Setiap minggu dalam bulan puasa ini penulis dan sahabat baik Kafi akan ke Kuala Lumpur untuk membeli stok selendang dan tudung untuk dijual di Jusco Bukit Indah, JB. Walaupun dalam bulan puasa namun ia bukan penghalang untuk kami berulang dari JB-KL. Atas dasar membantu beliau membuat jualan sempena hari raya ini, penulis bersetuju untuk menjaga booth LoveThatShawl yang bertapak diruang legar Jusco tersebut.
Pengalaman menjaga booth ini sangat menarik. Penulis berjumpa dengan pelbagai karenah pelanggan dan juga cabaran-cabaran dalam berniaga. Walaupun penulis hanya bertugas untuk satu minggu sahaja namun sudah cukup memberikan satu pengalaman berharga. Sebelum ini penulis memang terlibat dengan LoveThatShawl secara tidak lansung iaitu menguruskan halaman peminat dan juga bahagian jualan online.
p/s- Jika panjang umur dan diberi peluang lagi tahun hadapan, penulis ingin berniaga seperti bulan puasa tahun ini. Untuk melihat produk terkini LoveThatShawl boleh like Fan Page LTS!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan