Sabtu, 10 Januari 2009

Peranan Bloggers Atas Palestin


Pada malam hari, janganlah kita hanya duduk dikerusi malas sambil menonton rancangan-rancangan hiburan sedangkan disana ada orang yang sedang meratapi kematian keluarganya. Malam tadi penulis telah melihat siaran Blog@1 di TV1 dimana pengacara rancangan itu menemuramah blogger yang terkenal di Malaysia iaitu Y.A.B Tun Mahathir Mohamad. Didalam rancangan tersebut Tun banyak ditanya mengenai isu Palestin.

Apa yang menarik perhatian adalah, terdapat ramai bloggers di Malaysia yang memberikan respon. Kewujudan bloggers di Malaysia merupakan satu trend yang baik dimana pendapat & idea boleh disampaikan dengan lebih terbuka (seluruh dunia). Selain itu bloggers juga boleh memainkan peranan yang besar dalam menangani isu-isu semasa seperti di Palestin sekarang. Apa yang boleh dilakukan oleh bloggers di Malaysia dalam isu ini?

Antaranya yang boleh kita lakukan adalah menyampaikan maklumat-maklumat yang boleh dibaca oleh rakan, keluarga dan pembaca diseluruh dunia seperti;

1) Memboikot produk-produk Israel & Amerika
2) Menderma kepada tabung Palestin (Maybank: Fund for Gaza, 514105-320501)
3) Mendoakan kepada rakyat Palestin (Bacalah surah Al-Fil atau Qunut Nazilah)

Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh kita lakukan yang memerlukan kajian anda sendiri. Oleh itu janganlah kita hanya berdiam diri dan hanya melihat sahaja berita di televisyen. Anda samada bloggers atau pembaca perlu melakukan sesuatu supaya dapat turut membantu mereka disana secara langsung atau sebaliknya. Sampaikanlah pesanan walaupun hanya sepotong ayat.

*p/s - Salah satu sebab penulis berpindah ke blogspot adalah kerana fotopages berpusat di Israel.

IKLAN : Pendaftaran Kursus Asas Fotografi (Digital) kini kurang 10 hari lagi! Keterangan lanjut layari www.nahamphoto.com/blog

2 ulasan:

artakus berkata...

mampukah kita memboikot keseluruhan produk diorang ni? banyak tuuuuh!!! T_T

Reds berkata...

Tepuk dada tanya iman...