Hari ini penulis berkesempatan mencoretkan sesuatu setelah sekian lama menyepi. Ini kerana sibuk dengan urusan di hospital yang sehingga kini tidak tahu bila kesudahannya. Ini sahajalah masa yang ada itupun kerana ada sesuatu yang penting perlu diuruskan di pejabat.
Pada 5 Jun 2008 bersamaan 1 Jamadil Akhir 1429 Hijrah, lahirlah seorang lagi puteri di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru Johor. Puteri kedua bagi penulis & isteri yang dilahirkan melalui pembedahan. Namun, anak ini dilahirkan istimewa, istimewa dari yang lain. Inilah kebesaran tuhan yang Maha Agung, ingin menguji makhluknya dimuka bumi ini erti kesabaran, kehidupan & keredhaan.
Pada hari isnin, 2 Jun 2008, penulis telah membawa emak & Na’wa (anak pertama) melihat isteri di wad 4A. Wad ini cukup selesa dilengkapi bilik air & segala-galanya dalam satu bilik. Pagi keesokkannya penulis menghantar emak ke Terminal Bas Larkin untuk pulang ke Endau manakala Na’wa di ambil oleh Kak Ngah. Kini penulis bersendirian.
Rabu, 4 Jun 2008, penulis berulang seperti biasa ke hospital dan sebelah malamnya penulis ke rumah Pokde (bapa saudara) di Ulu Tiram. Tujuannya ialah untuk menunggu ketibaan Kak Long (kakak), Sara (adik) sekeluarga & emak. Penulis membawa rombongan 2 kereta dari Endau itu untuk bermalam di rumah penulis di Johor Bahru.
Pada 5 Jun 2008, debaran penulis semakin memuncak. Sebenarnya dah lama hati ini terasa ada sesuatu yang tidak kena namun dilawan sahaja perasaan itu. Pada subuh sebelum penulis bergerak sendiri ke hospital, emak menanyakan surah Yasin untuk dia membacanya….
Pada 5 Jun 2008, debaran penulis semakin memuncak. Sebenarnya dah lama hati ini terasa ada sesuatu yang tidak kena namun dilawan sahaja perasaan itu. Pada subuh sebelum penulis bergerak sendiri ke hospital, emak menanyakan surah Yasin untuk dia membacanya….
Bersambung….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan