Beberapa minggu yang lepas, penulis telah membaca satu blog yang menceritakan tentang produk baru dari Samsung iaitu Galaxy Note. Apabila kali pertama melihat produk ini, penulis tiba-tiba jatuh hati kerana beberapa fungsi yang sesuai dengan jiwa penulis sebagai seorang usahawan yang menggunakan media sosial sebagai platform berniaga. Produk ini adalah produk yang boleh diklasifikasikan sebagai gajet yang ditengah-tengah antara telefon pintar dan tablet.
Melihat kepada fungsinya, penulis tertarik dengan teknologi pen yang boleh menulis dengan tahap tekanan yang berbeza selain dapat mengubah kepada teks secara automatik. Dengan fungsi menulis nota dan perancangan dalam telefon pintar ini adalah sangat sesuai kerana penulis suka mencatat idea-idea dan membuat perancangan bisnes dimana-mana juga penulis berada. Selain itu penulis juga dapat menyusun tugasan seperti juga dalam buku planner.
Dengan skrin sebesar 5.3" dan saiz yang lebih besar sedikit dari Samsung Galaxy SII, adalah sangat sesuai dimana ia juga tidak kelihatan janggal jika anda menjawab panggilan telefon sepertimana jika anda menggunakan Samsung Galaxy Tab. Dengan ketebalan dan saiz yang sederhana, Samsung Galaxy Note dapat diletakkan didalam poket anda dan dibawa kemana-mana sahaja untuk melayari laman sosial anda dengan mudah
Sebenarnya banyak lagi fungsi menarik dalam Samsung Galaxy Note yang sesuai untuk pengamal media sosial seperti facebook, blog, twitter, youtube dan e-mel. Dengan harga sekitar RM2300 adalah berbaloi untuk usahawan internet mengggunakannya sebagai satu alat yang memudahkan mereka menjalankan perniagaan tanpa batasan. Rumusannya, penulis sangat teruja untuk memilikinya sebagai usaha berterusan untuk maju dalam era media sosial.
Untuk membaca preview-preview lain tentang Samsung Galaxy Note boleh baca dalam pautan dibawah;
http://www.mohdsuhaimy.com/2011/11/15/samsung-galaxy-note-di-malaysia/
http://amanz.my/2011/11/ulasan-penuh-samsung-galaxy-note/
http://ariffshah.com/ciri-menarik-samsung-galaxy-note/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan