Berazam ingin melakukan yang terbaik tahun ini samada untuk diri sendiri mahupun NahamPhoto
Pada tahun 2008, penulis telah membangunkan blog ini atas dasar trend semasa dimana orang berpusu-pusu membuat blog. Ketika itu Facebook belum popular lagi dan blog telah digunakan untuk meluahkan segala cerita peribadi, perniagaan dan sebagainya. Walaupun blog telah lama diwujudkan sebelum itu, masih ramai yang belum tahu menggunakan blog dan mereka yang membangunkannya pula sekadar mengikut trend pengguna internet. Ramai yang membuat blog dan kemudiannya terbengkalai begitu sahaja tanpa sebarang kemaskini.
Alhamdulillah, selepas 3 tahun blog Mencipta Memori milik penulis ini terus menghiasi arena blogging tanpa berhenti begitu saja. Ramai yang dulunya bersemangat tetapi hanya hangat-hangat tahi ayam. Kini masuk tahun ke-4, penulis sedar blog bukan sahaja untuk menceritakan perkara-perkara peribadi seperti diari kehidupan malah lebih daripada itu. Dari aspek penulisan dan mesej yang ingin disampaikan, ia dilihat lebih penting dimana posting-posting yang ditulis itu dapat memberi sedikit maklumat berguna kepada pembaca dan tidaklah seperti tin kosong.
Walaupun Facebook semakin luas penggunaannya kerana ia mudah dan diminati ramai, blog tetap penting bagi penulis kerana ia adalah rumah bagi kita. Tahun-tahun sebelum ini penulis pernah berkata, blog umpama rumah sendiri dan Facebook adalah highway dimana banyak trafik yang lalu lalang. Jadi fikir-fikirkanlah dimana kombinasi kedua-dua aplikasi itu dapat memberikan kebaikan kepada pengguna. Blog akan terus digunakan untuk memberikan informasi lebih mantap melalui penulisannya manakala penyampaian Facebook lebih santai.
Tahun lalu penulis tidak dapat mencapai target dalam ingin memberikan lebih maklumat dalam blog Mencipta Memori. Ini kerana terdapat beberapa faktor yang tidak dapat di elakkan seperti bertukar ke kerja baru, talian internet yang terhad jika dirumah (tiada 3G) dan menyambut kelahiran anak ke-3. Kesibukkan dan kesulitan tersebut membuatkan penulis hanya mampu menerbitkan 57 posting sahaja berbanding 74 pada tahun sebelumnya. Anda boleh lihat statistik yang penulis rumuskan mengenai blog peribadi penulis ini seperti tahun-tahun sebelumnya.
1) Jumlah keseluruhan posting : 57
2) Jumlah keseluruhan pengikut : 44
3) Bulan paling banyak posting : Oktober, 10
4) Posting paling banyak ulasan : Medal Memori Maya 2009, 8
5) Jumlah blog yang diikuti : 94
6) Jumlah keseluruhan kategori (label) : 22
7) Negara asing paling banyak melawat : Amerika Syarikat
8) Pelawat paling ramai dalam 1 hari : 160, 11 Oktober
9) Kata carian paling popular : Nike Ardilla
10)Bilangan keseluruhan pelawat : 10,132
*Statistik tahun lepas boleh dilihat DISINI.
Penulis sangat minat membuat statistik kerana melalui statistik kita mampu melihat pencapaian dalam apa jua yang kita lakukan. Rumusan untuk tahun lepas, jumlah keseluruhan pelawat agak berkurangan sedikit tetapi masih melepasi 10 ribu pelawat iaitu 10,132 pelawat berbanding 10, 344 pada tahun sebelumnya. Penulis juga berminat mengetahui 'kata carian' yang digunakan untuk masuk ke blog ini dimana 'Nike Ardilla' adalah kata carian yang paling popular. Ini bermakna posting mengenai Nike Ardilla yang penulis buat paling banyak dibaca tahun lalu.
*p/s - posting seterusnya penulis akan rumuskan mengenai kata carian yang popular dalam blog ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan