Selasa, 25 Oktober 2011

Pelaburan Ilmu Untuk Terus Maju Dalam Bisnes Internet : Revolusi Media Sosial 2011


Sepertimana yang telah penulis katakan dahulu, 22 Oktober lepas penulis telah menyertai Revolusi Media Sosial yang dianjurkan oleh Irfan Khairi Sdn. Bhd. di Hotel Puteri Pasific Johor Bahru. Program satu hari ini berlangsung dengan pelbagai info yang diberikan terutamanya mengenai perniagaan internet yang menggunakan media sosial seperti Facebook, Blog, Twitter & Youtube. Seminar telah disampaikan oleh usahawan internet terkenal Irfan Khairi.

Berbeza dengan program-program sebelum ini, seminar yang hanya disertai oleh lebih kurang 30 orang ini lebih fokus dengan cara & strategi menggunakan media sosial untuk bisnes yang hendak dijalankan. Dengan jumlah peserta yang sedikit memberikan kelebihan untuk penulis dan peserta lain bertanya dan mendapatkan input dengan lebih tepat. Kali ini IK memberikan 66 strategi media sosial yang mana menggunakan Blog, Twitter, Blog, Youtube dan juga e-mel.

Selain dapat membuat ulangkaji, penulis juga dapat banyak idea-idea baru untuk dilaksanakan terutama untuk bisnes fotografi perkahwinan NahamPhoto serta bisnes LoveThatShawl. Penulis akan menyusun perancangan-perancangan baru serta struktur yang lebih baik supaya boleh memantapkan perniagaan. Lebih menarik, seminar ini akan diberikan sijil oleh Asia e-University yang mana telah menjalankan kursus berkenaan e-dagang dan juga perniagaan internet.

Rumusannya, seminar & bengkel yang dikendalikan oleh Irfan Khairi ini banyak memberikan manfaat kepada penulis seterusnya kepada perniagaan yang dijalankan. Walaupun dilanda dengan pelbagai dugaan, namum penulis tetap positif untuk membuat penambahbaikan demi masa depan yang lebih sempurna. Diharap penulis dapat membangkitkan semangat kerja yang membara dan tidak membiarkan perancangan hanya tinggal perancangan tanpa perlaksanaan.

Cerita lain mengenai seminar ini oleh sepupu penulis --> http://santai-norazman.blogspot.com/2011/10/perkongsian-ilmu-seminar-irfan-khairi.html

Tiada ulasan: