Sabtu, 25 Jun 2011

E-Book Pertama : 33 Cara Promosi Percuma Perniagaan Dengan Facebook

Setelah hampir 4 tahun dalam dunia blogging, 6 tahun pengalaman kerja dalam bidang IT & Korporat, 5 tahun dalam bidang fotografi, 2 tahun mengumpul ilmu kekuatan diri, pemasaran & perniagaan internet, akhirnya penulis telah berjaya menerbitkan satu e-Book iaitu 33 Cara Promosi Percuma Perniagaan Dengan Facebook. E-Book ini mula dirancang sejak bulan April, menyusun topik dan menaip dalam masa lebih 2 bulan dan kini telah berjaya mengeluarkan hasil dalm bentuk e-Book.

Mungkin ramai yang bertanya kenapa penulis memilih tajuk berkenaan Facebook berbanding fotografi. Jawapannya adalah, penulis sudah mengenali internet sejak tahun 1998 lagi dan dari situ banyak perkara yang penulis belajar mengenai selok belok internet. Selain e-mel, satu ketika dahulu mIRC sangat popular dikalangan pengguna internet. Kemudian muncul evolusi media sosial seperti geocities, friendster & myspace. Kini Facebook adalah satu medium yang sangat popular selain Youtube & Blogger.

Sedikit info mengenai e-Book ini, ia memberi panduan bagaimana membuat promosi perniagaan di Facebook tanpa mengeluarkan MODAL. Media sosial seperti Facebook telah banyak membantu usahawan internet dalam menjayakan perniagaan mereka. Dengan 18 juta rakyat Malaysia menggunakan Facebook kini, ia tidak mustahil akan menjadikan Facebook sebagai satu medium rangkaian yang luas untuk perniagaan. Pengguna Facebook di Malaysia malah seluruh dunia juga terus berkembang dari masa ke semasa.

EBook ini adalah hasil daripada penggunaan harian NahamPhoto.com yang menjadikan Facebook sebagai "booth maya" dimana dapat bertemu dengan ramai prospek pelanggan setiap hari. Hanya dengan Facebook, NahamPhoto dapat mengembangkan rangkaian, mendapatkan pelanggan dan menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti bengkel & kursus. Namun ia bergantung kepada strategi yang disusun oleh usahawan tersebut. Melalui eBook ini, insya Allah usahawan internet dapat merangka strategi pemasaran mereka menjadi lebih baik untuk supaya dapat bersaing dengan perniagaan-perniagaan lain.

Akhir sekali, harapan penulis agar e-Book ini dapat membantu usahawan-usahawan internet dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka. Semoga mereka memperolehi banyak maklumat yang positif dalam pengisian e-Book ini. Pada masa-masa akan datang, penulis telah merancang akan menulis e-Book berkenaan dengan fotografi pula. Beberapa topik telah disusun dengan rapi agar e-Book akan datang ini dapat memberi impak yang lebih besar. Terima kasih kerana menyokong penulis selama ini! :)

Untuk mendapatkan e-Book ini, sila LIKE NahamPhoto dan klik DISINI. Terima kasih

Tiada ulasan: