Rabu, 30 November 2011

Nasi Ayam Penyet, Apa Yang Istimewa?


Penulis tidak pasti adakah benar nasi ayam penyet ini berasal dari Indonesia. Kalau nak kepastian boleh lah tanya pakcik google, dia professor serba tahu. Namun apa yang penting disini penulis ingin kongsikan makanan yang menjadi makanan kegemaran penulis sekarang ini. Nasi ayam penyet bukannya baru di Malaysia malah telah banyak restoran-restoran dinegara ini yang menjualnya sebagai satu menu utama. Selalunya mereka yang menyediakan makanan ini adalah mereka yang berasal dari Indonesia (sila jangan kaitkan perkauman bolasepak dalam blog ini). Apa yang istimewa dengan makanan ini? Mari kita lihat...



Menunya simple sahaja iaitu tertiri daripada nasi putih, sup kosong, keropok, tempe, sayur kobis, sepotong limau purut dan ayam. Ayam yang digunakan bukan sebarang ayam tetapi ayam 'pencen' yang digoreng dan kemudiannya diketuk-ketuk sehingga penyet (agaknya la), dari situlah ia mendapat nama nasi ayam penyet. Namun apa yang lebih istimewa sebenarnya adalah sambal yang sedikit manis dan pedas. Jika sambalnya tidak 'kick' maka nasi ayam penyet ini hilang keistimewaannya. Selain itu ayam digoreng lembut dengan beberapa bahan yang tidak diketahui menambahkah lagi keenakkan makanan ini.


Jika hendak mencuba nasi ayam penyet yang sedap di Johor Bahru, boleh cuba restoran-restoran yang berada di Taman Universiti, Skudai. Disitu banyak pilihan makanan Indonesia seperti pecel, bakso dan lain-lain. Nasi ayam penyet sedap dimakan dengan menempah minuman seperti asam boi atau durian belanda supaya melengkapkan rasa manis, masam, masin dan pedas. Penulis bukannya pandai mengulas makanan seperti blogger Kaff tetapi hanya ingin berkongsi apa yang mampu. Namun harus diingat, sesiapa yang tak kuat pedas, jangan makan kerana anda akan menangis dan berulang ke tandas keesokkan paginya....



p/s - apakah makanan kegemaran anda?

3 ulasan:

Kaff berkata...

aku baru terpikir nak wat pasal entry ayam penyet ni..hehe..tapi biasala nak tunggu aku ntah lagi berapa bulan..

Kaff berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
j.u.l.i.e berkata...

kt kl ni nasi ayam penyet yg best pd tekak sy ialah di kg.baru,usj subang jaya dan central market....nyum2..