Khamis, 12 Jun 2008

Apakah Konsol Permainan Video Pertama Anda?

Petang tadi terbaca satu artikel mengenai Leonardo DiCaprio akan membintangi filem Atari. Bila terlihat perkataan Atari tu teringat pula zaman-zaman kanak-kanak dahulu. Mungkin remaja-remaja sekarang tidak tahu apa atari itu. Atari merupakan antara konsol permainan video game yang pertama diwujudkan dan menimbulkan satu fenomena pada tahun 1980an.

Secara tiba-tiba teringat ketika darjah 4, dimana penulis sanggup menyimpan wang belanja sekolah sedikit demi sedikit untuk membeli konsol game Nintendo. Harganya pada ketika itu hanyalah RM50 sahaja tetapi chip gamenya (berbentuk petak) kadangkala mencapai harga hingga RM200 (dulu tak pakai CD dan kurang cetak rompak).

konsol atariInilah sebijik rupa konsol game Nintendo yang dibeli dengan harga RM50 satu ketika dulu.

Apabila hendak bermainnya terpaksa ke rumah tok di Selancar kerana takut di marahi oleh emak & abah. Alasannya, warna TV akan rosak. Game yang paling popular ketika itu tak lain tak bukan Super Mario Bros., Contra, Tetris & bolasepak (antara winning eleven keluaran konami yang terawal). Pasti anda semua yang satu generasi mengenali nama game-game ini.

super marioSuper Mario mencipta satu fenomena luar biasa dalam sejarah permainan video sejak dulu hingga kini.

Kini zaman dah berubah. Kanak-kanak lebih mengenali Playstation & Xbox. Game dijual merata-rata dengan CD atau DVD yang murah. Generasi game pula semakin berkembang dengan wujudnya konsol game third generation seperti Nintendo Wii (kawalan game pada TV akan bergerak apabila anda menggoyang atau menghayun alatnya).

Apakah pula konsol permainan video pertama anda?

Tiada ulasan: