Ahad, 18 Januari 2009

Pencapaian Tahun 2008

Rasanya belum terlambat untuk berkongsi dengan semua apa yang telah dicapai oleh penulis sepanjang tahun 2008. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun lepas penulis langsung tidak berkesempatan menghantar gambar ke mana-mana majalah mahupun pertandingan fotografi. Mungkin kerana menumpukan kepada kerja azali dan perancangan bisnes untuk NahamPhoto.

Berikut antara pencapaian tahun 2008;

1) Gambar di suratkhabar Utusan, 18 April 2008 - Ini adalah gambar yang penulis ambil sempena lawatan Exco Pelajaran Johor ke KPYPJ. Terima kasih kepada En. Zaid Zain.


2) Gambar di Bulletin KPYPJ 2008 - Banyak gambar-gambar yang penulis ambil telah dipilih untuk bulletin kali ini. Ini termasuklah gambar semasa Forum Perdana Ehwal Islam di KIJ dan Majlis Menandatangani MOA/MOU dengan UMS & UMP di Persada Johor.


3) Laman Web Rasmi NahamPhoto - Setelah membuat perancangan yang rapi & perbincangan selama 3 bulan, akhirnya penulis berjaya membangunkan laman web rasmi NahamPhoto. Selain laman web, blog & forum NahamPhoto turut dibangunkan. Terima kasih kepada web designer & semua yang terlibat.


4) Gambar di kalendar KPYPJ 2009 - Beberapa gambar tahun 2008 telah menghiasi kalendar rasmi KPYPJ.


Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua yang menyokong karya penulis selama ini. Pada tahun ini, penulis berharap dapat menyertai pertandingan-pertandingan fotografi yang ada, menghantar gambar-gambar terpilih di majalah serta mendalami kemahiran-kemahiran dalam dunia blog & internet. Ini adalah untuk menimba banyak lagi pengalaman dan terus belajar dalam ilmu fotografi & internet.

IKLAN : Pendaftaran Kursus Asas Fotografi (Digital) kini kurang 10 hari lagi! Keterangan lanjut layari www.nahamphoto.com/blog

Tiada ulasan: