Dua tempat yang sangat bermakna bagi penulis. Dua tempat ini adalah tempat dibesarkan, tempat bermain, tempat jatuh lagi dikenang & berbagai lagi. Selendang 3 adalah Felda di Kuala Rompin, Pahang dimana tempat bapa bekerja sebagai pemandu. Tempatnya jauh dari bandar dan lokasinya didalam hutan rimba. Manakala Selancar adalah kampung halaman datuk disebelah ibu juga dalam daerah Kuala Rompin, Pahang. Kami sekeluarga selalu berulang-ulang diantara tempat ini kerana kedua-duanya adalah tempat tinggal kami. Memori di dua tempat ini hanya penulis sahaja yang mengetahui betapa indah, manis, pahitnya kehidupan.
Gambar penulis bersama Kak Long di dua tempat yang disebutkan. Jika diamati gambar kiri itu anda boleh lihat bagaimana rumah di Felda pada zaman 80an. Gambar kecil adalah anak (sama tak hidung dan dahi yang luas tu?)
Gambar di Selancar: dari kiri Mokde memegang sepupu, Pokde, arwah Mak Tok & arwah Mak Busu. Duduk dari kiri : penulis & Kak Long. Gambar kecil : arwah Tok Ayah. Gambar dalam bulatan itu adalah tabung arnab bermata merah yang begitu ditakuti penulis masa kecil.
Dari kiri : Along Ain (mendukung Ati), Dayang, Achik, Penulis, Ya (adik). Duduk dari kiri : Amir, Nizam, Am, Anja, Ne, Ajid & Sara (adik). Gambar oleh mentor penulis, Abg Yu semasa kenduri arwah Mak Busu. Disebelah belakang ada paya dimana kumpulan ini suka menangguk atau memacing ikan.
Ada satu memori yang tidak dapat dilupakan oleh penulis ketika di Selendang 3. Ketika itu penulis dan Abah ingin pulang ke Selendang dari Selancar menaiki motor. Di pertengahan jalan yang dikelilingi hutan, tayar motor honda lama Abah pancit dalam hujan yang lebat. Setelah lama menanti, Abah telah menahan satu hilux rakannya dan meminta menghantar penulis pulang. Selepas itu penulis tidak tahu apa yang terjadi pada Abah. Hanya Tuhan yang tahu. Belum lagi diceritakan perihal keluarga kami menolak kereta yang rosak, mengharungi jalan yang seperti sungai apabila sesudah hujan dan bermacam lagi liku-liku kehidupan di Selendang.
Gambar di Selancar: dari kiri Mokde memegang sepupu, Pokde, arwah Mak Tok & arwah Mak Busu. Duduk dari kiri : penulis & Kak Long. Gambar kecil : arwah Tok Ayah. Gambar dalam bulatan itu adalah tabung arnab bermata merah yang begitu ditakuti penulis masa kecil.
Seperti di Selendang, penulis juga pernah terjatuh motor dengan Abah ketika hendak menghantar penulis ke sekolah. Baju penulis kotor dipenuhi lecak jalan di Selancar (ketika itu tidak bertar). Abah menghantar semula penulis ke rumah untuk menyalin baju walaupun ketika itu Abah terlambat untuk ke tempat kerja di Selendang. Sekarang penulis cuba bayangkan betapa gigihnya Abah menunggang motor lamanya antara dua tempat ini yang jauhnya lebih kurang 30 km atau 45 minit perjalanan pergi. Bagaimana agaknya dia mengharungi hujan, panas & situasi kecemasan yang lain?
Dari kiri : Along Ain (mendukung Ati), Dayang, Achik, Penulis, Ya (adik). Duduk dari kiri : Amir, Nizam, Am, Anja, Ne, Ajid & Sara (adik). Gambar oleh mentor penulis, Abg Yu semasa kenduri arwah Mak Busu. Disebelah belakang ada paya dimana kumpulan ini suka menangguk atau memacing ikan.
Di Selancar adalah tempat permainan penulis dengan sepupu-sepupu. Di situ terdapat satu kawasan yang lapang dimana kami boleh berlari-lari. Di situ juga ada hutan dimana kami boleh mencari kemunting. Di situ juga ada paya dimana kami menangkap ikan. Di situ juga ada pelbagai buah seperti cermai, mangga, jambu batu, jambu boi, jambu air & ciku untuk kami makan. Tetapi setelah arwah Mak Tok & Tok Ayah meninggal, semua itu hilang satu-persatu. Keriangan itu telah hilang tiba-tiba. Pokok-pokok pula tidak mahu berbuah. Air paya pula kering. Semuanya seperti merajuk dengan keadaan. Memori itu hanya tinggal kenangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan