Semalam Na'wa bertemu emaknya. Dia bermanja seperti biasa namum ketika hendak pulang, dia menangis sekuatnya sehingga sampai ke rumah. Isteri tenang sahaja namum kehilatan emak mengesat airmatanya. Sedih kerana melihat anak yang tidak mahu berpisah dengan ibunya. Namun ia harus ditempuh jua walaupun hati turut merasa sebak. Segalanya ku terima. Pagi tadi emak pulang ke Endau & Na'wa pula berjalan bersama Uminya (Kak Ngah).
Isteri akan dibedah pada khamis ini iaitu 5 Jun 2008. Walaupun sedih kerana anak pertama juga menjalani pembedahan dahulu namun ia harus diterima dengan redha. Hati kadang-kadang rungsing kerana ada yang mengatakan selalunya kalau anak ketiga nanti dibedah juga, anak itu selalunya akan mengalami 'kekurangan' & kami perlu berhenti mendapatkan anak. Adakah hati ini sanggup untuk menimang anak lagi? Sanggupkah ku menerima?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan