Beberapa minggu lepas penulis berkesempatan menemani anak sulung penulis, Naawa Hadirah dan rombongan sekolahnya menaiki keretapi ke Johor Bahru. Rombongan ini disertai oleh lebih 20 orang pelajar pra sekolah bersama penjaga mereka. Perjalanan dimulakan dengan menaiki bas dari Endau ke Kluang dan seterusnya menaiki keretapi dari stesen Kluang ke Johor Bahru. Berikut antara gambar-gambar yang penulis rakamkan.
Ini adalah pengalaman pertama penulis dan anak menaiki keretapi KTM (bukannya LRT) dan merupakan satu pengalaman yang menarik. Sampai di Johor Bahru, penulis dapat melihat stesen baru di JB Sentral dan juga sempat melawat stesen yang lama. Kami diberi penerangan mengenai sejarah stesen keretapi dan juga sistem yang digunakan sejak dulu sehingga sekarang selain melihat beberapa peralatan-peralatan lama.
Seterusnya kami ke Zoo Johor melihat haiwan-haiwan yang ada disana. Ternyata Zoo Johor lebih baik dari yang sebelum ini dimana suasana yang lebih cantik dan lebih ramai orang datang melawat. Haiwan-haiwannya juga kelihatan dalam keadaan yang baik. Kami makan tengahari dan solat di Hutan Bandar dan seterusnya ke Ulu Tiram untuk bermain di taman tema air (indoor) di pasaraya Today.
Rombongan singkat satu hari suntuk ini berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah penulis dapat meluangkan masa lebih lama dengan anak dimana selalunya penulis agak sibuk dengan kerja. Bagi Naawa pula, beliau sangat gembira dapat bersama kawan-kawannya. Ini adalah aktiviti terakhir beliau bersama kawan-kawan dimana tahun hadapan Naawa akan ke darjah 1 pula -Tammat-
p/s - Gambar diambil menggunakan kamera Panasonic Lumix DMC-FS62
p/s - Gambar diambil menggunakan kamera Panasonic Lumix DMC-FS62
Tiada ulasan:
Catat Ulasan