Jumaat, 11 November 2011

Gelagat Nada Hazirah Di Rumah


Penulis jarang menulis berkenaan anak ke-3 iaitu Nada Hazirah yang kini berusia setahun. Nada Hazirah tidak jauh bezanya dengan bayi-bayi lain yang mempunyai pelbagai ragam. Selain dari mempunyai suara yang nyaring ketika menangis, Nada Hazirah juga mempunyai ragam tidak mahu cuba untuk berjalan. Mungkin kerana kakinya masih lagi lembut (hingga boleh mengorek telinganya menggunakan ibu jari kaki) atau pun memang dia malas untuk berjalan. Apapun ragam anak-anak, pastikan ia akan memberikan kebahagiaan kepada anda.

Semoga Nada Hazirah akan menjadi anak yang solehah satu hari nanti dan cepat-cepatlah untuk belajar berjalan. Kalau sudah boleh berjalan, dapatlah emak & penulis membuat kerja dengan lebih baik :) Jika pembaca ada tips bagaimana untuk mempercepatkan bayi berjalan, boleh kongsikan dengan memberi komen dalam entry ini. Saksikan video gelagat Nada Hazirah dibawah. Jangan lupa untuk subscribe & like video-video dalam channel Youtube penulis. Terima kasih kerana membaca!



Artikel ketika Nada Hazirah dilahirkan --> http://www.harrisfadzilah.com/2010/09/new-comer-nada-hazirah.html

Sedikit TIPS : Jika anda suka merakam video tak kira apa jenis kualiti, anda boleh mendaftar dengan Youtube untuk membuka channel anda sendiri. Kongsikan video-video anda di Youtube. Daftar PERCUMA!

2 ulasan:

Suzliana berkata...

Aslm'kum Harris, sepanjang pengalaman saya mengendalikan taska ada baiknya pastikan dia selalu berdiri n memapah sbg latihan. Lakukan sekerap mungkin supaya kaki nya lebih cepat tegap berdiri. Dia telah berumur 1 thn jdi bolehlh bg makanan yg mengandungi kalsium. Hasinya bergantung kpd keupayaan, kesungguhan sesorang. Slnt mencuba.
suzliana sulaiman dr Anak Mersing

Reds berkata...

Waalaikumsalam w.b.t,

Alhamdulillah, ada juga yang memberi respon. Terima kasih atas nasihat itu dan saya akan cuba melakukannya. Sangat menghargainya Suzliana. Terima kasih. :)