Selasa, 25 Januari 2011

Seminar Dr. Azizan Osman Tahun 2011


Pada Julai 2009 dahulu penulis pernah menceritakan yang penulis telah menghadiri satu seminar bersama Dr. Azizan Osman (RUJUK DISINI) yang mana telah membuka minda penulis tentang potensi diri. Berikutan dari itu, penulis telah membuat keputusan berani untuk berhenti dari kerja yang sudah 6 tahun perkhidmatannya untuk pulang ke kampung (2010). Tahun ini (2011) penulis telah sepenuhnya berhenti dari kerja makan gaji untuk memulakan kerjaya baru sebagai seorang usahawan (bisnes fotografi bersama NahamPhoto). Semua itu berkaitan dengan kesedaran dan minda yang telah diubah untuk merancang perubahan dalam hidup.

Pada Februari akan datang penulis sekali lagi akan menghadiri Seminar Kenali Potensi Diri - Dimensi Baru 2011 bersama Dr. Azizan Osman di Kuantan. Ini kerana penulis masih ingin membongkar banyak lagi ilmu dan pengalaman dari beliau untuk mengenali potensi-potensi yang ada dalam diri. Ternyata kesan dari menyertai seminar beliau telah banyak mengubah hidup penulis sekarang yang lebih positif dalam melakukan tugas-tugas harian. Disini penulis ingin juga berkongsi dengan pembaca mengenai bengkel yang akan dilangsungkan sepanjang tahun ini. Semoga anda juga akan menemuai potensi anda seterusnya berjaya dalam hidup.



Salah satu siaran berkenaan seminar tersebut di TV9

Kita hanya mampu merancang namun tuhan yang menentukannya. Namun kita akan gagal sekiranya kita tidak merancang langsung. "Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal". Klik pautan dibawah untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai seminar tersebut.


Penulis sangat mengesyorkan anda menyertai seminar ini jika anda rasa anda sudah tidak mampu untuk hidup bahagia, mengalami masalah kewangan, masalah kerja & keluarga, rasa down dalam hidup dan seumpamanya. Paling tidak pun anda pasti akan merasa anda mampu membuat satu perubahan walaupun tidak besar. Seperti juga penulis, pernah mengalami saat-saat down dahulu tetapi berusaha untuk membuat satu perubahan. Alhamdulillah, berkat usaha, perancangan dan ketentuan dari Allah, penulis dapat juga mengubah sesuatu. Anda juga mampu mengubahnya. Perlu percaya kepada potensi diri.

2 ulasan:

Julie Shahril berkata...

sy teringin sgt2 nk join seminar2 mcm ni,lagi la tgh2 serabut kepala, haritu ada tgk dr.azizan ni dlm rncangan nasi lemak kopi O, mcm menarik sgt.semua yg dh pnah join ckp seminar dia bagus,bleh mengubah kehidupan kita mnjdi org yg bkn stakat lebih baik,tp lebih bahagia.

Norazman Md Noh berkata...

perkongsian yang menarik dan mantap...