Selasa, 5 Julai 2011

Cara Membeli Menggunakan Aplikasi Vendorshop Di Facebook

Vendorshop adalah satu aplikasi dalam Facebook yang membenarkan penggunakan membeli barang dengan mudah seperti laman-laman web popular yang menggunakan shopping cart. Sama juga seperti aplikasi shopping cart yang lain seperti Amazon.com atau E-Bay.com, anda boleh membeli barang dengan memilih produk dan memasukkan ke dalam troli online anda. Apabila selesai, anda boleh keluar dan membayar nilai yang telah dikira secara automatik.

Vendorshop sesuai untuk mereka yang ingin membeli menggunakan kad kredit/debit atau perbankan internet. Namun, sebelum itu anda perlu mendaftar akaun paypal dahulu untuk memudahkan urusan pembayaran. Melalui paypal, anda boleh menjadikan wang digital dengan menukar nilai melalui kad kredit/debit ataupun online transfer melalui perbankan internet. Berikut merupakan langkah-langkah jika anda membeli menggunakan vendorshop;

1) Buka menu SHOP (selalunya berwarna hijau berbentuk troli).

2) Pilih KATEGORI produk yang dijual (jika ada)


3) Pilih PRODUK yang anda ingin dalam kategori yang dipilih tadi.


4) Klik pada butang BUY NOW jika anda ingin membeli produk tersebut.


5) Jika anda ingin membeli produk lain, klik pada CONTINUE SHOPPING.

6) Jika anda sudah selesai dan sedia untuk membayar, klik butang CHECKOUT.


7) Semak adakah nilai produk yang dibeli tersebut betul termasuk harga untuk pos.

8) Jika betul, klik menu SECURE CHECKOUT.


9) Isikan maklumat penghantaran dalam borang yang disediakan. Kotak yang bertanda * adalah wajib diisi.

10) Klik butang SECURE CHECKOUT.


11) Anda telah selesai membeli di Vendorshop. Kini masa untuk membayar. Klik butang PAY NOW.


12) Login akaun paypal anda untuk membayar. Jika bayaran dibuat, penjual akan mendapat makluman dan akan menghantar produk yang dibeli terus ke rumah anda!


Sebelum itu pastikan anda sudah biasa dengan penggunaan paypal dan tahu cara untuk memasukkan dan mengeluarkan nilai dalam paypal samada melalui tunai mahupun kad kredit/ debit. Semoga artikel ini dapat membantu anda yang ingin membeli menggunakan aplikasi Vendorshop. Selamat membeli!

Artikel ini juga disumbangkan oleh penulis untuk blog LoveThat Shawl.

1 ulasan:

annorita a.k.a cheekongsejuk berkata...

aku x terbuat lg daa.. x siap2 aku punya.. terhad betul masanya