satu perkara yang penting. Latihan untuk menulis juga perlu dilakukan. Dulu penulis bukannya pandai untuk menulis tetapi rajin untuk mencari ilmu dan cuba menulis blog setiap minggu. Setelah bertahun cuba menulis, akhirnya boleh menyusun ayat walaupun tidak sehebat mana.Semoga anda juga berjaya!

Selasa, 5 Jun 2012

Adakah Blog Masih Relevan Pada Masa Kini?

Penulis selalu ditanya oleh rakan-rakan yang ingin menjalankan perniagaan internet dimana perlukah mereka membuat blog atau laman web untuk berniaga sedangkan mereka mempunyai Facebook. Pada penulis, blog dan web adalah sangat penting untuk perniagaan internet. Facebook pula akan menjadi penyokong yang kuat bagi blog dan web mereka. Berikut merupakan artikel dari mentor saya iaitu Irfan Khairi mengenai perkara ini;

Blog perniagaan adakah masih hidup atau mati ditelan media sosial yang lebih popular seperti YouTube, Twitter dan Facebook?

Kalau ditanya saya, jawapannya, blog dan blogging belum mati. Untuk perniagaan, blog masih lagi penting dan mempunyai manfaat yang tidak terdapat dalam media sosial yang lain. Antaranya:
  • Lebih fokus
    Blog adalah lebih fokus- pemilik blog perniagaan boleh memberi fokus pada mesej perniagaan apa yang ingin di sampaikan melalui blog. Bukan sahaja dari segi mesej, tetapi juga tema keseluruhan blog adalah bersaskan perniagaan yang dijalankan. Tidak seperti Facebook, di wall pemilik facebook akan terdapat berbagai-bagai mesej- dari kenalan, keluarga, perniagaan lain, dan juga pesaing sekiranya pemilik tersebut “like” laman FB pesaing. Inilah “fokus yang hilang” yang dimaksudkan.
  • Enjin pencari
    Enjin pencari seperti Google, Yahoo atau MSN suka pada laman web yang banyak maklumat dan sering dikemaskini. Blog, boleh mengoptimakan laman web kita di enjin pencari dan membawanya ke muka hadapan enjin pencari. Struktur blog dari segi programming adalah kemas- enjin pencari suka pada laman web yang mempunyai struktur yang kemas. Lakukan carian “perniagaan”, “kewangan”, “slogan perniagaan” dan banyak lagi di google… dan anda akan jumpa blog ini di muka pertama. Walaupun artikel telah ditulis bertahun-tahun lamanya!
  • Jenama sendiri
    Melalui blog, jenama sendiri dapat dibina menggunakan nama domain sendiri seperti www.irfankhairi.com. Bukan lagi menjdi satu subdomain seperti www.facebook.com/irfankhairi.fb, atau www.twitter.com/irfankhairi, atau www.youtube.com/irfanTV
Jadi, sama ada anda perlu memulakan blog atau tidak, pastinya jawapan saya adalah YA! Tak kira apa sahaja perniagaan Internet yang dijalankan, lebih banyak platform anda gunakan, lebih baik untuk perniagaan anda. Soalannya perlu atau tidak saya miliki blog, jawapannya adalah, perlu, tetapi bukan blog sahaja… malah, BLOG PERNIAGAAN, facebook perniagaan, twitter perniagaan, youtube perniagaan dan banyak lagi!

Diambil dari SINI.

Rumusannya blog atau web mempunyai kekuatan tersendiri. Sebaik-baiknya usahawan internet menumpukan lebih dari satu platform berniaga agar ia lebih mantap. Gabungan web, blog, Facebook, Youtube dan media sosial yang lain akan menguatkan lagi perniagaan anda. Pastikan anda menyediakan jadual yang baik agar semua platform yang digunakan sentiasa dikemaskini dan diuruskan dengan baik. Semoga berjaya!

Selasa, 29 Mei 2012

Untuk Nak Berjaya Perlu Mencari Mentor Yang Telah Berjaya

Topik kali ini tidak menyentuh tentang teknikal tetapi dari segi motivasi untuk menjalankan perniagaan internet. Sepertimana ramai yang tahu, dalam perniagaan antara perkara yang penting adalah pemasaran atau promosi. Perniagaan juga memerlukan kita mengikut langkah dan teknik-teknik mereka yang telah berjaya iaitu mentor. Selain itu mentor diperlukan untuk meningkatkan motivasi diri untuk terus berdaya saing dalam perniagaan. Tanpa mentor mungkin perniagaan anda sedikit pincang kerana tidak mengikut laluan yang betul.

Bagi penulis, ada 2 orang mentor yang selalu menjadi idola dalam perniagaan iaitu IRFAN KHAIRI dan DR. AZIZAN OSMAN. Banyak seminar dan bengkel yang telah disertai dan ia sangat membantu dalam menjalankan tugas seharian. Bukan sahaja dari aspek fizikal tetapi lebih penting emosi penulis dimana bekerja sendiri sangat sukar dengan pelbagai cabaran seperti gangguan orang sekeliling dan mengatur masa. Motivasi diri perlu dikekalkan selalu dengan menghadiri seminar atau membaca buku-buku mereka.

Berikut merupakan pautan 2 orang mentor penulis untuk perkongsian bersama. Mereka ada menjalankan seminar dan bengkel dalam masa terdekat  ini. Jadi boleh lah lawati dan mana tahu ia akan mengubah nasib perniagaan anda pada masa akan datang.

IRFAN KHAIRI
DR. AZIZAN OSMAN

Jika anda suka artikel ini, sila kongsikan ke media sosial seperti dibawah;