Rabu, 28 Januari 2009

Follower Atau Pengikut

Assalamualaikum semua, setelah beberapa hari menyepi kerana bercuti, kini penulis berpeluang memberikan sedikit informasi & tips mengenai blog. Jika anda perhatikan, blogger.com telah menyediakan satu widget khas iaitu 'FOLLOWER' dimana ia akan menyenaraikan blogger-blogger yang mengikuti perkembangan blog anda. Follower atau Pengikut adalah satu cara memaparkan peminat yang selalu membaca blog anda.


Anda boleh menambah widget ini dengan klik add widget dalam ruangan layout anda. Anda akan lihat paparan seperti diatas. Seterusnya anda letakkan widget ini dimana-mana yang anda suka. Jika anda belum mempunyai pengikut, ia hanya memaparkan pautan untuk memudahkan pembaca klik supaya menjadi pengikut anda yang pertama. Jika anda mempunyai pengikut, ia akan menyenaraikan blogger-blogger yang selalu membaca blog anda.


Anda juga boleh mengikuti mana-mana blog yang anda minati dengan klik pautan yang disediakan di blog tersebut (contoh seperti gambar diatas) atau tambah secara manual diruangan 'dashboard' blog anda. Apabila anda menjadi pengikut kepada blog tertentu, semua update blog itu akan dipaparkan diruangan 'dashboard' anda. Ini memudahkan anda membaca posting-posting terkini daripada mereka.


Oleh itu, jangan lupa tambahkan widget follower @ pengikut di blog anda sekarang! Mana tahu anda akan mempunyai ramai pengikut yang mengikuti blog anda. Antara blog yang saya minati dan mempunyai ramai pengikut adalah blog BUDU & BELACAN yang mempunyai lebih daripada 500 pengikut. Tetapi pesanan penulis, ikutilah blog yang betul-betul anda baca, jangan jadi manusia yang hipokrit! :) Happy blogging!

IKLAN : Tempahan fotografi perkahwinan dibuka sekarang! Layari www.nahamphoto.com atau hubungi 013-744 3734

Tiada ulasan: