Ketika ini mungkin ramai yang sedang bersuka ria, bersenang-lenang & bahagia. Tapi ramai yang lupa bila-bila sahaja mereka akan mendapat kesusahan. Apabila kita sakit, kita akan diziarahi oleh saudara-mara & rakan-rakan. Masa sakit kita itu, selalunya kita memerlukan semangat dari ramai orang. Budaya ziarah ini dalam Islam terutamanya, sangatlah digalakkan tidak kira sakit, kematian atau perayaan.
Selama ini, penulis tidak pernah melepaskan peluang melawat saudara-mara serta rakan-rakan yang mengalami kepayahan. Jika tiada aral melintang, memang penulis akan menziarahinya. Kemalangan, pembedahan, bersalin, apa sahaja jenis kepayahan, semuanya memerlukan orang terdekat supaya memberikan dorongan semangat untuk terus hidup. Paling tidak pun ia dapat mengurangkan sakit yang ditanggung.
Selalunya bukan wang atau harta benda yang dipinta. Bukan juga memohon orang lain membuat 'collection' untuk menderma kepada kita. Cukuplah sekadar kita menjenguk & berjumpa mereka yang mengalami kepayahan ini sebagai tanda kita mengingatinya. Jadilah seperti pepatah yang mengatakan, 'senang sama senang, susah sama susah'. Itulah tanda perhubungan yang cantik & berkekalan.
Oleh itu pembaca-pembaca sekalian, ingatlah kita tak tahu masa bila kita akan mengalami kesukaran. Apabila kita dalam senang, ingatlah kepada mereka yang susah. Ziarahlah mereka yang dalam kesusahan. Sesungguhnya Allah itu maha adil.
*p/s- terima kasih yang tak terhingga kepada kafi, nazri, adik & atie yang datang melawat Nailah.
3 ulasan:
sama-sama..anggap jelah yang tak dapat hadir menziarahi itu belum berkesempatan kerana bizi dengan urusan memasing
alhamdulillah, semuanya dah selamat. tabahlah harapnya en.haris sekeluarga..
semoga allah memberkati kalian selalu
Kaff: ya mungkin...
Hana : tq! tq! tq! betul tu...
Terima kasih atas lawatan fiza, k. syikin, k.zurin, k.mariani & k.im tghr td...
Catat Ulasan