Khamis, 30 Jun 2011

Jalan-Jalan Kuala Lumpur


Dalam bulan Jun ini sudah 2 kali penulis ke Kuala Lumpur iaitu ke seminar Prelude : Formula Facebook Irfan Khairi dan terbaru ke bengkel Bisnes Fotografi Huda Jamal iaitu Junior Photographer NahamPhoto. Walaupun penat memandu namun penulis sangat gembira dapat melihat dunia luar setelah lama membuat kerja di dalam satu ruang yang kecil. Sekali-sekali kita perlu juga keluar dan mencari ilham yang segar dengan melihat pemandangan di lokasi selain dari yang biasa kita lihat setiap hari.


Untuk mencari ilmu pula, tidak kira tempat atau bayaran, kita perlu terus menimba pengetahuan secara berterusan. Sebab itu penulis sanggup untuk mengeluarkan wang untuk mencari ilmu di merata tempat kerana ilmu adalah pelaburan yang pasti akan membawa hasil yang baik satu hari nanti. Jangan terlalu berkira-kira untuk mencari ilmu kerana anda pasti akan menyesal satu hari nanti. Program ilmu seterusnya yang penulis akan sertai adalah Revolusi Media Sosial oleh Irfan Khairi yang akan berlangsung Oktober akan datang.



Bercerita tentang jalan-jalan Kuala Lumpur baru-baru ini, penulis bersama seorang lagi Jurufoto NahamPhoto, Akmal Rafie telah ke KLCC untuk mengambil gambar dan berjumpa rakan lain iaitu Asrul Ahmad. Kami telah menonton wayang (Green Lantern) dan bersiar-siar sekitar KLCC dan penulis telah merakamkan gambar Asrul sekeluarga yang bercuti di Kuala Lumpur. Selepas itu, keluarga Asrul telah belanja penulis & Akmal Rafie makan di Sri Gombak. Terima kasih kami ucapkan kerana belanja makanan yang enak.


Dalam masa terdekat ini, penulis akan ke Kuala Lumpur lagi untuk menemani rakan niaga, Abdul Kafi mencari stok barang & tudung untuk kiosk Love That Shawl dan juga ke Bukit Jalil untuk menonton perlawanan bolasepak antara Malaysia & Liverpool. Sambil itu, penulis juga merancang untuk mengambil cuti lama dan ingin menyimpan tenaga setelah bekerja keras dalam 6 bulan yang lepas. Semoga percutian itu akan dapat memberikan ilham dan semangat baru untuk terus bekerja dengan baik!

Tiada ulasan: