Isnin, 17 Januari 2011

Cabaran Berbeza Tahun Lepas

Salah satu gambar penulis yang dipilih masuk dalam satu blog pelancongan.

Tahun 2010 telah memberikan satu cabaran berbeza bagi penulis setelah pulang ke kampung untuk bertugas di Pusat Jalur Lebar Komuniti (CBC) Kampung Teriang Besar. Setelah bekerja hampir 6 tahun di KPYPJ, Johor Bahru pastinya memberikan satu persekitaran yang berlainan secara tidak lansung juga memberikan cabaran berbeza. Tidak dapat dinafikan bekerja dengan komuniti di kampung sangat mencabar dengan pelbagai karenah dan bermacam jenis pemikiran penduduknya. Penulis telah mengharungi pelbagai jenis manusia dalam kerja seharian.

Walapun bekerja dengan persekitaran berinternet 3G, namun terdapat beberapa kekangan untuk penulis menguruskan bisnes NahamPhoto ketika di kampung tahun lalu. Antaranya adalah terpaksa berulang-alik ke Johor Bahru untuk menghantar gambar dan design album. Kualiti cetakan kedai-kedai di kampung tidak mencapai spesifikasi yang penulis inginkan. Cuti di CBC pula terhad dan apabila dirumah, talian internet broadband hanya berkelajuan GPRS dan telah membantutkan sedikit kerja-kerja promosi, kemaskini blog dan juga laman web.

Kedudukan nombor 1 atau 2 dalam carian google 'jurufoto kahwin' adalah antara pencapaian terbaik penulis sebagai seorang Jurufoto Perkahwinan.

Melihatkan buku planner tahunan 2010 penulis sedikit mengecewakan kerana terasa sangat kurang membuat aktiviti, projek-projek luar dan juga menyertai bengkel/ kursus pembangunan diri seperti tahun 2009. Ini kerana penulis perlu menumpukan kerja-kerja CBC dimana ia adalah tahun pertama beroperasi dan perlu banyak penambahbaikan. Ini adalah salah satu faktor kenapa penulis mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan tersebut tahun ini sebagai langkah untuk fokus kepada perniagaan dan passion penulis terhadap fotografi.

Berikut merupakan beberapa statistik pencapaian peribadi penulis tahun 2010;

1) Kedudukan carian google 'jurufoto johor' = No. 4 atau 5

2) Kursus/ bengkel yang disertai = 3 [Lensa Johor (Jul), Tune Talk Tone Excel (Okt), Pelaburan Emas (Nov)]

3) Kursus/ bengkel yang dianjurkan = 4 [bersama Trisno (Jan), ShooutOut! 2 (Ogo), Asas Photoshop (Nov), Asas Fotografi (Nov)

4) Acara yang diuruskan/ disertai = 5 [Pelancaran CBC Lundu Sarawak (Jan), Pelancaran CBC Teriang Besar (Apr), Futsal i-Metro (Mei), Fusal Piala EA Sport (Jul), CLAPAM (Dis)

5) Melancong luar negara = Singapore (Jan)

6) Jumlah rakan Facebook = 1257 orang

Rumusan secara keseluruhan, tidak banyak aktiviti yang penulis dapat lakukan tahun lepas tetapi penulis tetap berpuashati kerana mampu menguruskan acara-acara besar seperti pelancaran CBC dan program tahunan NahamPhoto ShootOut! 2. Jika tahun lepas adalah tahun lonjakan dari pekerjaan yang telah selesa ke pekerjaan baru, tahun ini pula adalah tahun pertama penulis hadapi sebagai seorang usahawan sepenuh masa. Cabaran kali ini semakin getir tetapi penulis tetap yakin dengan kemampuan penulis sebagai seorang jurufoto dan pengajar.

*p/s - posting seumpamanya tahun lepas. Klik DISINI.


Tiada ulasan: