Jumaat, 5 Disember 2008

Nailah Keluar Wad...

Setelah 9 hari berada di wad kanak-kanak, akhirnya Nailah dapat pulang kerumah. Petang tadi selepas waktu kerja, penulis pulang kerumah mengambil kereta untuk terus ke hospital. Sampai disana, barang semua telah dikumpulkan untuk dibawa pulang. Seperti seorang ahli gym, penulis mengangkat kerusi malas disebelah tangan serta sebelah lagi mengangkat 1 beg dengan kipas angin. Penulis menapak sambil termengah-mengah kerana parking yang jauh gara-gara warga Johor yang bekerja di Singapura "sangat bijak" meletakkan kenderaan mereka di parking hospital. Mungkin mereka semua tidak terlintas yang mereka atau keluarga mereka akan sakit & berada di hospital tersebut.

Namun itu semua tidak penting lagi. Apa yang penting sekarang Nailah & isteri dapat melihat dunia luar kembali. Setelah beberapa jam menunggu surat dari doktor, akhirnya penulis membayar bil dan keluar dari kawasan hospital. Malam ini penulis tidak akan mengulang lagi kesana seperti 8 malam yang sebelumnya. Penat? Memanglah penat tetapi itu semua dugaan yang harus dihadapi. Berkat doa saudara-mara & rakan-rakan, Nailah agak sihat & ceria. Jutaan terima kasih juga kepada mereka yang telah menziarahi atau memberi sumbangan. Pemberian itu biarlah Tuhan sahaja yang membalasnya.

Selepas makan di Bomba, kami semua pulang kerumah untuk menguruskan beberapa lagi perkara. Esok pagi kami merancang untuk pulang ke Endau untuk beraya Aidil Adha disana. Dapatlah Nailah bertemu kembali dengan kakaknya Na'wa. Dan penulis? Penulis merancang untuk tidur selama cuti ini selain membuat perancangan 2009 untuk NahamPhoto. Hidup mesti diteruskan walaupun badan serta kepala dah terlalu penat. Untuk Nailah, ayah akan terus memberi dorongan untuk Adik. Perjalanan Adik masih jauh dan banyak lagi yang Adik perlu lalui. Seperti yang pernah penulis katakan tempohari, "Ini bukan penghujungnya, ianya baru sahaja bermula"...

Nailah gembira apabila sampai dirumah...

*p/s - maaf, akhir-akhir ini gambar diambil hanya menggunakan kamera HP. Tak sempat nak guna SLR.

3 ulasan:

Syafiq Azuan berkata...

Semoga semuanya selamat dan baik2 sahaja. Amin.. :)

Inda berkata...

seronok tgk nailah dah bertambah sihat... ;) kite doa dr jauh...

Nanie Harris berkata...

Terima kasih sekali lagi untuk syafik & inda...