Rabu, 28 Mei 2008

Salam Perkenalan...

harris 10 tahun
Assalamualaikum w.b.t. Sebagai posting yang pertama dalam blog ini, penulis akan memberikan sedikit pengenalan kepada semua. Memori merupakan sesuatu yang kita tinggalkan, ia tidak dapat diulang kembali. Kadangkala kita akan mengalami memori hitam dan adakalanya yang manis. Alangkah baiknya kita dapat menyimpan semua memori-memori manis kita dan salah satu cara penulis adalah melalui foto atau gambar.

Kehidupan penulis adalah serba-serbi sederhana dari semua aspek. Minat hampir semua bidang seni. Sejak dari kecil lagi memang suka melukis, muzik dan juga mencipta, merekabentuk sesuatu. Pernah satu ketika ditahun 3, penulis telah membuat model video player (VHS) menggunakan kotak ubat nyamuk dan pita rakaman dibuat menggunakan kotak mancis.

Ditahun 4 (1990) kerana terlalu minat dengan filem 'Ghostbusters', penulis telah membuat 'ghost detector' dengan menggabungkan kotak tora, straw, lidi, penutup botol & batang paip. Pada tahun 4 juga penulis pernah melukis satu buku penuh semua watak-watak kartun kegemaran pada masa itu iaitu 'transformers'. Pada usia remaja pula penulis pernah melukis satu buku lukisan potret pelbagai artis & orang-orang terkenal.

Sayangnya semua benda yang disebut diatas tidak dapat disimpan oleh penulis atas sebab-sebab yang tidak pasti. Bayangkan kalau semua itu masih ada dalam simpanan, tidakkah itu satu memori yang tidak terhingga? Pasti kita akan tersenyum bila melihatnya. Kini penulis hanya dapat menyimpan sedikit gambar-gambar lama yang boleh dikongsi. Terdapat juga beberapa barang-barang koleksi penulis yang akan dipaparkan.

Jadi, tunggu...

1 ulasan:

k a a berkata...

ffuyhh.. memori gilee