Selasa, 11 September 2012

Antara Fenomena Gangnam Style dan Berkongsi Maklumat


Rasanya ramai yang tahu tentang video Gangnam Style dari Korea yang menjadi fenomena zaman sekarang. Semua orang berkatakan tentang lagu tersebut dilaman-laman blog dan media sosial. Di radio dan di merata pasaraya-pasaraya semua memutarkan lagu tersebut. Apa yang istimewa sangat tentang video yang telah ditonton oleh lebih 130 juta penonton tersebut? Sebenarnya penulis bukan ingin memfokuskan tentang video Gangnam Style ini tetapi mengenai perkongsian maklumat.

Pada pemerhatian penulis, zaman revolusi media sosial yang semakin mudah ini menyebabkan kita mudah untuk berkongsi maklumat. Tetapi malangnya kita tidak menyelidik dulu maklumat yang hendak dikongsi itu. Adakah maklumat tersebut benar atau tidak semuanya seperti dipandang mudah oleh pengguna media sosial. Ada saja gambar atau ulasan dari seseorang, kita akan mudah percaya dan terus klik butang kongsi tanda menyelidik dengan teliti pengisian maklumat tersebut.


 Kita boleh berfikir & mengkaji dengan lebih dalam. Antaranya rujukan dengan mereka yang lebih arif.

Sudah menjadi trend bila ada sesuatu fenomena sahaja seperti contoh Gangnam Style, mesti akan ada orang mengatakan yang ianya menghina agama atau sebagainya. Bila ada fenomena seperti produk atau nama yang meletup-letup, akan ada pula yang post produk ni diperbuat dari bahan yang tidak halal. Belum lagi masuk bab-bab politik. Apa yang penulis ingin sampaikan disini adalah, sebagai pengguna yang bijak kita mesti berfikir dengan baik sebelum menilai sesuatu maklumat yang disebarkan.

Penulis bukannya ingin menentang nilai-nilai keagamaan atau perkara yang baik apatah lagi menyokong video Gangnam Style tersebut. Apa yang penulis ingin ingatkan disini, maklumat yang disampaikan mungkin ada niat jahat disebaliknya seperti ingin mempersendakan agama, menggugat keharmonian bangsa atau sengaja untuk menaikkan trafik blog atau LIKE fan page masing-masing. Ini kerana cerita-cerita sensasi seperti itu mudah untuk orang klik, like dan baca. Termasuk entry yang penulis buat ini :)

*nota : Rumusan yang lebih serius, penulis tak menyokong mana-mana pihak tetapi kita perlu melihat lebih dari apa yang orang nyatakan. Berfikir diluar kotak baik buruk sesuatu maklumat itu disebarkan. Ataupun dengar nasihat dari mereka yang lebih tinggi ilmunya seperti ustaz & ahli akademik. Wallahualam.

Posting lain yang berkenaan perkongsian maklumat : http://www.harrisfadzilah.com/2012/05/4-etika-dalam-menulis-dan-berkongsi.html

Tiada ulasan: