Pada awal Julai lepas, penulis dan beberapa orang rakan dari group Facebook ANAK MERSING telah memanjat gunung Arong, Mersing Johor berdekatan dengan Tanjung Resang. Setelah merancang dalam beberapa minggu sebelum itu, akhirnya kami telah ke sana untuk menikmati keindahan alam dan merakam gambar-gambar menarik. Selain itu, melalui aktiviti ini penulis juga dapat mengeluarkan peluh setelah sekian lama tidak bersukan.
Sampai seawal jam 8.00 pagi, ahli-ahli ekspedisi kali ini berkumpul di Tanjung Resang dan bersarapan disitu. Seramai 10 orang telah menyertai ekspedisi ini dimana kami telah memanjat sehingga ke puncak dengan ketinggian 898 kaki dari paras laut. Pendakian mengambil masa lebih kurang 1 jam jika tidak banyak berhenti. Di atas puncak gunung Arong, kami dapat menikmati panorama pantai Tanjung Resang dengan lebih jelas.
Selesai memanjat gunung tersebut, kami turun dan menikmati jamuan tengahari dengan ditemani angin pantai yang segar di Tanjung Resang. Ekspedisi tidak berakhir disitu sahaja. Kami bersetuju untuk ke Pulau Mawar, Teluk Sari pula untuk menerokai pulau yang istimewa itu. Dengan hanya menaiki motor melalui beting pasir ketika air surut, kami ke sana dan menikmati keindahan ciptaan Tuhan yang unik di pulau itu.
Penulis mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama abang Kamal Mohd, Eddy Garcia & Yg Lain yang telah merancang aktiviti ini serta sponsor makan minum kami sepanjang perjalanan. Penulis juga gembira dapat berjumpa rakan-rakan baru seperti Segar Selalu, Yusri, Abang Salim, Hasyraf & Faris. Semoga aktiviti seperti ini dapat dilakukan lagi pada masa-masa akan datang. Terima kasih ANAK MERSING.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan