Khamis, 15 Januari 2009

Kenapa Blog?

Sepertimana yang anda semua tahu, blog merupakan trend yang semakin popular digunakan sekarang. Di Malaysia sahaja terdapat berjuta-juta blog yang dicipta dan ada diantaranya mempunyai pengisian yang sangat berkualiti. Mengapa blog menjadi seolah-olah satu fenomena? Penulis akan cuba menerangkan.

Blog selalunya digunakan untuk menyatakan pendapat peribadi, huraian sesuatu isu, promosi perniagaan dan perkongsian maklumat. Tidak kira apa tujuan blog, ia merupakan satu medium yang mudah dicapai sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat. Disini penulis berikan beberapa direktori yang menyenaraikan blog-blog di Malaysia & luar negara;

1) BlogMalaysia.com - Menyenarikan blog-blog yang berdaftar dengan memaparkan ranking dan hits.

2) AllMalaysia.info - Satu lagi direktori yang popular yang memaparkan blog-blog di Malaysia beserta tips.

3) BloggerMalaysia.info - direktori ini kelihatan masih baru namun sudah mula diisi dengan blog-blog dari Malaysia.

Mengikut senarai dari laman-laman direktori diatas telah terbukti blog sangat popular di Malaysia (dan juga diluar negara). Terdapat banyak faktor yang menyebabkan pengguna internet menggunakan blog sebagai pilihan mereka seperti;

1) Kemudahan percuma - platform seperti blogger.com & wordpress.com yang percuma menyebabkan ia menjadi satu pilihan oleh pengguna internet. Mereka hanya memerlukan email untuk mendaftar dengan platform tersebut dan sekelip mata mempunyai laman blog sendiri.

2) Mudah dikemaskini - dengan mempunyai talian internet & komputer, pengguna boleh menaip posting atau mengemaskini blog dimana jua & bila-bila masa sahaja. Blog masing-masing boleh dikemaskini TANPA menggunakan perisian khas seperti frontpage & dreamweaver.

3) Informasi yang luas - setiap pengguna mempunyai pendapat, kemahiran & pengetahuan yang berbeza oleh itu blog merupakan medium yang paling mudah untuk menyatakan apa yang penulis inginkan. Selain daripada bebas menyatakan pendapat, ia turut memberi ruang kepada penulis untuk mengetahui maklumbalas pengguna lain.

4) Peluang terbuka luas - apabila blog yang boleh dicapai seluruh dunia, ia telah membuka ruang kepada pengguna untuk memperolehi pelbagai maklumat tanpa batasan. Selain itu ia juga membuka ruang yang lebih terbuka, contohnya dalam bidang perniagaan kerana ramai yang boleh mencapai informasi anda.

Di atas hanya sedikit sahaja maklumat mengenai blog yang penulis huraikan. Terdapat banyak lagi keistimewaan blog yang akan penulis terangkan dari masa ke semasa seperti menjana pendapatan & memperkenalkan diri. Oleh itu, tunggu posting dan tips-tips penulis yang akan datang mengenai blog. Jangan lupa daftar blog anda hari ini!

"Selamat berblogging!"

IKLAN : Pendaftaran Kursus Asas Fotografi (Digital) kini kurang 10 hari lagi! Keterangan lanjut layari www.nahamphoto.com/blog

4 ulasan:

AyAres151 berkata...

ada satu yang tak ditulis dan mungkin tak ramai tahu..

GENG JURNAL www.jurnal.biz
kumpulan blogger tegar sejak tahun 2000 , dimana masa itu gelaran bagi blog adalah JURNAL..'online jurnal' lebih tepat..

sehingga sekarang.. Geng Jurnal atau lebih senang di panggil GEJU masih lagi wujud dengan geng-geng yang masih aktif berblog...
termasuklah blogger2 masyur di malaysia...

Reds berkata...

Tq AyAres! Satu info baru bg sy & semua...

Saaerah berkata...

oklah posting pasal blog ni,byk dapat dipelajari.keep it on!

Reds berkata...

Tq atas sokongan tu...pasni akan ada lg tips2 & info2 menarik ttg blog...