Assalamualaikum. Rasanya ini adalah satu-satunya posting berkenaan raya yang penulis ingin kongsikan tahun ini. Hari raya kali ini pada penulis sangat meriah dimana hari raya pertama dan kedua dipenuhi dengan menziarah keluarga dimerata tempat. Penulis tidak dapat berjumpa dengan seorang pun rakan dihari raya kerana banyak rumah ahli keluarga kedua-dua pihak yang perlu dilawati. Yelah, memandangkan keluarga penulis dan isteri adalah satu kampung jadi mudah untuk bergerak ke sana sini.
Lebih kurang seminggu selepas raya barulah penulis berpeluang beraya bersama rakan-rakan. Jika tahun lepas penulis beraya bersama rakan-rakan lama sekolah rendah Tanjung Gemok, tahun ini penulis beraya bersama geng-geng blogger. Konvoi raya kali ini dimulakan dengan rumah Kaff di Kempas JB dan keesokkan harinya ke rumah Cik Pah & Misna di Batu Pahat. Perjalanan diteruskan ke Muar iaitu rumah Artakus dan ke rumah En. Mus di Melaka. Konvoi diakhiri dengan lokasi terakhir Endau iaitu rumah penulis.
Gambar-gambar konvoi raya telah diambil oleh saudara Shahrul yang mana turut menyertai lawatan 1 hari 1 malam dengan 1 kereta ini. Sebelum semuanya pulang ke JB, penulis telah bawa mereka mandi di air terjun Tanjung Resang, Endau dan membeli keropok di Mersing. Rasanya gambar mandi air terjun tidak perlu ditayangkan kerana agak "comel". Sebenarnya ini bukanlah kali pertama konvoi raya kami dilakukan malah telah dimulakan sejak 2-3 tahun lepas. Di harap persahabatan kami terus mesra dan dapat meneruskan tradisi ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan