Isnin, 10 Oktober 2011

Aku Tak Pandai Main Ping Pong

Dulu-dulu pakai baju melayu ke baju batik ke boleh jer main ping pong...

Selain bolasepak & futsal, ping pong atau table tennis adalah salah satu sukan kegemaran penulis. Namun sejak sekolah dahulu, penulis jarang sekali bermain ping pong tidak kira dalam pertandingan atau riadah harian. Penulis teringat satu masa dahulu penulis pernah membuat meja pingpong menggunakan siling rumah dan jaring ikan. Itupun tidak bertahan lama apabila siling tersebut digunakan. Mungkin kerana faktor ini (tidak mampu membeli meja & peralatan ping pong), penulis tidak terlalu menumpukan sukan tersebut.

Pasukan Ping Pong dalam Pesta Sukan YPJ 2008

Apabila masuk zaman pekerjaan di KPYPJ, di level penulis bekerja ada menyediakan satu meja ping pong. Dari situlah bermula kembali minat dalam sukan ini. Apabila tiba waktu rehat dan waktu habis kerja, penulis berpeluang bermain, ditambah pula dengan rakan-rakan yang juga minat bermain ping pong membuatkan ia satu riadah yang baik dapat dilakukan setelah penat bekerja. Sejak itu juga, penulis banyak menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh syarikat tidak kira peringkat dalaman atau luaran.

Berikut merupakan beberapa rakaman video aksi yang tak seberapa oleh penulis dan rakan-rakan sparring. Mana tahu satu hari nanti boleh masuk kejohanan yang lebih besar bila tiap-tiap minggu berlatih :)



Penulis tidaklah sehebat mana bermain ping pong cuma posting ini ditulis kerana keunikkan sukan ping pong itu sendiri yang memerlukan fokus & kemahiran yang tinggi. Walaupun sekarang penulis jarang dapat bermain kerana telah berpindah ke Mersing tetapi penulis tidak melepaskan peluang bermain dengan rakan-rakan lama jika ada tugas di Johor Bahru. Sukan ini sedikit sebanyak dapat mengeluarkan peluh dan satu aktiviti sihat memandangkan masa untuk beriadah amatlah singkat dengan kesibukkan kerja penulis.

p/s : jangan lupa untuk subsribe channel Youtube penulis untuk lain-lain video menarik! Klik DISINI

Tiada ulasan: