Jumaat, 23 Januari 2009

Kelebihan Reference & Citation

Didalam penulisan blog, anda kadangkala terlihat ada nama atau teks yang bergaris atau boleh diklik untuk ke laman yang lain. Jika seseorang penulis blog itu bercerita tentang blogger yang lain, kadangkala mereka akan meletakkan URL blogger tersebut supaya pembaca yang lain boleh mencapainya.

Itu dipanggil 'reference' atau rujukan untuk laman web atau blog. Dalam era blogging ini, membuat reference seolah-olah menjadi satu etika yang harus dilakukan oleh seorang blogger. Penulis blog yang mengambil petikan posting blogger lain selalunya akan membuat reference dari mana petikan itu diambil.

Anda boleh lihat contoh didalam blog 'mencipta memori' ini, nama orang yang mempunyai blog atau laman web, penulis akan membuat reference ke blog mereka. Ini juga salah satu kaedah untuk mempromosikan blog mereka. Didalam penulisan jurnal, rujukan yang kita ambil untuk membuat kajian kita dipanggil 'citation'.

Apa itu citation? Mengikut wikipedia, "A citation is a reference to a source (not always the original source), published or unpublished. A bibliographic citation is a reference to a book, article, web page, or other published item. Citations of both types should supply sufficient detail to identify the item uniquely".

Referer.org adalah aplikasi yang penulis gunakan untuk melihat siapa yang referring blog mencipta memori.

Reference & citation memberikan lebih banyak ruang kepada pembaca lain untuk mengetahui kewujudan blog anda. Bayangkan kalau ada 10 blog yang membuat reference ke blog anda, 10 orang pembaca setiap blog tersebut pula telah klik pautan tersebut, anda telah mendapat pembaca seramai 100 orang!

Oleh itu, kepada semua bloggers, jangan terlalu kedekut atau malas untuk membuat reference kepada mereka yang sepatutnya anda buat. Anda tidak akan rugi apa-apa. Melalui reference inilah orang lain akan dapat mencapai blog mereka dan ia mungkin terjadi kepada blog anda juga. Selamat berblogging!

IKLAN : Pendaftaran Kursus Asas Fotografi (Digital) kini kurang 10 hari lagi! Keterangan lanjut layari www.nahamphoto.com/blog

Tiada ulasan: