Penulis dilahirkan di Kuala Rompin, Pahang. Bapa berasal dari Endau, Johor manakala ibu berasal dari Rompin, Pahang. Dua tempat ini adalah sempadan antara Johor dan Pahang dipisahkan dengan sungai Endau, jadi boleh dikatakan 'anak sempadan'.Sebelum memaparkan gambar-gambar penulis, dipaparkan dahulu beberapa keping gambar lama yang berada dalam simpanan.
Gambar sebelah kiri (dalam bulatan) adalah arwah moyang sebelah bapa & gambar sebelah kiri adalah Nenek & arwah Tokbah. Manakala gambar kecil adalah Abah semasa muda. Tarikh gambar tidak diketahui. Gambar-gambar lama bagi keluarga ibu pula akan dipaparkan di posting akan datang.
p/s - Sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang telah tiada...Al-Fatihah...
Gambar semasa arwah Tokbah berkhidmat dengan bomba manakala gambar kecil semasa berkhidmat dengan Polis. Anda dapat lihat cop nama beliau, 'NORDIN ALI Bomba Lanjut Rompinco PAHANG' & ada Land Rover zaman dulu-dulu.
Ini adalah gambar famili sebelah isteri. Gambar sebelah kiri adalah bapa & ibu mertua bersama kakak ipar. Seperti yang anda lihat gambar diambil pada tahun 1971. Manakala sebelah kanan adalah Kak Long (kakak ipar) dalam keratan akhbar sweden ketika menetap disana (gambar pada 14 Oktober 1978).Kadangkala kita tidak dapat menyimpan gambar-gambar lama seperti ini. Bagi penulis, gambar-gambar lama seperti ini sangat bermakna kerana kita akan tahu asal usul kita. Kita juga dapat menunjukkan kepada anak cucu kita pula selepas itu. Jadi kalau anda terjumpa gambar-gambar lama keluarga anda, simpanlah, ia akan menjadi satu bahan yang cukup bermakna kelak.
p/s - Sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang telah tiada...Al-Fatihah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan