Selasa, 20 Januari 2009

Senamrobik KPYPJ

Semalam berlangsung Majlis Perutusan CEO KPYPJ di dataran Kolej Komuniti YPJ Johor Bahru, Ungku Mohsin. Acara dimulakan dengan senamrobik yang disertai oleh lebih kurang 300 staf KPYPJ seluruh Johor. Selepas itu, majlis perutusan dilakukan dan diakhiri dengan jamuan nasi beriani yang lazat.

Senamrobik ini telah menjadi acara tahunan KPYPJ sejak 2005 lagi dan ia merupakan satu aktiviti yang menyihatkan disamping warga kerja dapat berkumpul dan bermesra antara satu sama lain. Peluang bersama dalam satu majlis ini digunakan sebaiknya memandangkan mereka bekerja didaerah yang berlainan.

Permandangan matahari terbit didataran KKJB (berlatar belakang Asrama Ungku Mohsin)

Senamrobik dimulakan

Ramai juga staf KPYPJ!

Seronok sekali-sekali lari dari kerja

Sehingga haus tapak kasut!

Sakit pinggang Haji?

Dari kiri : Mama Cool, Atie, Little Lady, En Mat & Ust Asri posing maut!

Seperti tahun-tahun sebelumnya, penulis tidak dapat mengikuti senamrobik secara serius kerana ditugaskan untuk mengambil gambar. Mungkin penulis perlu mencari waktu-waktu yang lain untuk bersenam kerana badan makin berisi. Pesta Sukan Antara Yayasan (PESAYA) pun sudah semakin hampir.

IKLAN : Pendaftaran Kursus Asas Fotografi (Digital) kini kurang 10 hari lagi! Keterangan lanjut layari www.nahamphoto.com/blog

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

seronok gaks dpt jumpe kengkawan join senamrobik...dh lama tak join last join pn masa kt kp pas tu dh tak de lagi...bile lagi nak main futsal ris...dh lama tak berlatih futsal...

Nanie Harris berkata...

Insya Allah fiza pas raya cina ni..kita start training semula...