Khamis, 6 Januari 2011

2011 Wish List


Jika tahun lepas penulis mengeluarkan top ten wish list 2010, tahun ini penulis mengeluarkan lagi untuk tahun ke-2. Walaupun wish list tahun lepas hanya mencapai 20% namun penulis tidak sedikit pun kecewa kerana dihujung tahun lepas penulis telah tersedar dan banyak membuat pelaburan di dalam emas dan perak. Jadi wish list tersebut telah tergantung buat sementara dan dibawa ke tahun ini pula disebabkan duit banyak ditukarkan menjadi emas dan perak. Ia ditambah pula dengan faktor kos menerima orang baru dalam hidup (anak ke-3).

Apa yang penulis terlalu inginkan pada tahun ini adalah set kamera kerana set kamera sekarang agak usang dan sudah sampai masanya untuk menggunakan gear baru. Selain itu penulis juga teringin memakai jam kembali setelah hampir 5 tahun tidak memakainya. Ia disebabkan kejadian kecurian jam tangan penulis 5 tahun lalu yang menyebabkan penulis sangat tawar hati untuk memakai jam. Berikutan kenaikan harga petrol yang terlalu kerap, penulis juga berhasrat untuk berbasikal semula untuk perjalanan yang dekat selain dapat menjaga kesihatan.

Disebabkan kesedaran tentang menyimpan emas & perak sangat tinggi ketika ini, penulis juga berhasrat membelikan isteri gelang emas yang telah diidamkan beliau selama ini. Gelang emas ini adalah perhiasan dan ia juga adalah satu aset yang bernilai dari masa ke semasa. Penulis juga telah jatuh hati dengan PERAK atau silver. Selain membeli dirham perak sebagai simpanan, penulis juga teringin menyimpan jongkong perak kepada ketiga-tiga orang anak penulis. Simpanan ini adalah sebagai langkah permulaan menyimpan untuk masa depan mereka.

Rumusannya wish list tahun ini banyak membawa konsep PELABURAN. 80% daripada barang yang hendak dibeli tersebut adalah untuk pelaburan tidak kira untuk bisnes, isteri mahupun anak. Ini bermakna wish list penulis bukannya hanya untuk diri penulis sahaja malah turut dibeli untuk isteri dan anak-anak. Harapan tahun ini, penulis dapat mencapai paling kurang 80% daripada hasrat tersebut dan sebaiknya semua yang telah dihajatkan. Semoga dengan senarai ini akan menguatkan lagi semangat penulis untuk bekerja.

*p/s - cerita wish list tahun lepas DISINI.

Tiada ulasan: